Bab 22

916 32 2
                                    

Semua anggota Lunar diarahkan untuk berkumpul di ibu pejabat mereka pada malam itu. Mereka berkumpul di satu ruangan khas yang cukup luas sehingga setiap mata yang ada boleh melihat apa sahaja yang berlaku di tengah ruangan.

  "Kenapa dengan... Meyers?" Itulah persoalan mereka yang baru sahaja tiba. Batang tubuh Meyers yang terkulai lemah dan berlumuran darah dibiarkan di atas kerusi.

  10 minit selepas ketibaan semua ahli Lunar, barulah Ian dan Alex melangkah masuk sambil diiringi oleh Hilmi dan Gora. Berdasarkan kesan darah pada baju Ian dan Alex, tahulah mereka yang Meyers pasti telah melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

  "Semua dah ada?" Alex bersuara sebaik sahaja Ian mengambil tempat duduk di tengah perkumpulan mereka. Tidak jauh dari Meyers.

  "Sudah, tuan!" Sahut semua.

  Alex mengangguk. Tidak ada sebarang senyuman pada wajahnya. Tidak seperti biasa. Alex yang mereka kenali bukanlah seseorang yang sentiasa berwajah dingin1 dan mengeluarkan aura gelapnya.

  Sebaliknya, Ian pula yang tidak lekang dari senyuman. Tapi mereka tahu itu bukanlah senyuman mesra melainkan senyuman berbentuk intimidasi dan provokatif.

  Tingkah kedua ketua mereka membuatkan masing-masing cuba untuk meneka. Apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Meyers? Ada apa-apa yang berlaku tanpa pengetahuan mereka?

  "Aku nak kau semua ambil perhatian." Alex berkata sambil mengarahkan seseorang untuk membawa sebuah bekas yang berisi asid hidroklorik.

  Sementara itu, Alex pula mula memakai pakaian keselamatan. Pada masa yang sama, Ian melepaskan jaketnya. Mempamerkan kesan darah pada baju kemeja yang dipakainya lalu berdiri dan berjalan mengelilingi Alex dan Meyers.

  "Aku akan sentuh pasal ni cukup sekali sahaja. Tengok betul-betul dekat bangsat ni."  Katanya sebelum memberikan signal.

  Alex tersenyum disebalik topeng yang dipakai. Dengan hati-hati, dia memaksa Meyers untuk membuka mulut lalu mendongakkan kepalanya. Sesudah itu, tanpa sebarang belas kasihan, Alex menumpahkan separuh daripada asid tersebut ke dalam mulutnya.

  Semua yang memandang mula berasa gerun. Rasanya ini kali pertama ahli mereka dikenakan hukuman kejam seperti ini. Masing-masing berasa loya melihat Meyers yang sedang menyeringai kesakitan.

  Wajah Meyers mula terbakar. Darah dan cecair mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

  "Meyers adalah pembelot yang telah bersekongkol dengan Ingrid dan telah menjadi pengintip Chai."

  Ian membongkar perkara sebenar tanpa berselindung lagi. Sekarang barulah ahli Lunar yang lain faham. Hilang terus rasa kasihan sebentar tadi. Kini diganti dengan rasa jijik.

  "Ada satu perkara lagi sebenarnya yang buat aku tak boleh berlembut langsung." Sambung Ian sebelum berlutut di tepi Meyers.

  "Kau dah bahayakan nyawa perempuan aku. Kau jual maklumat pasal Diezel dekat Chai. Kalaulah Diezel tak bagitahu yang Chai panggil dia dengan nama samaran yang aku bagi dekat Diezel, aku mungkin takkan sedar  akan kehadiran tikus kurap dekat tempat aku."

  Mata Ian mencerlung tajam. Rasa amarahnya mencanak naik secara tiba-tiba. Dia dengan pantas mengeluarkan pistol dari sarung di pinggangnya kemudian melepaskan tembakan tanpa henti ke seluruh tubuh Meyers sampailah pelurunya habis.

  Setiap mata yang memandang mula menelan air liur. Seram dengan apa yang baru sahaja dilihat sebenar tadi.

  "Hahhh..." Ian mengeluh panjang bila pelurunya akhirnya habis. Meyers sudah lama mati. Wajahnya juga sudah hancur berkecai. Sekarang baru puas hatinya bila dapat membalas dendam bagi pihak Diezel.

