Bab 26

871 28 2
                                    

Eclipse Cafe melabuhkan tirai lebih awal pada hari ini. Jam 7 malam, mereka sudahpun selesai menutup semua gril kedai dan membersihkan seluruh kafe.

  Diezel dengan penuh senang hati melangkah masuk ke kereta Ian. Sempat lagi dia mengemaskan ikatan rambut bagi memastikan tidak ada lagi yang terkeluar dari ikatan.

  "Degil." Komen Ian dengan tiba-tiba.

  Dengusan kasar Ian kedengaran jelas di telinga Diezel. Tidak cukup dengan itu, gerakan Ian saat memasang tali keledar juga kelihatan agak gopoh dan kasar. Betul-betul seperti anak kecil yang sedang merajuk.

  Terus terhenti pergerakan Diezel. Tapi Diezel bukanlah marah ataupun terasa hati. Dia hanya geli hati kerana sejak kelmarin lagi kesayangannya itu tidak putus-putus menentang perlawanan antara dia dan Alex malam ini.

  "Sayang. Awak nak marah sekali pun, fight malam ni tetap akan diteruskan juga. I'm sorry beforehand. Okey, sudah. Let us go now. Saya dah tempah ring fight selama 2 jam only untuk kita. Lambat sampai, rugilah. Alex dan Totom dah ada kat situ."

  Lengan Ian ditepuk berkali-kali sebelum dia tersengih lebar. Kemudian barulah Ian mula memandu keluar dari perkarangan kafe. Itupun mulutnya masih tidak putus-putus membebel kerana risaukan Diezel.

  Sampai sahaja di destinasi, Ian masih juga dengan bebelannya. Dari tempat letak kereta sehinggalah ke gelanggang, Ian tidak lekang menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

  "Kau... awas kalau jadi apa-apa dekat Didie." Ugut Ian sebaik sahaja kelibat Alex tiba di hadapan mereka. Ian sempat menunding jari ke arah Alex sebelum memaut lengan Diezel dan membawanya ke atas gelanggang.

  "Jangan risau. To be fair, I will fight with one hands." Alex berkata sebaik sahaja dia naik ke gelanggang.

  Ian mengerutkan dahi sebelum beralih menghadap Diezel untuk membalut kedua tangannya dengan kain. Sesudah itu, Ian turut membantu mengemaskan lagi ikatan pada sanggul rambut Diezel. 

  "Don't touch her hair and her face. Lepas tu, kau kena ingat. One punch for every bruises that I found."

  Alex dan yang lain-lain hanya menggeleng. Sisi Ian yang ini, bukan semua berpeluang untuk melihatnya. Sisi yang dimaksudkan Alex adalah mempunyai seseorang untuk dicintai dan dilindungi. Sebelum ini, Ian hanya hidup sebagai pemimpin Lunar dan pemilik hotel. Hidup hanya untuk kerja.

  "Menurut perintah..." Alex menjawab sambil tersenyum lebar.

  Beberapa minit kemudian, hanya tinggal Diezel dan Alex sahaja di atas gelanggang. Sesi perlawanan mereka ditonton oleh Ian, Hanna, Hilmi, dan Gora.

  "Relax la, bang. Muka ketat semacam je."

  "Alex tu kuat. Ada sebab dia jadi orang kanan abang."

  "Ingat kakak tu lemah? Orang kanan atau bukan... I love him but, saya vote Alex akan kalah malam ni." Hanna mengangkat sebelah kening. Sengaja hendak menghangatkan suasana.

  "Kami undi Cik Puan juga!" Celah Hilmi dan  Gora serentak. Mereka sudah nampak sendiri betapa cekap dan hebatnya Diezel. Rasanya, dia memang mampu mengalahkan Alex tanpa perlu Alex berlawan menggunakan sebelah tangan.

  "You guys are trying to say that my right hand man is not strong enough?" Lain pula penerimaan Ian terhadap situasi sekarang ini.

  Keningnya diangkat sebelah. Semua orang dipandang sinis. Hanya Alex sahaja yang terus mengangkat tangan tinggi-tinggi.

  "Hey, chill. Bukan tu maksud dia orang. Kau jangan nak termakan provokasi Hanna." Alex terus bersuara.

  'Dibuatnya Ian minta aku lawan betul-betul, silap hari bulan aku yang patah oleh Didie! Kau belum nampak dia angkat pintu secara solo, Ian!' Gumam hati kecil Alex.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now