Bab 47

656 24 7
                                    

Sepanjang perjalanan ke lokasi penggambaran, Diezel ralit dengan telefon pintarnya. Matanya tidak lepas daripada memandang gambar suaminya di skrin telefon.

Langsung tidak ada seri di wajahnya ketika itu. Orangnya sudah cukup cantik sehingga membuatkan Gora dan Tim ternganga seketika saat pertama kali melihat Diezel sebelum bertolak dari vila.

Hanna, yang setia di sisi kakaknya hanya diam memerhati. Dia cukup faham perasaan kakaknya.

"Kak, janganlah risau sangat. Aku yakin abang tu okey je. Dia kan kuat. Lagipun, ada ramai orang yang akan lindungi dia dekat sana. He's not a mafia leader for nothing." Hanna hanya membisikkan ayat terakhir tersebut pada telinga.

"Lagilah aku risau, tom. Aku tak nampak dia depan mata aku sendiri. Dia tak pernah berhenti bagi update. Tahu-tahu je hilang macam ni."

Diezel meluahkan apa yang terbuku di hati. Pada masa yang sama juga kereta mereka sudah berhenti tepat di hadapan Lunar Palace. Diezel dan Hanna mula memerhati sekeliling. Macam ada yang tidak kena.

"Kenapa ada ramai orang berkawal dekat kawasan ni? Ada apa-apa kes ke?" Bisik Diezel bila Gora muncul di sebelahnya untuk membukakan pintu dan membantunya keluar.

Hanna juga sama seperti kakaknya. Hairan. Dia bertambah hairan bila Bianca juga tiba-tiba muncul dari pintu utama untuk mendapatkan mereka.

"Bianca? Raifa pun minta tolong kau juga ke?" Soal Diezel bila Bianca sudah berada di belakang mereka berdua. Gaun bahagian belakang yang berlipat dan meleret diuruskan oleh Bianca.

"Raifa minta tolong saya bawa bos dan Kak Hanna je. Dia dah ada dekat dalam tengah bereskan apa yang patut. Jom!" Bianca bersuara dari belakang. Sempat dia memberikan isyarat kepada Gora dan Tim untuk mula mengiringi Diezel dan Hanna.

Enggan berfikir lebih lanjut, Diezel dan Hanna hanya mengangkat bahu dan menggelengkan kepala. Mereka hanya mengikuti langkah Gora dan Tim.

Sedar-sedar saja, mereka sudahpun berada di hadapan Mega Suite Ballroom. Ballroom mewah terbesar di Lunar Palace.

"Fotografi apa benda dekat tempat macam ni? Kau semua buat apa ni? Baik kau cakap terus-tera...." Diezel mati kata bila pintu tiba-tiba dibuka dari dalam oleh staf hotel.

Gila! Apa yang sedang berlaku? Dari mana semua tetamu ni datang? Kenapa papa mereka pun ada di sini?

"Papa? Apa yang..." Diezel terkaku. Ketika itu barulah dia dan Hanna sedar apa yang sedang berlaku.

Mereka lantas melarikan pandangan jauh ke hadapan. Ke arah pelaminan indah dan besar. Khas buat mereka dua pasangan pengantin.

Ian dan Alex ada di hadapan. Sedang menanti isteri masing-masing bersama senyuman kacak di hadapan para tetamu.

"Husband!!!" Jerit Diezel sekuat hati. Gema suaranya menyebabkan semua tetamu turut mendengar. Tawa mula memenuhi segenap ruangan.

"Apa ni kakak? Tengok tu semua orang dah gelak." Tegur Leonard sambil menggeleng. Dia sendiri tidak sangka yang Diezel akan menjerit memanggil Ian seperti itu.

Leonard memandang penuh kasih kedua anak perempuannya. Satu-satunya harta yang dimilikinya hasil penyatuan cintanya bersama Helen.

"Cantik anak-anak papa. Macam mama." Puji Leonard. Satu rasa asing hinggap di hatinya. Dia sudah lama melepaskan tanggungjawab untuk menjaga kedua anak ini kepada suami mereka. Tapi, entah kenapa kali ini dia bertambah sedih pula. Walhal ini hanyalah majlis resepsi.

"Papa..." Meleret suara Diezel dan Hanna. Mereka berdua terus sahaja memeluk erat tubuh papa mereka. Akhirnya air mata Leonard tumpah jua. Sekaligus mengundang rasa sebak di hati para tetamu.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now