Bab 65

662 20 0
                                    

"I'm home..."

Gema suara Ian saat memasuki ruangan penthouse kedengaran. Jam sudahpun menunjukkan angka 10 malam.

"Welcome home, husband!" Diezel muncul beberapa saat kemudian sambil memeluk erat tubuh Ian di pintu masuk.

Ian tersenyum. Rutin harian mereka berdua setiap kali dia pulang dari pejabat. Boleh dikatakan yang dia nantikan pelukan dan sapaan daripada isterinya  seperti ini setiap kali dia pulang dari kerja.

"I missed you so much, wife. Anak-anak mana?" Bibir isterinya dikucup perlahan sambil dia membalas pelukan.

"Semua dah tidur dekat bilik masing-masing.  I missed you more! By the way, husband dah makan dinner yang wife minta Tim hantarkan?"

Ian angguk. Sekali lagi dia mengucup Diezel. Rasa tidak puas pula hendak bermanja dengan isterinya.

Hari ini dia terpaksa balik kerja lewat memandangkan tengah hari tadi sehingga petang dia ada bersama anak-anaknya di balai dan juga di hospital. Semuanya gara-gara Aylin yang tiba-tiba hendak berjumpa dengan kedua datuk dan neneknya.

"I wonder why Aylin tiba-tiba nak jumpa papa dan mama hari ni. Husband cannot discard this uneasy feeling, actually. Like... There's something going to... Happen?"

Ian mengeratkan pelukannya pada pinggang Diezel. Tanpa menyedari yang Diezel sedang melihat sesuatu di belakang Ian. Diezel terlalu khusyuk mendengar pesanan entiti tersebut tanpa menyedari yang Ian mula panik melihatnya.

"Let's go!" Desak Diezel dengan tiba-tiba. Lengan Ian ditarik. Wajah suaminya dipandang cemas.

"Thanks, Arshad!" Sempat Diezel menyampaikan ucapan terima kasih kepada Arshad yang baru sahaja memberikan info sebentar tadi kepadanya.

Ian bagaikan tersedar sesuatu. Nampaknya firasatnya memang benar. Ada sesuatu yang bakal terjadi terhadap kedua ibu bapa mereka.

"But, the kids? Wife stay. Jaga dia orang. Luna masih kecil! She will needs her mother and so is Aura and Aylin. Let me go alone, wife." Pujuk Ian. Namun Diezel menggeleng laju.

"No rooms for discussion. Mama dan papa akan mati kalau kita lambat. Ambush tu dalam sejam lagi. We will both come back alive, I promise."

Ian mengetap rahang. Terpaksalah dia mengikuti sahaja arahan Diezel. Diezel yang lebih tahu.

"Let us say goodbye to the kids first. Just in case." Ian bersuara dengan berat hati. Diezel mengukir senyuman.

Mereka dua bergegas masuk ke dalam bilik yang menempatkan ketiga anak kecil mereka. Usai mengucup dan mengucapkan selamat tinggal, Ian menyampaikan pesanan ringkas kepada Alex berkenaan rancangan ini.

Sesudah itu, dia pun membuntuti langkah Diezel ke bilik rahsia mereka dalam penthouse. Iaitu bilik penyimpanan senjata dan juga pakaian keselamatan khas mereka.

Khusyuk sekali mereka bersiap sehingga tidak menyedari ketibaan Alex dan yang lain-lain. Mereka memakai sut keselamatan khas yang hanya mempamerkan mata masing-masing.

"Communication check. Weapon's check." Ian dan Diezel memeriksa senjata dan alat komunikasi sambil melangkah keluar.

"Aku ikut." Alex berkata sambil mengendong erat Elza dan Ezra. Mata Alex terbias rasa cemas dan takut.

"Tapi kau je yang aku harapkan untuk jaga keluarga kita dekat sini. Kita tak tahu apa musuh kita sekarang ni. Please, bro. Kami kena pergi berdua je. At least, kalau kau ada dekat sini... Hati kami akan lebih tenang. Kau pun Gora. Tim. Tolong jaga anak-anak kami dekat sini."

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now