Bab 5

1.3K 38 0
                                    

9.00 PM

Hari ini mereka terpaksa menutup kafe lebih awal. Kira-kira sejam yang lepas, papa mereka telah memaklumkan berita kematian nenek mereka.

  "Perlu ke saya ikut? Hari dah malam ni. Risau la saya fikirkan awak berdua yang kena drive berdua ni..."

  Suara Alex dari arah hadapan kedengaran. Diezel tersenyum sumbing. Dia sudah biasa dengan reaksi seperti itu. Gadis seperti mereka memang selalu dirisaukan. Tengok sahajalah perangai papa mereka.

  "Tak ada apalah. Biasalah ni. Dah keadaan darurat kan? Nanti kami pandai-pandailah ganti-ganti memandu." Sahut Hanna. Dia sempat mengerling ke arah teman lelakinya yang kini sibuk mengelap semua meja dan kerusi.

  Sejak mereka mula bercinta, Alex memastikan yang dia akan datang ke kafe mereka setiap malam untuk membantu mereka secara percuma sehinggalah kepada kerja menutup kedai.

  Dengusan Alex kedengaran. Rasa risaunya tetap menggunung. Kelibat Hanna dan Diezel dipandang silih-berganti. Dia tahu kedua gadis itu sudah terbiasa berdikari sendiri dalam semua urusan. Tapi, entahlah.

  "Aarrgghh... Okey, fine! Tapi janji dekat saya. Both of you! Kalau jadi apa-apa, literally apa-apa yang merisaukan atau berbahaya, wajib call atau maklumkan kepada saya secepat mungkin!" Alex merungut geram. Geram kerana terpaksa membiarkan mereka pergi berdua.

  Alex sudah bercekak pinggang. Diezel dan Hanna dipandang serius. Mahu tidak mahu, kedua gadis itu terpaksa mengangguk dan bersetuju dengan syaratnya. Kalau tidak, entah apa lagi yang akan dibebelkannya.

  "Okey. Saya nak tutup gril pintu depan dulu." Kata Alex sejurus selepas  dia menerima kata setuju dari mereka berdua.

  Hanna kemudiannya ketawa mengenangkan tingkah Alex. Senang hatinya kerana punya pasangan yang sangat protective seperti Alex namun pada masa yang sama tetap memahaminya.

  Diezel menyerahkan segugus kunci kafe kepada Alex. Alex telah diamanahkan untuk menjaga kafenya sepanjang ketiadaan mereka. Mujurlah Alex sudi menanggung tanggungjawab tersebut.

  "Berapa hari?" Alex menyoal. Jarinya menggoncangkan kunci di hadapan Diezel.

  "Paling lama tiga hari. Tengok keadaan juga. Maybe boleh jadi dua hari je. Apa-apa nanti saya suruh Hanna maklumkan awak ya? Terima kasih tau sebab sudi tengok-tengokkan kafe?"

  "Okey. Takde hal la... Serahkan pada saya."

  Diezel mengangguk. Bahu Alex ditepuk sekali sebelum dia mengambil tempat di kereta. Biarlah Hanna dan Alex diberikan privasi untuk berbicara sebentar. Sementara itu, lebih baik dia bersedia untuk memulakan pemanduan yang panjang. Sekarang jam sudah hampir ke angka 10. Jadi, mereka hanya akan tiba di kampung pada tengah malam.

  "I'm going to miss you so much, baby..." Keluh Alex. Hujung rambut Hanna dicapai lalu dihidu. Hanna tersenyum.

  Pipi Alex dicuit. Wajah cemberut Alex yang tidak seperti biasa ditatap penuh kasih. Rambut depan kekasihnya digosok perlahan sebelum ditolak ke tepi.

  "Janganlah buat muka sedih macam tu! You are making me sad too. Kami pergi tak lama. Nanti kami pulang juga kan?"

  Alex mengeluh berat. Mulutnya sudah monyok dari tadi lagi. Selepas puas dipujuk oleh Hanna, barulah Alex mampu mengukir senyum.

  Tangan sasanya diangkat. Rambut depan Hanna diselitkan ke telinga agar wajah itu dapat dilihat sepuas hati sebagai bekalannya selama beberapa hari ini.

   Puas merenung, Alex secara tiba-tiba menunduk dan mendekati cuping telinga Hanna.

  "I know you're going to a funeral. But, please behave ya? Don't flirt and keep your eyes only to your self." Alex berbisik di telinga Hanna sebelum menjarakkan kepala.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now