Bab 44

749 26 11
                                    

Bukan hanya sekali, tetapi sudah dua minggu berturut-turut seorang wanita yang berlumuran darah muncul di dalam mimpinya. Seminggu pertama, dia hanya berdiam diri. Akan tetapi, dalam minggu kedua... Dia tidak putus-putus meminta Diezel untuk menyelamatkan anak perempuannya.

Memandangkan Diezel sudah bosan diganggu, pada sebelah petang dia dan Gora telah pergi ke balai polis untuk meminta bantuan Leonard. Ketibaan Diezel disambut dengan gembira oleh Leonard.

"Kakak nak papa tolong apa?" Ulang Leonard sekali lagi. Dia berasa pelik dengan permintaan anak perempuannya.

Diezel pula sudah membuat muka. Fikirnya papanya mesti tidak akan percaya dengan ceritanya.

"Kakak tahu papa mesti tak percaya. Tapi kakak tak tipu. Benda yang muncul dalam mimpi kakak tu, bukan setakat mimpi je. Kakak tak minta banyak. Kakak cuma nak minta tolong papa carikan sebarang info. I need to save her daughter." Rayu Diezel.

Mata kuyu Diezel bekerlip laju. Saja hendak membuat muka comel untuk memujuk papanya. Namun nampak gayanya Leonard langsung tidak terkesan.

Sebaliknya, Leonard hanya kekal beriak selamba sambil merenung Diezel.

"Papa....tolonglah. Takkan tak ada apa-apa kes yang berkaitan dengan apa yang kak ceritakan tadi?"

"Papa tak tahu macam mana kak boleh tahu. Tapi, kira-kira dua minggu yang lepas... Kami ada terima kes yang agak pelik. Jane Doe."

Akhirnya barulah Leonard bersuara. Diezel terus tersengih dan mula berasa lega. Dia bakal memperoleh maklumat yang diperlukan!

Leonard berpaling ke arah komputer ribanya dan mula menaip sesuatu. Beberapa minit kemudian, dia terus sahaja memusingkan skrin komputer ke arah Diezel.

"Papa! This is her!" Ujar Diezel sambil terus sahaja berdiri dari tempat duduknya. Papanya dipandang serius. Jangankan Diezel, Leonard dan Gora sendiri sudah meremang bulu roma bila Diezel mengesahkan identiti wanita tersebut.

Leonard menggosok telapak tangan sebelum menggelengkan kepala. Rasa dingin sebentar tadi sudah hilang.

"Okey. Andai kata apa yang kakak cakap tu memang betul, dia ada bagitahu apa-apa ke pasal anak yang dia ceritakan dalam mimpi kakak tu?"

Lama Diezel mendiamkan diri. Dia menunduk memandang permukaan lantai buat seketika.

"Puan?" Panggil Gora. Risau pula dia melihat Diezel seperti itu. Kaku seakan-akan sedang memikirkan sesuatu yang berat.

"Kak okey?" Leonard pun turut berasa risau. Baru sahaja dia hendak menghulurkan tangan, Diezel terus sahaja mengangkat kepala.

"Anak...saya... Yuna. Yuna... Bawah... X...."

Cecair merah mengalir keluar dari hidung Diezel. Bukan itu saja! Mata Diezel! Mata Diezel bertukar menjadi merah!!

"Kakak! Kenapa dengan kakak ni?!"

Leonard lekas-lekas memeluk Diezel. Air mata yang hendak mengalir keluar ditahan. Sekali lagi dia buntu dan bingung. Rasa tidak berdaya. Kali terakhir dia mendapat perasaan ini adalah saat dia mendapat tahu Helen mempunyai ketumbuhan di otak.

"Kakakkk!!" Laung Leonard sekali lagi bila Diezel tiba-tiba memuntahkan darah.

Gora sendiri panik. Diezel sudah dianggap seperti keluarga sendiri jadi sudah tentulah dia panik dan risau melihat dia seperti ini. Tapi dia sempat menghubungi Hilmi untuk meminta bantuan.

"Kau jangan panik dulu! Bawa puan dekat hospital sekarang!! Aku beritahu bos dan yang lain-lain dulu."

"Hospital mana?" Gora menyoal sambil bergegas ke sisi Diezel. Cuba untuk melihat keadaan terkini majikannya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now