Bab 15

985 33 4
                                    

Selepas menghantar pemergian mama dan papa mereka dengan lambaian tangan, Diezel dan Hanna terus mendapatkan Alex yang ligat menyusun bagasi mereka di bonet. 

  Mereka sudah tidak sabar hendak bercuti selepas berhempas pulas berlatih dan berkursus selama beberapa minggu. Tingkah Alex dan Hanna di belakang kereta Alex dipandang seketika sebelum Diezel berlalu ke keretanya di sisi.

  "Siapa yang hantarkan kereta aku dekat sini?" Diezel sempat menyoal selepas menghidupkan enjin keretanya. Tangki minyak sempat dipandang dan ternyata ianya sudah penuh.

  "Aku upah orang untuk hantarkan." Jawab Alex. Walhal dia telah mengarahkan salah seorang dari anggota Lunar untuk menghantarkan kereta tersebut ke sini selepas memeriksa keselamatan dan juga mengisikan minyak kereta tersebut.

  Diezel mengangguk. Pada masa yang sama, mindanya sudah ligat memikirkan jadual perjalanan mereka. Masih ada beberapa tempat yang perlu disinggahnya sebelum menuju ke resort.

  "Tom, ni kad company. Kau gerak dengan Alex dulu ya? Settlekan semua bayaran dan check in terus dekat kabin."

  "Kau? Kenapa tak ikut sekali? Kata nak gerak sekali?" Hanna berkata. Kad debit kafe  diambil dari tangan kakaknya sebelum dia lekas-lekas memasukkannya ke dalam beg duit.

  "Aku ikutlah! Aku cuma nak singgah beli sesuatu dulu. Kau ikut dengan Alex dan jangan bertengkar masa aku tak ada. Ingat tu? Aku pergi dulu ya? Risau lambat sampai pula nanti."

  Diezel menggosok kepala Hanna. Alex turut dipandang sebelum mereka saling berbalas sengihan dan pandangan. Sesudah itu, dia bergegas masuk ke dalam kereta kemudian terus sahaja memandu pergi.

  Hanna dan Alex berdiri kaku buat seketika. Pelik betul. Apa agaknya yang hendak dibeli oleh Diezel sedangkan semua barang keperluan yang dipesan sudahpun disediakan oleh Alex?

.
.
.

 
  Sepanjang perjalanan tadi Hanna hanya tidur sahaja di sisi Alex. Dia langsung tidak berkutik walau sedikit pun. Alex pula yang risau bila dia sesekali terpaksa menekan brek secara mengejut. Bimbang Hanna akan terjaga ataupun terhentak ke arah cermin kereta.

  "Sayang? Bangun. Dah sampai..." Kejut Alex. Dia sudahpun keluar dari tempatnya. Kini dia beralih ke sebelah tempat duduk pemandu. Hendak mengejutkan Hanna.

  "Hmm..." Hanna akhirnya mengeliatkan tubuh. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum mindanya mula memproses apa yang ada di ruangan mata.

  "Dah sampai?" Ujar Hanna. Alex di sisinya tertawa kecil. Comel betul tingkah Hanna pada matanya. Nasiblah belum sah menjadi isteri.

  "Sudah. Puas tidur?" Alex berkata sebelum menarik sebelah tangan Hanna untuk membantunya keluar dari perut kereta.

  "Sorry. Penat sangat." Jawab Hanna sebelum menguap tanpa menutup mulut. Alex agak terkejut. Dia bingkas memandang sekeliling sebelum ketawa dan menekupkan mulut Hanna.

  "Tahulah penat. Tapi jagalah sikit mulut tu. Menguap macam mulut nak terkoyak depan orang ramai." Tegur Alex. Tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan tingkah Hanna.

  Mungkin juga sebab Hanna sudah terlalu selesa dengannya. Jadi perkara seperti itu sudah tidak menjadi sesuatu isu yang boleh membuatkan Hanna segan mahupun malu dengannya lagi.

  Hanna hanya tersengih. Ingat dia kisah ke dengan pandangan orang lain?

  Hanna menolak tepi tangan Alex dari wajahnya. Beg tangannya dicapai dari tempat duduk. Setelah itu, dia berpaling sekali lagi ke arah Alex.

  "Sayang nak tunggu sesiapa lagi ke? Ada lagi ke yang nak datang selain Didie?" Hanna menyoal sambil menjinjit beg tangannya.

  " Ada. Ian."

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now