Bab 4

1.5K 48 7
                                    

Rumah Rehat Lunar

Alex melangkah masuk bersama satu keluhan panjang. Dia baru sahaja menyerahkan bahan bukti kepada Ian seperti rutin biasanya.

  Sejak kebelakangan ini, mindanya selalu saja serabut. Bukan kerana hal kerjanya. Tapi disebabkan oleh Hanna, gadis yang mula menapak di dalam hatinya. 

  Kalau hendak diikutkan hati, sudah lama Alex melamar Hanna untuk menjadi kekasih hatinya! Tapi, mana mungkin dia mahu menggadaikan nyawa gadis itu dengan berada disamping mafia sepertinya?

  Hingga ke hari ini, sudah genap sebulan dia tidak ke Kafe Eclipse. Sudah genap sebulan juga dia tidak menghubungi Hanna. Dia bukannya hendak mempermainkan hati Hanna. Tidak!

  Sebelum ini pun Ian sudah memaklumkannya yang Hanna nampaknya sudah jatuh hati dengannya. Mestilah dia gembira! Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan!

  Tapi hidup mereka penuh dengan kegelapan. Sudah banyak darah manusia yang tumpah di tangannya. Manalah layak dia bersama gadis polos seperti Hanna? Gadis itu terlalu baik dan suci bagi dirinya.

  "Aku dah cuba padam perasaan ni. Tapi... kenapa perasaan aku masih kuat dekat kau, Hanna?"

  Keluh Alex buat sekian kalinya. Dia melangkah longlai ke arah katil. Baju t-shirt hitamnya dibuka lalu dibuang ke permukaan lantai sebelum tubuhnya direbahkan ke katil. Tangan kanannya diangkat kemudian diletakkan pada mata.

  "Aku dah gila agaknya..." Senyuman hambar terukir pada bibir Alex sebelum dia cuba untuk melelapkan mata. Seperti biasa, Alex memainkan raut wajah Hanna dalam ruangan minda sehinggalah dia benar-benar terlelap.

                             *********

"Tom!"

  Laungan Diezel mematikan lamunan Hanna. Sedar-sedar saja, kelihatan dua pelanggan yang hanya tersengih tepat di hadapannya di meja kaunter.

  "Maafkan saya, Cik Mimie! Meja 2, semuanya RM 54." Hanna tidak putus meminta maaf sambil menyambut huluran Mimie, salah seorang pelanggan tetap mereka.

  "Chill la, babe! Thanks, ya!" Tutur Mimie selepas menerima resit bayaran daripada Hanna.

   "Thanks again! Thanks for coming!"

   Diezel menggeleng. Kasihan juga dia dengan Hanna. Mesti dia sedih sebab Alex tiba-tiba sahaja berhenti menghubungi dan melawat Hanna di sini. Hanya Ian sahaja yang sesekali datang melawat sekiranya tidak sibuk dengan kerjanya di Lunar Palace.

  "Take some time off today. Malas aku nak tengok kau kerja dalam keadaan lesu dan terganggu macam ni. Tenangkan dulu fikiran tu."

  Keluhan berat sekali lagi kedengaran dari bibir Hanna. Wajah kakaknya yang penuh dengan rasa simpati dipandang sekilas sebelum dia menggosok kepala dan tengkuk.

  Usai itu, tangan kirinya diangkat untuk memandang jam tangan. Baru pukul 6 petang rupanya. Tapi, rasanya ada baiknya juga dia pulang berehat.

  "Okeylah. Aku... Balik dulu tau? Sorry sebab hilang tumpuan sejak kebelakangan ni."

  Hanna berdiri. Dia melangkah ke sisi kakaknya. Sempat juga dia mengeliatkan tubuh sebelum kakaknya menarik dia ke dalam pelukan buat beberapa saat.

   "Kesian adik kakak ni. Sabarlah ya? Mungkin dia bukan jodoh kau..." Pujuk Diezel sebelum dia membawa Hanna ke belakang terus ke bilik rehat.

   Tiba di sana, Hanna membuka apron serta tag namanya. Beg sandangnya dicapai. Telefon pintarnya juga ditenung sebentar sebelum dia berdiam diri selama beberapa saat lagi.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now