Bab 61

566 17 5
                                    

Minda Ian masih gagal menyesuaikan situasi. Baginya, kepulangan Diezel semalam hanyalah mimpi. Sebab itulah dia masih lagi terjaga dalam keadaan panik dan sedih. Sama seperti biasanya selama tujuh bulan sebelumnya.

"Wife!" Ian bangkit serta-merta. Dadanya berombak kencang bila menyedari yang ruang katil di sebelahnya kosong. Kosong seperti sebelum ini.

"Husband? Husband wife yang dicintai? Syuhhh...."

Diezel yang tadinya meluangkan masa bersama Hanna dan ahli keluarganya yang lain terus sahaja lari ke atas bila terdengar suara Ian. Dia sudah mendengar cerita daripada Hanna dan Alex. Betapa teruknya keadaan Ian sepanjang ketiadaannya tujuh bulan ini.

Sebab itulah dia membiarkan pintu bilik mereka terbuka sedikit ketika dia keluar tadi. Risau sekiranya Ian terjaga dalam keadaan panik dan dia pula tidak menyedarinya.

"Wife?" Ian menggosok matanya yang mula berair. Dia tersenyum lega dalam tangisan bila menyedari yang ianya bukan mimpi.

"Kan wife dah kata yang wife dah pulang? Wife takkan tinggalkan husband lagi. Alalaa husband wife ni. Sayang dia!" Diezel merangkak di atas katil kemudian terus duduk di atas riba suaminya.

Diezel menyembamkan wajah pada pangkal leher Ian. Menghidu haruman Ian sebelum mengangkat kepala dan menghujani bibir dan seluruh wajah Ian dengan ciuman.

"Ifa dan Kean dalam perjalanan ke sini. Jom kita mandi sama-sama dan bersiap. Jom? Mama, papa, babies, dan adik dah lama sampai dekat bawah."

Diezel turun dari katil. Dia menyelak selimut yang dipakai Ian. Mendedahkan Ian yang kini hanya berboxer tanpa baju.

Sebelum dia menarik Ian untuk berdiri, dia menilik tubuh Ian dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tingkahnya sempat membuatkan Ian hairan seketika.

"Wife? Something's wrong?"

Diezel menggeleng. Dia sebaliknya hanya menganggukkan kepala berulang kali.

"As expected. Husband lagi handsome dan menarik berbanding Arshad." Gumam Diezel sesudah itu.

Ian berubah cemberut sebaik sahaja menyedari yang dia sedang dibandingkan dengan lelaki lain. Perubahan riaknya berjaya dibaca oleh Diezel.

"Jangan fikir yang bukan-bukan dulu. Jom, kita mandi dan wife akan ceritakan semuanya. Siapa yang ambil wife, wife ada kat mana, dan kenapa wife terpaksa stay dekat sana lama-lama."

Diezel menarik Ian untuk berdiri bersamanya sebelum mereka berjalan beriringan ke bilik mandi.

.
.
.

"You guys joking, right?" Tembak Raifa sebaik sahaja dia tiba di vila.

"Joking apa bendanya? Jangan nak mengarutlah! Masuk cepat. Kita lunch sekali." Pelawa Alex di muka pintu bersama Elza di tangan.

"Habis tu macam mana dia boleh tiba-tiba muncul tanpa khabar? Kau yakin ke yang ni bukan khayalan Ian je?" Bebel Raifa.

"Tak baik tau. Kesian suami aku ni kau kata dia macam tu." Tegur satu suara dari arah ruang tamu.

Raifa terkaku. Cuba mengecam figura wanita yang ada dalam pelukan Ian di sofa. Tersengih-sengih Diezel sambil melambaikan tangan ke arah Raifa dan Kean.

"Babe! Babe kau dah ada?!!"

Raifa melepaskan pegangan Kean lalu terus berlari ke arah Diezel. Kedua tangan Ian dialihkan begitu sahaja sebelum dia menarik rapat tubuh Diezel ke dalam pelukannya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now