Bab 12

995 37 2
                                    

Lapangsasar Brickfield
8.00 Pagi

Tidak banyak barang yang dibawa oleh Diezel dan Hanna. Hanya satu bagasi dan dua beg sandang yang dibawa mereka.

  "You guys sure dah tak ada yang diperlukan? Sikit je barang kau berdua ni." Alex menyoal sebaik sahaja meletakkan beg bagasi di hadapan mereka berdua.

  "Alaa... Nanti kalau ada yang kami perlu, kami carilah kau. Apa susah? Kami dekat sini bukannya latihan yang tertutup. Boleh je kau datang. Tapi nanti aku bagi jadual dekat kaulah ya? Senang kau nak atur masa kalau nak datang." Kata Diezel. Alex mengangguk tanda faham.

  "Okey, nice. Jangan lupa bagi tau? Lama kut kau berdua training dekat sini." Kata Alex.

  Diezel sudah tersengih. Risau terlalu rindukan Hannalah tu. Macamlah dia tidak tahu.

  "Yelah lepas dapat jadual aku bagi kau terus." Jawab Diezel lagi bersama sengihannya. Adiknya dan Alex dikerling sekilas sebelum dia bergegas meminta diri ke lobi utama lapangsasar ini untuk mendaftar dan lapor diri.

  "Maaflah sebab susahkan sayang. Boleh je kita orang drive ke sini sendiri kan? Sayang je yang beria nak hantar kami." Hanna berkata seraya mendapatkan Alex.

  Alex membuat muka. Kedua tangan Hanna diraih lalu dikucup pada kedua belah. Sesudah itu, Alex kemudiannya bersandar pada pintu kereta sambil melepaskan keluhan berat.

  "It's my privilege, remember. Kita dah deal kan. Lagipun, sekurang-kurangnya kena ada someone dari pihak lelaki yang uruskan sayang dan Didie dekat sini. It is for your and her safety." 

  Hanna mengangguk. Tangannya yang masih digenggam Alex dipandang. Sesudah itu dia kembali menentang pandangan Alex pula. Hanna sendiri terleka seketika bila tangannya diramas lembut oleh Alex. Tapi dia masih sedar yang mereka berada di kawasan awam.

  Baru dia hendak menegur, tiba-tiba pula tangan kanan Alex terangkat lalu mengelus lembut hujung rambutnya. Terkejut juga Hanna dengan tingkah teman lelakinya itu. 

  "Kenapa? Ada sesuatu dekat rambut saya? Pelik." Tegur Hanna. Sebelah keningnya terangkat memandang Alex.

  "I just want to touch it. Salah? Rambut je pun. Nak sentuh lebih-lebih pun mana boleh lagi... Sabarlah sikit ya, sayang?" .

  BUKK!

  Satu tumbukan terlayang secara spontan tepat pada perut Alex. Hanna sendiri sempat melatah bila menyedari keterlanjurannya. Boleh pula dia terlepas tumbukkan?

  "Oh, mak kau! Hahh kan? Cakaplah sembarang lagi! Sorry, sayang." Tukas Hanna sambil menggosok perut Alex.

  Alex membongkok sambil ketawa kecil. Boleh tahan kuat tumbukan Hanna. Kagum juga dia. Memang padan dengan gelaran pemegang black belt.

  "Firm punch. Good." Komen Alex bila rasa sengal diperutnya sudah hilang.
Satu lagi tamparan dilayangkan pada lengan Alex bila jejaka itu selesai berbicara.

  "Jangan nak macam-macam boleh tak? Ada je dia ni..." Rungut Hanna sebelum pandangan mereka teralih ke arah Diezel yang baru sahaja kembali dari kawasan lobi.

  "Apa hal? Dari jauh aku tengok macam bertengkar je?" Tegur Diezel. Tapi bila dia sampai, mereka berdua boleh pula buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

  "Tak adalah. Kau dah daftar?" Alex berkata. Diezel mengangkat sebelah kening. Pandai pula dia ni tukar topik, fikir Diezel.

  "Dah. Tinggal nak masuk je lagi. Kau tak payah hantarkan dekat dalam. Nanti kami masuk sendiri. Nah, ni jadual kita orang. Ambil gambar cepat. Kau pandai-pandailah nanti ya?" Diezel menyerahkan jadual mereka kepada Alex agar jejaka itu dapat menyimpan salinan dalam telefon pintarnya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now