Bab 37

979 29 6
                                    

Baik Ian mahupun Diezel masing-masing mengambil cuti selama dua minggu untuk berbulan madu selepas mereka berdua mula tinggal sebumbung. Sebelum ini, mereka memang belum pernah mengambil masa untuk berbulan madu atas kekangan kerja.

Selepas didesak oleh ahli keluarga mereka terutamanya Alex dan Hanna, barulah bulan madu mereka ini terlaksana. Destinasi pilihan mereka adalah rumah tepi pantai milik Ian.

"Husband! Cantiknya tempat ni!"

Diezel berlari keluar dengan girang sebaik sahaja Ian selesai memarkir kereta. Lupa sebentar dia dengan Ian. Apa yang dia fikirkan ketika ini, dia hendak melihat sendiri sekeliling rumah rehat ini!

"Sayang! Sabarlah! Jangan lari terus macam tu! Sayang kan tak sihat?" Terkocoh-kocoh Ian membuka tali keselamatannya hanya untuk mengejar Diezel.  Risau dia kalau isterinya tiba-tiba sahaja pengsan gara-gara terlalu teruja.

"Sayang!" Laung Ian sekali lagi selepas selesai mengelilingi rumah. Semakin risau benaknya bila gagal mengesan kedudukan isterinya.

"Hanna Diezel!!" Laung Ian dengan sekuat hati selepas dua kali mengelilingi rumah tersebut.

"Yaaa!! Dekat sini, husband!!" Sayup-sayup kedengaran suara Diezel. Habis berkerut dahi Ian bila menyedari yang Diezel rupanya sudah berada di tepi pantai dan sedang menuju ke laut.

"Wife! Hey!"

Sepantas kilat Ian berlari. Dapat sahaja Diezel, dia terus merangkul erat pinggang isterinya sebelum diangkat ke bahu dan terus kembali ke kawasan rumah.

"Alaaa baru nak main air!" Rengek Diezel bila Ian sudah tiba di kawasan rumah.

"Boleh tak jangan buat benda yang bahaya macam tu? Never go there without my supervision. Understand?"

Dengan Diezel yang masih berada di bahunya, Ian dengan senang membukakan kunci pintu utama. Sesudah itu barulah dia meletakkan Diezel di sofa berhampiran.

"Sekarang, duduk diam-diam. Husband nak keluarkan barang dari kereta. Ingat! Duduk. Diam. Diam.

"Ingat saya budak kecil?" Bantah Diezel dengan suara perlahan. Sangkanya Ian tidak perasan. Tapi manalah dia tahu yang telinga suaminya tu tajam mengalahkan haiwan?

Tahu-tahu saja Ian sudahpun memagut kasar bibirnya malah sempat menggigit kecil pada hujung bibirnya. Senyuman kacak dan penuh tarikan terpancar dari wajah Ian sebaik sahaja dia menjarakkan tubuh.

"Say that again?" Cabar Ian. Dagu dan rahang Diezel dielus perlahan. Bila Diezel hanya diam dan tidak berkutik walau sedikitpun, barulah Ian kembali berdiri tegak.

"That's what you get if you get on my nerve, wifey. By the way, delicious." Ian kenyit mata sambil menjilat hujung bibirnya. Saja hendak mengusik Diezel sebelum dia kembali ke kereta untuk memunggah barang.

"He is so... Hot." Puji Diezel sebelum dia merebahkan tubuh dan memeluk bantal berhampiran.

Habis merona merah wajahnya mengenangkan tingkah Ian sebentar tadi. Sejak dia memberikan lampu hijau kepada Ian, makin menjadi-jadi pula nakalnya.

"Eh! Daripada aku mengelamun je kat sini, bagus aku tengok dapur dulu. Ian kata dapur dah diisi oleh orang dia. Boleh masak untuk lunch terus." Gumam Diezel.

Diezel menurunkan kaki dari sofa sebelum mengangkat kepala perlahan-lahan. Hujung matanya sudah melihat kelibat Ian yang kini berada di pintu utama.

"Husband, dapur ma...na?" Tubuh Diezel terasa seperti melayang buat seketika selepas dia berdiri.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now