Bab 25

885 34 2
                                    

Keesokan pagi

"Kita ni macam ada dalam filem mafia Turki je. Cuba ingatkan aku sikit? Macam mana kita boleh terjebak dengan Ian dan Alex?" Gumam Diezel saat mereka sibuk membakar pastri untuk hari ini.

   "Kaulah puncanya! Buat-buat tak tahu pula. Dah tak ada apa yang kita boleh buat. Ni namanya takdir. Tapi okey apa. At least kita dah jumpa soulmate masing-masing." Dengan selamba Hanna menjawab.

   Diezel lekas-lekas membuat muka. Dia pula yang disalahkan. Tapi betul juga. Kalaulah dia tidak menyelamatkan Alex tempoh hari, hari ini mereka mungkin akan menjalankan hidup seperti biasa. Tanpa perlu memikirkan perihal kekasih mafia mereka.

   "Before anything else, apa pendapat kau pasal mereka semua? Lunar and so on? Can you handle that?" Diezel menyoal dengan serius. Ini adalah satu topik yang sangat serius. Jika mereka memutuskan untuk tetap bersama kekasih mafia mereka, maka mereka perlu lebih berhati-hati dan menjaga rahsia kedua jejaka itu daripada pengetahuan papa mereka dan orang lain!

  Diezel awal-awal lagi boleh bertoleransi dengan keadaan itu. Tapi, bagaimana pula dengan Hanna, adiknya? Bolehkah Hanna menerima Alex, jejaka yang berkecimpung dengan dunia gelap?

  "Kak, aku bukan budak kecil lagi tau. Aku faham maksud kau. Aku pun sebenarnya dah lama bersedia dengan kemungkinan tu lepas Alex bagitahu dulu yang dia ada satu kerja lain dengan a certain organization."

  Diezel tersenyum.

  "Even if mereka... Terbabit dengan sesuatu yang tak boleh diterima akal?" Diezel meminta kepastian.

  Hanna mengangguk.

  "Kita tak perlu ambil tahu pasal kerja dia orang. It's not our concerns." Balas Hanna.

  "Then, let's keep taking care of them. Shall we?"

  Hanna mengangguk sekali lagi bersama segaris senyuman. Setuju dengan apa yang dicadangkan oleh kakaknya.

  Usai berbincang dari hati ke hati, mereka kembali membuat kerja. Jam sudah menunjukkan angka 8 pagi. Mujur pastri sudahpun siap dimasak dan sedang disusun ke rak pameran. Hanya perlu ditambah sahaja dari masa ke semasa.

  Sekarang, Diezel hanya perlu menyediakan bahan masakan sahaja. Dia bekerja dengan lebih pantas kali ini untuk mengejar masa.

  Bianca juga baru sahaja tiba. Jadi dia dan Hanna mula menyediakan stesen minuman, memasang suis lampu, muzik, dan juga menyediakan tempat duduk. 

  Tepat jam 9 pagi, Hanna mula membuka kafe macam biasa. Para pelanggan tetap mereka sudah sedia maklum yang dapur mereka masih belum beroperasi. Jadi mereka hanya memesan minuman dan mengambil pastri dari rak kaca khas.

  "You need help?"

  Diezel yang baru sahaja selesai menggoreng ayam tersentak kecil bila disapa oleh Ian dari pintu belakang. Dia berpaling sambil memegang bekas ayam goreng.

  "Err..." Diezel terkaku seketika. Ian dan Alex hendak menolong dia prepping makanan?

  "Kalau awak boleh tolong potong dadu mushroom dan bawang holland tu, boleh juga." Balas Diezel. Ian tersenyum lalu mengangguk.

  Jejaka itu lantas berlaku ke sinki untuk membersihkan tangan, memakai topi khas, sarung tangan, serta apron. Sesudah itu dia terus sahaja melakukan kerja yang diminta oleh Diezel.

  "Kau kenapa? Kau kan kerja kat sini. Pandai-pandailah buat kerja kau dekat luar."  Kata Diezel sebelum tersengih ke arah Alex dan menyambung kembali kerjanya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now