Bab 31

861 30 2
                                    

Helen kini sudah dipindahkan ke wad VIP. Tiga hari lepas, dia sudahpun sedar daripada koma. Walaupun hanya seketika, Helen sempat menyebut nama Diezel sesaat sebelum matanya kembali terkatup rapat.

   Pagi ini, Leonard, Loid, Alex, Hanna, dan Ian berada di Jabatan Pendaftaran Negara bagi menguruskan pendaftaran perkahwinan antara Hanna dan Alex. Diezel pula setia menanti mamanya untuk membuka mata.

   "Mama? Tak nak bangun ke? Hari ni keluarga kita dah tambah seorang ahli, ma. Alex dah nak jadi anak lelaki mama." Kata Diezel sambil tersenyum sedih.

   Tidak dapat digambarkan bagaimana terkilan dan sedihnya Diezel melihat mamanya dalam keadaan seperti ini. Entah di mana silapnya sehingga mamanya boleh mengalami ketumbuhan di dalam otak.

   "Didie? Awak seorang saja ke?" Kedengaran Doktor Malique menyapa saat dia melangkah masuk bersama dua lagi doktor housmanship.

   "Ya, doktor. Yang lain uruskan pendaftaran perkahwinan Hanna dan Alex. Lepas tu mereka akan kembali dekat sinilah."

   "Well, someone should be with you. Don't forget that you are not healthy enough to be left alone." Pesan Doktor Malique sebelum memulakan rutin pemeriksaan terhadap Helen.

   Selesai sahaja lawatannya pada hari ini, Doktor Malique kembali ke wad Helen. Kali ini dia tiba sebagai rakan baik Helen.

   "Try standing up for me." Doktor Malique menghulurkan kedua tangannya ke arah Diezel. Diezel menyambut hulurannya sambil menenangkan diri.

   Tapi seperti yang sudah dijangka, bacaan nadi Diezel meningkat mendadak sebaik sahaja dia berdiri. Meskipun pergerakannya adalah perlahan dan penuh hati-hati.

   "Okay, sit down." Doktor Malique lekas-lekas memintanya untuk melabuhkan punggung. Tangannya sudah siap-siap di belakang Diezel kerana risau dia akan pengsan tidak sedarkan diri.

   "I'm okay. Kali ni tak ada rasa nak pengsan." Diezel berkata selepas melabuhkan punggung.

   "Diagnosis?" Suara lemah dari arah katil mengejutkan Diezel dan Doktor Malique.

   "Helen!"

   "Mama!"

   Diezel dan Doktor Malique bergegas mendapatkan Helen. Memang benar yang Helen sudah terjaga. Apa yang lebih mengejutkan, nampaknya derianya juga berfungsi dengan baik.

   "Apa... Masalah anak saya?" Meskipun payah, berjaya juga Helen menyusun ayat tersebut.

   "POTS, Helen. It's not a life threatening disease. Jadi awak tak perlu risau. I will take care of your daughter." Jawab Doktor Malique.

   Diezel pula bertindak mencapai tangan mamanya lalu dibawa ke pipi. Sebelah lagi sudah naik untuk membelai wajah mamanya.

   "Mama... Get well soon, please? Kakak tak suka tengok mama sakit macam ni..." Ujar Diezel sebelum menangis perlahan. Diezel bagaikan tidak percaya yang mamanya sudahpun sedar dari koma.

   "Anak mama..." Gumam Helen sebelum dia tertidur kembali.

   Doktor Malique mengambil kesempatan ini untuk memanggil rakan sekerjanya yang lain serta beberapa jururawat untuk membantunya melakukan pemeriksaan lanjut.

                                   ***************  

   "Ready to see your new brother in law?" Loid berkata sebaik sahaja tiba di hadapan Diezel tepat di luar pintu wad Helen.

   Diezel hanya tersenyum lebar. Memanglah dia gembira melihat Alex yang kini sudah sah menjadi adik iparnya! Tapi kejutannya di dalam rasanya lagi mengujakan!

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now