Bab 53

623 20 3
                                    


Dalam dunia ini, hanya ada tiga wanita sahaja yang berani naik tangan kepada Alex dan Ian. Siapa yang mengenali individu yabg terlibat dengan Lunar itu, pasti akan tahu yang nyawa mereka akan melayang sejurus selepas mereka menyentuh kedua figura tersebut.

Dua wanita tersebut sudah pastilah isteri masing-masing. Jadi... Siapa pula yang ketiga?
.
.
.
.

"Eee... Geramnya mama!!"

PAKK!!
PAKKK!!!

"Aduh! Sakitlah, mama. Maaflah! Kami tak sengaja rahsiakan semua ni. Ampunkan kami semua. Tolonglah mama." Alex menggosok lengannya yang perit gara-gara ditampar oleh Helen.

Alex merungut dengan wajah monyok manakala Ian lebih senang mendiamkan diri. Ini adalah perkara baru bagi Ian. Alex lainlah. Alex kan sudah banyak kali dibelasah oleh Hanna?

Ian dan Alex masing-masing berlutut di hadapan Helen dan Leonard manakala kedua isteri mereka pula duduk dengan selesa di atas sofa tidak jauh dari mereka berdua.

Helen masih lagi geram. Anaknya sekarang sudah empat. Semuanya perangai tetap sama! Degil dan suka membuatkan mereka risau.

"Mama boleh maafkan. Tapi kena ingat. Kalau jadi macam ni lagi, jangan sesekali sembunyikan dari mama dan papa! Sakit hati mama, tahu tak? Mama langsung tak tahu apa masalah yang menimpa anak-anak mama! Mama rasa bersalah sebab tak dapat bantu kamu!" Hambur Helen lagi.

Kali ini Leonard melepaskan keluhan. Rasanya dia perlu masuk campur. Kalau dibiarkan, sampai petanglah sesi ceramah isterinya.

"Mama? Sudahlah tu. Budak-budak ni pun dah besar panjang semuanya. Mereka mesti dah faham apa salah mereka. Lagipun, Ian dan Alex takkanlah nak biarkan isteri mereka ni macam tu je? Kalau ada apa-apa jadi, mereka tahu apa yang nak dibuat." Leonard bersuara dengan tenang di sisi Helen. Sebelum ini dia juga agak terkilan kerana baik Ian dan Alex Kedua-duanya menyembunyikan kes tawanan Diezel.

Tapi, pada masa yang sama, dia cuba meletakkan dirinya di tempat Ian. Mustahillah Ian tidak mahu meluah dan meminta pertolongan daripada mereka berdua.

Namun, Ian terlibat dengan dunia yang jauh berbeza dari mereka. Penglibatan orang luar sepertinya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Tambahan pula, Ian adalah ketua mafia. Diezel pula anak perempuannya yang cukup kuat dan terlatih. Dia tahu mereka mampu mengendalikan semuanya. Andai kata pertolongannya betul-betul diperlukan, dia percaya anak-anak mereka sendiri yang akan meminta tanpa perlu mereka memaksa atau memberikan arahan.

Saat itu kedengaran Helen mendengus. Leonard dikerling seketika sebelum kembali memandang Ian dan Alex di depannya.

"Kamu berdua cedera tak? Kakak dah dapat rawatan kan? Habis tu kamu berdua?" Suara Helen berubah kendur dan tidak lagi keras seperti tadi.

Ian dan Alex terkedu. Mama mereka risaukan mereka? Mereka agak canggung dan terharu. Sudah lama rasanya mereka tidak punya figura seorang ibu yang risaukan keselamatan mereka berdua. Seorang wanita yang bergelar mama, yang akan marahkan mereka sekiranya mereka tersilap langkah.

"Tak... Kami berdua okey..." Kali ini Ian yang menjawab. Agak segan dia tapi pada masa yang sama, rasa sebak sudah menggunung.

"Are you sure? No more lies!" Helen mengeraskan suara sedikit. Anak-anaknya semua keras kepala. Dia tahu dia kena berkeras.

Ian dan Alex mengangguk serentak.

"Haih... Apalah nasib mama ni? Dapat suami dan anak-anak semua nak perah kering semangat mama." Rungut Helen.

Helen mengurut perlahan dahinya. Tingkahnya menimbulkan sedikit kerisauan pada mereka yang memandang.

"Mama!" Ian dan Alex meluru pantas ke arah Helen. Tapi Helen dengan pantas menggeleng dan tersenyum lemah.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now