Bab 11

1K 37 1
                                    

Helen seperti biasanya suka menyusup masuk ke bilik anak-anaknya setiap tengah malam untuk memeriksa keadaan mereka. Itupun hanya ketika dia tidak punya syif subuh di hospital.

  Meskipun kedua anak gadisnya sudah menginjak ke usia dewasa, baginya mereka tetap anak kecil kesayangannya. Namun pada tengah malam tadi, dia secara kebetulan terserempak dengan Diezel yang baru sahaja pulang dari kafe dan gimnasium.

  "Kakak? Kenapa lewat sangat balik ni? Dari mana ni? Kakak balik dari kerja atau gym berpeluh macam ni?" Helen menghentikan langkah Diezel di muka pintu.

  Lengan anak gadisnya ditahan sambil menilik tubuhnya dari hujung kaki hinggalah ke hujung kepala. Sempat juga tubuh abak gadisnya itu dipusingkan beberapa kali di depannya.

  "Mama, syussshhhh! Diamlah sikit, mama! Papa bangun nanti kan susah?" Diezel lekas-lekas menguncikan kereta sebelum bergegas mendapatkan mamanya di kaki lima rumah.

  Beg galas di belakangnya dikemaskan lagi sebelum dia membuka selipar.  Pandangan tajam mamanya hanya dibalas dengan pandangan yang tenang.

  "Mama, kakak dah penat ni. Apa yang mama nak tahu sekarang ni? Kakak jawab sekarang." Diezel berpaling memandang mamanya.

  "Bila lagi kakak nak jumpa Zahif? Tak baik nak tangguh urusan penting. Susah sangat nak jumpa kak sekarang ni. Asyik nak mengelat je dari jumpa papa."

  Tanpa disangka muncul pula Leonard dari arah anak tangga. Diezel akhirnya hanya mampu melepaskan keluhan berat dan panjang. Orang yang hendak dielaknya pula memunculkan diri.

  "You know, papa. I can sleep somewhere else if you still going to push me into that marriage. Berapa kali kakak nak cakap, pa? Kakak tak nak kahwin dengan lelaki tu! Tak boleh ke papa faham perasaan kakak?"

  "Sejak bila kakak pandai melawan cakap orang tua ni?" Hanya itu respon Leonard. Dia memandang Diezel dengan tajam sambil menyilangkan tangan.

  "I'm sorry." Balas Diezel. Dia meraup muka serta menekan bahagian tepi dahi.

  "Kakak tidur dekat kafe." Putus Diezel sambil terus berlalu pergi. Langsung tidak dihiraukan lagi laungan Helen yang memintanya untuk berhenti melangkah. Daripada dia bertahan di situ, lebih baik dia menjauhkan diri dahulu buat sementara waktu. Nanti bertambah pula perdebatan antaranya dan papanya sendiri.

  "Tengok apa papa dah buat! Jangan paksa Didie buat apa yang dia tak suka! She's not a little child anymore! Papa nak ke anak kita tu tak suka dengan kita lepas tu pindah keluar dari rumah ni? Mama tak nak sampai anak kita tu sakit balik, tahu tak?!"

  Helen melampiaskan rasa tidak puas hatinya kepada Leonard. Suaminya ditenung bagai hendak ditelan hidup-hidup. Mahu kata lebih, risau jadi isteri derhaka pula.

  Pada masa yang sama pula, dengan kelajuan 130 sejam sekejap sahaja Diezel tiba di kafenya. Baru sebelah kakinya melangkah keluar, telefon bimbitnya dengan paparan nama 'Atom' yang merujuk kepada Hanna berdering.

  "Kenapa kau jalan balik? Mama dan papa tengah gaduh dekat bawah tau. Aku nak turun ikut kau pun tak dapat. Nanti tak pasal-pasal aku pula kena tembak dekat bawah."

  Tersengih Diezel mendengar bebelan adiknya di hujung talian.

  "Aku cuma nak elak dari terus berbalah dengan papa. Nanti tak pasal-pasal bertambah pula dosa." Gelak kecil Diezel kedengaran. Keluhan Hanna pula kedengaran agak panjang di hujung talian.

  "Pergilah tidur. Esok nak kerja kan? Kita open lambat sikitlah esok. Lepas ni aku update dekat page kita operating hour untuk hari ni. Aku rasanya prep semuanya pukul 5 lebih macam tu. Aku penat sikit sekarang ni. Baru lepas sparring dengan dua master sekaligus."

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now