  "Dengar sini. Aku nak semua yang ada dekat sini ikut arahan aku. Hanna Diezel dan Hanna Tasya adalah dua individu yang kau semua tak boleh sentuh! Tak boleh dilanggar sama sekali! Mereka berdua kini berada dalam lindungan Lunar. Ingrid dah cuba nak bergerak untuk dapatkan Diezel, perempuan yang aku dah anggap sebagai nyawa aku. Ingat! Aku tak nak kejadian yang menimpa Amanda berulang! Kalau ada sebarang luka ataupun darah yang mengalir dari tubuh mereka berdua yang disebabkan oleh musuh kita, maka sepuluh orang daripada kau semua akan hilang nyawa."

  Ian berkata dengan lantang dan tegas sambil bercekak pinggang. Kali ini Ian sudah bertekad. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan Diezel, wanita yang sudah terpatri semakin dalam di hatinya.

  "Baik, bos!" Semua orang menjawab serentak. Mencipta gema di ruang itu.

 
                                 ********

'Sorry, sayang. I'll be busy this upcoming days. Probably weeks. I won't be around for a while but I'll always be able to answer your phone call. Stay safe and call me if anything happen.'

  Demikianlah pesanan Ian seminggu lepas. Sejak itu, jangankan pesanan ringkas, memang batang hidung pun mereka tidak nampak langsung.

  Hendak ditelefon, rasa segan pula. Macam mana kalau Ian betul-betul sibuk? Manalah tahu kalau dia hanya mengganggu?

  Hari ini pula, giliran Alex untuk meminta cuti. Bertambah hairanlah Diezel dan Hanna.

  "Seminggu?" Ulang Diezel sebaik sahaja Alex menyuarakan hasratnya. Alex tersengih lalu mengangguk.

  "Tak boleh ke, bos? Kali ni je. Aku ada urusan penting." Ujar Alex. Dia menyusun sepuluh jari dengan harapan Diezel akan berlembut hati.

  Agak lama Diezel berfikir. Bukannya dia hendak menolak. Cuma dia hanya tertanya. Cuti Alex ni ada kaitankah dengan kehilangan Ian?

  "Boleh. Takkan tak boleh. Kau staf special aku. Kau boleh balik kerja bila masa je yang kau nak. Lepas habis 'urusan' kau tu. Jangan risaukan kafe ni dan kami berdua. Weapons are within our reach now thanks to our papa."

  Alex mula serba-salah hendak meninggalkan dua wanita ini. Ya. Dia tahu mereka lebih dari mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Tapi, lawan mereka sekarang adalah gengster, sindiket dadah, dan kumpulan mafia! Kalau jadi apa-apa semasa ketiadaan dia dan Ian macam mana?

  Perubahan riak wajah Alex seakan boleh ditafsir oleh Diezel. Begitu juga dengan Hanna. Kedua adik beradik itu berbalas pandangan seketika sebelum ketawa kecil.

  "Alex, kau janganlah risau. Aku tahu apa yang kau fikir. Kau jangan lupa. Kalau kau dan Ian tak ada pun, kami masih boleh pertahankan diri sendiri. And if it still goes wrong... We got our papa. Jadi, kau janganlah risau." Diezel bersuara lembut. Rambut panjangnya dilibas ke belakang. Dari tadi asyik jatuh ke pipinya sahaja.

  Keluhan panjang akhirnya terlepas dari mulut Alex. Jejaka itu menyandar kemudian mengurut pangkal hidung.

  "Okey. Aku faham. Tolong peka sikit dengan sekeliling, ya? Dua pengawal Ian mungkin takkan berada 24 jam dekat kawasan ni. Tapi, tolonglah call aku atau Ian kalau ada apa-apa yang jadi ya? Kami akan datang secepat mungkin."

  Alex bangkit. Pakaiannya dirapikan. Hari ini syifnya berakhir pada sebelah petang. Esok dia akan mula bercuti.

  "Hati-hati." Hanna bangkit kemudian menahan pergelangan tangan Alex. Alex tersentuh. Bibirnya tersenyum. Tangannya kemudiannya diangkat laku diletakkan ke kepala Hanna.

  "I will, sayang. You guys too be safe. Saya akan bagi update juga. Okey? Jangan risau." Pesan Alex. Sempat digosok perlahan kepala Hanna sebelum tangannya jatuh ke sisi.

  "Okey." Jawab Hanna. Dia memaksa diri untuk mengukir senyuman walaupun rasa cemas mula menguasai diri.

  Mereka berdua hanya memerhati kelibat Alex sehinggalah hilang dari pandangan.

  "Belum kahwin pun aku rasa macam jadi janda dah bila kena tinggal macam ni." Diezel tiba-tiba bersuara sebelum meninggalkan Hanna di pintu belakang.

  Berkerut dahi Hanna memikirkan ayat kakaknya tadi.

  "Bodohlah kau..." Balas Hanna beberapa saat kemudian sebelum tawa mereka berdua bergema. Lambat akalnya memproses apa yang dikatakan oleh kakaknya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now