Bab 60

564 21 1
                                    


Sesuai seperti apa yang dikatakan Puteri Darwina dan Putera Arshad tempoh hari, Diezel betul-betul dilayan seperti tetamu terhormat kerajaan. Walaupun Putera Arshad tahu Diezel lebih daripada mampu untuk mempertahankan diri, dia tetap menugaskan dua pengawal dan seorang pelayan khas untuk sentiasa bersamanya.

"Arshad, saya ni mana-mana pun tak lepas dari dua pengawal. Dekat sini kau bagi dua. Dekat dunia aku, suami aku bagi dua. Tapi, dua pengawal tu aku dah anggap macam keluarga aku sendiri. Gora, Si Abang. Tim pula dah jadi adik angkat aku."

Selepas tiga minggu meluangkan masa dengan Arshad dan Darwina, Diezel mula memanggil mereka hanya dengan nama. Bila ada yang cuba mempertikai, baik Arshad mahupun Darwina menegaskan yang mereka sendiri yang meminta Diezel untuk membahasakan mereka seperti itu.

Bak kata Arshad, Diezel bukan salah seorang daripada rakyatnya jadi dia sama sekali tidak terikat sepenuhnya dengan peraturan kerajaan. Perihal perjanjian itu pula, hanya Arshad, Darwina, dan para Tetua kerajaan sahaja yang tahu mengenainya.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kehadiran Diezel di istana kerajaan. Desas-desus yang menyatakan Diezel adalah bakal permaisuri juga turut tersebar.

Tengah hari itu, Diezel memenuhi jemputan Arshad dan Darwina di taman istana untuk makan tengah hari. Apa yang Diezel perasan di tempat ini, makan kegemaran mereka adalah sayur betik masak kari. Diezel sendiri tidak pernah memasak sayur betik seperti ini. Mujurlah kena juga dengan tekaknya.

"Persiapan untuk ritual tu dah hampir selesai. Menurut pakar kaji angkasa istana, bulan penuh akan muncul tak lama lagi. Dalam anggaran, dua malam lagi." Arshad menolak tepi pinggannya yang sudah kosong. Dia kemudiannya memandang Diezel yang sudah tersengih-sengih. Nampak benar yang Diezel sudah tidak sabar hendak pulang ke dunianya.

"Aku ada soalan. Macam mana kau akan hantar aku pulang?"

Arshad tertawa kecil. Darwina pula hanya tersenyum.

"Cara yang sama macam aku bawa kau ke sini. Jangan risau. Aku akan kembalikan kau ke rumah adik kau. Suami kau pun masih tinggal di situ. Jadi, semuanya akan baik-baik saja."

Makin lebar senyuman Diezel. Dia mengangguk dengan senang hati.

"Sedih pula sebab terpaksa berpisah dengan kamu. Kamu seorang kawan yang baik, Diezel." Darwina bersuara secara tiba-tiba. Tangan kanan Diezel di atas meja dicapai lalu diramas lembut.

"Janganlah sedih. Saya pun mesti akan sedih juga. Saya akan rindukan awak dan Arshad. Bukan selalu saya ada peluang berkawan dengan kawan dari dunia seberang." Balas Diezel.

"Arshad, tak ada cara ke Diezel boleh jumpa kita balik nanti? Ataupun cara untuk kita berkomunikasi?" Darwina berpaling berpaling menghadap Arshad. Berharap agar ada jawapan dari kekasih hatinya itu.

Mata bundar Darwina yang bekerlip laju membuai perasaan Arshad seketika.

"Ada. Ada caranya. Nak datang ke sana boleh. Nak jumpa melalui alam mimpi pun boleh. Kalau melalui mimpi, Diezel hanya akan wujud dalam bentuk bayangan ataupun roh di sini. Dan begitu juga sebaliknya."

"Itu sudah memadai. Nanti kalau saya rindu sangat, kita jumpa di alam mimpi ya! Janji?" Darwina menghulurkan tangan ke arah Diezel. Dengan penuh rasa gembira Diezel menyambut huluran tangan Darwina.

"Janji!"

.
.
.
.

Hari yang dinantikan telahpun tiba. Diezel, Arshad, Darwina, dan tiga para tetua sudah berada di ruangan menara istana.

"Jaga diri, Diezel. Cincin ni cincin istimewa. Hadiah daripada aku dan Darwina. Kalau kau dalam bahaya, aku akan dapat rasa. Aku janji akan tolong kau masa tu. Bila-bila masa pun." Arshad berkata sambil memerhatikan Darwina yang sedang menyarungkan cincin emas bertatahkan berlian merah kecil di atasnya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now