Bab 43

683 25 2
                                    

"Aku rasa Raifa tu dah sampailah." Hanna bersuara sambil meneliti Diezel yang khusyuk menyusun isi udang di atas piring terakhir.

"So?" Diezel langsung tidak berminat dengan perkembangan itu. Dia masih geram dan rasa agak cemburu kerana suaminya masih mahu berhubungan dengan Raifa.

Diezel menapak ke tepi. Hanna pula terus mencapai kuali leper yang berisi sos mentega keju istimewa yang juga sos kegemaran pelanggan mereka.

"Kau rasa... Alergik aku dengan udang ni dah okey ke?" Diezel menyoal secara tiba-tiba. Sedang dia ralit memerhatikan Hanna, barulah dia teringat akan hal itu.

Hanna pula terkaku. Kepalanya terteleng ke arah kakaknya serta-merta. Macam mana dia boleh lupa? Ketika mereka kecil dulu, pernah sekali kakaknya mengalami alahan ketika memakan udang. Sejak dari hari itu, mamanya mengharamkan sama sekali kehadiran udang dalam dapur mereka. 

"Habis tu kenapa kau masak udang ni, kak? Kau nak bunuh diri ke?" Hanna sudah rasa risau. Tapi kakaknya pula kekal beriak selamba.

Diezel hanya menjongket bahu. Geram pula dia bila teringat kata-kata Ian ketika menyenaraikan makanan yang perlu disediakan malam ini.

"Ian kata ni makanan kegemaran Raifa." Dengusan kasar menyusul usai Diezel bersuara.

Hanna terlopong. Kata-kata kesatnya hampir terkeluar bila Alex muncul di ruangan dapur. Cepat-cepat Diezel menggeleng kepala serta menjegilkan mata ke arah Hanna. Tidak mahu Hanna terlepas kata kasarnya.

"Ready?" Soal Alex dengan rasa pelik yang mula bercambah pada benaknya. Diezel dan Hanna memang jelas kelihatan pelik. Bagaikan ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

Diezel dan Hanna mengangguk. Perihal udang dilupakan sebentar. Kesemua makanan yang telah selesai disediakan mula dihidangkan dengan bantuan Alex.

Alex dan Hanna berulang alik mengeluarkan makanan ke meja luar. Manakala Diezel pula perlahan-lahan keluar dari arah pintu belakang.

Dia bukannya hendak melarikan diri. Sebaliknya dia hanya hendak menyembunyikan diri sebelum dia  menimbulkan kekecohan.

"Puan!" Gora lekas-lekas menahan tubuh Diezel daripada tersembam terus pada permukaan simen. Dengan lincah Gora membelakang dan menurunkan paras badannya sebelum kedua tangan ditarik ke arah belakang.

"Aku panggil bos." Hilmi berkata sambil membantu Gora untuk menyandarkan tubuh Diezel pada belakang tubuh Gora. Bila Hilmi beralih, Tim pula yang bertindak menahan tubuh Diezel.

Dalam masa beberapa saat sahaja, Ian muncul dalam keadaan panik. Raifa dan yang lain-lain juga muncul untuk membantu.

"Husband... I'm okay..." Tutur Diezel. Meski dalam keadaan separuh sedar, dia masih berusaha untuk menenangkan Ian.

"Let's get you inside, Shine." Ian mengucup lembut pipi Diezel sebelum dia mencempung tubuh Diezel lalu dibawa ke dalam bilik rehat.

Sebaik sahaja Diezel diletakkan di atas sofa, Ian dengan pantas membuka cucuk sanggul Diezel, apron, serta membuka dua butang baju pada uniform kerja isterinya. Hanna dan Alex pula pada masa yang sama mula mengurut bahagian kaki dan juga tangan Diezel.

"Ian, wife you kenapa? Is she okay?" Raifa bersuara memecahkan keheningan mereka. Risau sungguh dia bila orang bawahan Ian muncul sebentar tadi memaklumkan yang Diezel tidak sedarkan diri di pintu belakang.

"She's not. But don't worry. Ni bukan penyakit berbahaya. Wife aku ada masalah Postural Orthostatic Tachycardia Syndrome. Ada masanya dia memang akan pengsan macam ni." Terang Ian.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now