Bab 13

1K 37 2
                                    

"Cik Hanna Diezel!"

Langkah Diezel dan Hanna terhenti seketika. Buat sekian kalinya, Diezel menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berpaling ke belakang.

"Ada apa, Encik Lufei?"

Diezel sebenarnya agak rimas dan geram dengan jejaka yang bernama Daniel Lufei itu. Seorang jejaka yang bekerja sebagai pegawai polis pangkat inspektor menurut data peserta yang diterima tempoh hari. Salah seorang peserta kursus High Risk Operator minggu lepas.

Lufei tersenyum. Akhirnya dapat juga dia berbual dengan Diezel.

"Saya nak curi masa awak kejap je. Maaf." Kata Lufei. Jejaka itu sempat menunduk beberapa kali sebelum sekali lagi meminta maaf.

Hati Diezel agak tersentuh. Sekurang-kurangnya Lufei penuh dengan adab dan menghormatinya. Rasa geram dan rimasnya sebentar tadi terus hilang.

"Takpe. Err... Tom, bawa beg aku ni lepas tu kau pergi lobi dulu ya? Nanti lama pula Alex tunggu." Diezel menghulurkan begnya kepada Hanna.

Atas bawah dipandang Lufei. Hanna mengecilkan mata. Tapi dia tetap menurut arahan yang diberi kakaknya.

"Jangan lama-lama." Pesan Hanna. Lufei diberikan jelingan tajam sebelum dia berpaling dan terus menuju ke lobi.

"Forgive my sister. She's just worried about me." Diezel lekas-lekas memohon maaf bagi pihak Hanna. Lufei pula hanya tergelak. Dia faham.

"Tak apa, Cik Hanna Diezel. Saya faham. Memang logiklah dia buat macam tu. I'm still a stranger to you guys." Jawab Lufei.

Lelaki sasa di depannya tergelak sekali lagi. Menampakkan sifat periang dan menariknya di hadapan Diezel.

"Oh, ya! Saya sebenarnya nak cepat juga. Jadi saya direct to the point jelah ya? Can I get your phone number please? I think I'm attracted to you. No worries. Saya cuma nak ajak awak berkenalan dulu for now."

Diezel agak terpanar. Pertama kali dia mengalami situasi seperti ini. Diajak berkenalan secara baik seperti yang Lufei lakukan.

"Awak rasa ?" Diezel tersenyum memandang Lufei. Rasanya apa pula reaksi jejaka itu kali ini.

"Dalam bidang kerja saya, saya paling percaya dengan naluri saya sendiri. And my guts said that you are definitely single and available unlike your little sister." Ujar Lufei dengan penuh yakin.

"Impressive. You got my attention there. Here's your present. Hand me your phone."

Diezel menghulurkan tangan tanpa melengahkan masa. Saat itu Lufei gembira bukan kepalang. Dia menggengam buku lima sebelum dihayun ke bawah. Gembira kerana usahanya tidak sia-sia.

Selesai sahaja Diezel memasukkan nombor telefonnya, dia menyerahkan kembali telefon pintar tersebut kepada Lufei.

"Nanti awak drop chat dekat Whatsapp saya ya? Jangan lupa kenalkan diri awak. Kalau tak, nanti sia-sia je awak kena block sebab tak dikenali." Pesannya.

"Sure thing, Cik Hanna Diezel."

"Diezel. Just call me that. Panjang sangat dengan nama penuhnya lagi." Celah Diezel. Lufei mengangguk segan.

"Baik, Diezel. Terima kasih ya? Malam nanti lepas kerja saya chat awak. Saya terpaksa minta diri dulu. Good luck untuk final practical awak dan Hanna esok."

Usai meminta diri, Lufei terus sahaja berlari menuju ke tempat letak kenderaan. Tidak menyedari yang dirinya sudah berada dalam pemerhatian Alex.

Apabila Diezel kembali ke lobi, sengihan Hanna dan Alex menerjah pandangan matanya. Diezel membuat muka. Pelik dengan tingkah laku mereka berdua.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now