Bab 14

976 33 3
                                    

Keesokan pagi

Mata Alex terkebil-kebil saat terlihat figura dua individu tidak jauh dari keretanya. Mindanya sudah ligat berfikir. Macam mana Leonard dan Helen boleh ada di sini?

Beberapa minit yang lepas...
.
.

  "Sampai bila awak nak ignore saya macam ni? Tak cukup lagi ke dengan anak-anak sekali pulaukan saya?" Keluh Leonard. Hilang terus seleranya untuk menjamah sarapan. Mujurlah mereka bersarapan di luar. Kalau di rumah, buat rugi barang dapur saja.

  Helen pun turut sama meletakkan garfu dan sudu dari tangan. Leonard dipandang tajam. Helen kemudiannya menyilangkan tangan lalu menyandarkan tubuh dengan kasar pada kerusi.

  "Saya nak awak berhenti paksa Didie untuk kahwin anak kawan baik awak tu. Saya tak setuju. Saya tak kisah apa niat disebalik rancangan awak tu. Tapi apa yang penting, saya kisahkan kesihatan mental Didie. Awak kena ingat, dia bekas pesakit mental. Kalau kita silap langkah, bila-bila masa kita akan kehilangan dia!" Helen akhirnya menyuarakan apa yang terbuku dihatinya.

  Leonard terdiam. Kali ini dia pun turut tersandar. Pangkal hidungnya diurut perlahan.

  "Saya lupa pasal tu."

  Pengakuan Leonard membuatkan Helen bertambah geram. Boleh pula dia melupakan perkara itu?

  "This is your problem. Its always this! You are great at your work but you are so ... Reckless in handling your own family! How come awak lupa pasal masalah kesihatan anak kita sendiri?! Kita ada dua anak je. Bukannya sepuluh!" Marah Helen. Mujur restoran yang dikunjung mereka saat ini masih kosong. Kalau tidak, bingitlah nanti. Malu tu satu hal.

  "I'm sorry! Okay? I messed up. Fine. Saya akan buat sesuatu pasal ni." Akur Leonard.

  Masih banyak yang hendak dibicarakan. Tapi telefon bimbitnya pula tiba-tiba berdering. Leonard mengerutkan wajah serta-merta.

  Tangannya mencapai telefon pada kocek seluar. Selepas melihat nama Si Pemanggil, Leonard terus menekan punat hijau.

  "Helo, Inspektor Bahrin!" Jawabnya dengan pantas. Wajah cemberut Helen dipandang sementara menanti balasan Inspektor Bahrin di sebalik talian.

  "Selamat pagi, tuan! Tuan ada kat mana? Tak datang ke hari ni?"

  Leonard mengerutkan dahi. Datang?

  "Datang apanya, inspektor? Saya tak ada dapat panggilan kes pun?"

  "Eh, tak! Bukan yang tu. Dekat lapangsasar ni hah. Final praktikal Diezel dan Hanna kan dah nak mula pukul 9 ni? Hairan juga saya kenapa tuan tak tiba lagi."

  Mata Leonard membulat. Apa pula yang kedua anak daranya dah buat dibelakangnya ni?

  "Oh, ya. Saya baru je sarapan ni. Dah nak gerak ke sana. Tolong sediakan tempat untuk saya dan isteri saya ya? Kejap lagi kami sampai." Leonard terpaksa berbohong.

  "Baik, tuan! Saya pergi dulu." Talian akhirnya dimatikan.

  "Apa pula yang kakak dan adik dah buat ni? Dah, jom! Kita gerak dekat lapangsasar sekarang. Jangan banyak tanya dulu sebab saya pun tak tahu apa-apa."

  Leonard bingkas bangkit. Beg tangan Helen dicapai. Sudah itu tangan kanan Helen pula diraih erat sebelum mereka bersama-sama menuju ke tempat meletak kenderaan.

.
.

  Alex pun apa lagi, terpaksalah juga dia keluar dan menyapa Leonard dan Helen. Rasa lucu pula dia melihat wajah kebingungan kedua orang tua Diezel dan Hanna.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now