Bab 39

803 23 7
                                    

Raifa.

Nama yang pernah singgah walau seketika di hati Ian sebelum dia mengenali Amanda suatu ketika dahulu. Seorang gadis yang membesar bersamanya dan Alex.

Disebabkan oleh persengketaan yang berlaku antara orang tua mereka, Raifa terpaksa berpindah ke luar negara selepas kedua ibu bapa Ian dibunuh oleh bapa Raifa. Ketika itu, usia mereka baru mencecah 18 tahun. Masih mentah.

"Aku kena pergi, Ian. Alex." Raifa menggenggam erat beg pakaiannya.

Basah kuyup tubuh mereka bertiga. Namun itu tidak menghalang baik Ian mahupun Alex untuk cuba menghalang Raifa.

"Tak ada cara lain ke? Aku...aku boleh minta tolong Uncle Luigi." Ian menarik lengan Raifa.

Raifa menggeleng dengan senyuman lemah. Berkali-kali wajahnya diseka dari basahan air hujan.

"Tak. Tak boleh. Aku, aku minta maaf bagi pihak papa aku. Aku malu. Papa aku dah bunuh mama dan papa kau, Ian. Aku kena pergi. Tempat aku bersama ibu bapa aku."

Saat itu kereta yang dihantar oleh Rafael, bapa kepada Raifa tiba. Raifa berpaling seketika sebelum kembali memandang Ian dan Alex.

"Aku tak boleh biarkan kau pergi macam tu je, Raifa! Kau pun tahu kan yang aku... Sukakan kau!"

Alex terdiam. Dia memandang Ian dan Raifa silih berganti. Terkejut dia kerana baru sahaja mengetahui perasaan Ian terhadap kawan mereka yang satu itu.

"Ian, maafkan aku. Aku tak dapat balas perasaan kau. Selamat tinggal, korang. Hati-hati. Bila keadaan dah pulih, I promise that I will return and find you."

Raifa berpaling dan bergegas meloloskan diri ke dalam perut kereta. Tiada lagi lambaian terakhir. Gadis itu hilang begitu sahaja 12 tahun yang lepas.

Itu adalah kali terakhir Ian mahupun Alex melihat wajahnya. Sehinggalah figura wanita itu tiba-tiba memunculkan diri di lobi Lunar Palace.

"Chris Alexander Noah. Long time no see." Seorang wanita bergaya, tinggi lampai, dan memakai kasut tinggi melaungkan nama Alex sambil melangkah dengan penuh bergaya.

Alex tergamam dan kaku. Manakala Hanna pula sudah memandang tajam wajah suaminya dan wanita di depan mereka.

"Alex! Come on! Dah lupa ke dekat I? Ni Raifa laa. Sampai hati you lupa dekat I sedangkan I masih ingat betul wajah you." Kata Raifa dengan riang sebelum memeluk tubuh Alex.

Bila dia merasa yang Alex seakan mengeraskan tubuh sambil cuba melonggarkan pelukan, Raifa akhirnya melepaskan pelukannya. Saat itu barulah dia perasan akan kehadiran Hanna di sisi Alex.

"Oh, Alex! I'm so sorry! Perhaps... This is your..."

"His wife, Hanna Tasya. Nice to meet you." Hanna menundukkan kepala sebelum berusaha menepis kuat pegangan Alex dari lengannya.

"Wife? Alamak! How rude of me! Maafkan saya, Puan Alex. Saya... Saya tak sengaja peluk dia! Saya dah lama tak jumpa dia. Maafkan saya!" Raifa langsung memohon maaf berkali-kali tanpa segan silu di hadapan Hanna. Dia tahu apa perasaan Hanna bila suaminya dipeluk oleh wanita lain di hadapan mata.

"Sa...sayang. Sayang maafkan abang! Abang tak peluk, okey? Dia yang peluk. Kau nilah, Raifa! Datang tiba-tiba peluk pun tiba-tiba!" Alex mengangkat tangan lalu terus menepuk belakang kepala Raifa.

"Awww... Sakitlah, bodoh! Perangai tak ubah langsung! Tangan kau tu besarlah! Aku tahulah aku salah! Aku dah minta maaf, kan?!" Rungut Raifa. Kepalanya digosok kasar sambil memandang Alex dengan pandangan tidak puas hati.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now