Bab 49

595 21 2
                                    

Suasana di dalam Black Room semakin hangat. Ian kekal di tempat duduknya. Memerhatikan salinan fail yang mengandungi semua info yang akan melumpuhkan operasi Zander.

"Bos, ini salinan gambar yang bos minta. Rekod transaksi ada dekat fail coklat. Tapi bos...."

Gora berhenti bersuara secara tiba-tiba. Ian lantas mengangkat kening dan memandang Gora.

"Betul ke bos nak buat sekarang? Tak... Bahaya ke untuk puan?"

Ian memejamkan mata. Keluhan yang berat terlepas jua dari mulutnya.

"Itu tak penting. Dia dah pilih jalan hidup yang dia nak. Jadi sekarang, itu bukan urusan saya lagi. Uruskan hal dekat sini. Saya akan teruskan rancangan ni dengan Alex dan ... Papa aku."

.
.
.
.

Ian hanya diam. Bungkam. Buat masa ini, hanya dia dan Alex sahaja yang ada dalam bilik rahsia ini. Menurut Alex, inilah bilik yang digunakannya bersama Leonard dan Loid dahulu.

Keadaan menjadi agak canggung antara mereka berdua. Alex ingin bertanya soal Diezel, tapi risau akan merosakkan angin Ian pula.

Hampir mati kutu Alex kerana terpaksa menahan mulut. Mujurlah Leonard tiba tidak lama kemudian. Leonard kelihatan hanya berpakaian santai. Alex beranggapan yang bapa mereka itu kemungkinan sedang rehat ataupun bercuti.

"Good morning, sons. Ian? Papa dengar Ian nak rancang sesuatu?" Leonard terus ke topik sebenar perbualan mereka.

Ian mengangguk. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke paras lengan. Pelik, tiba-tiba terngiang pula suara Diezel di telinganya.

'Husband nampak hot bila lipat lengan macam tu!'

Lekas-lekas Ian menggelengkan kepala. Dia tidak boleh hanyut dengan emosinya dalam saat genting seperti ini.

"Saya nak serahkan semua bukti ni."

Leonard mengerutkan dahi. Wajah Ian dan Alex dipandang sesaat sebelum dia mencapai bahan-bahan bukti yang dihulur Ian.

"Ini... Ini..."

"Yes. Semua bukti yang pihak polis tengah cari. I was busy preparing all of this in this few months. It was not easy. Kami dah sediakan beberapa saksi untuk beri kenyataan kalau pihak polis perlukan mereka." Kata Ian.

"Papa rasa cukup ke semua ni untuk wipe out keluarga Robert sepenuhnya?" Alex mencelah.

Laju kepala Leonard mengangguk.

"Cukup! Malah lebih dari cukup! Tapi, boleh papa tahu? Kenapa Lunar nak bantu pihak polis? What are you trying to gain?" Leonard cukup bijak menghidu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ian.

"Same old story, papa. Robert adalah sumber kewangan utama Zander. It's a trade. Robert bekalkan duit manakala Zander pula bekalkan senjata dan dadah. Moreover, that bastard possessed a huge threat to our family. He's even holding... Nevermind." Hampir-hampir saja Ian terlepas kata perihal Diezel. Dia lupa yang ibu bapa mereka belum dimaklumkan lagi berkenaan Diezel.

Dia tidak mahu Leonard dan Helen menganggap Diezel sebagai anak yang tidak baik. Atau sebagai isteri yang liar dan tidak taat kepada suami.

"Holding what?" Leonard mengulang ayat terakhir Ian. Sebelah kening diangkat. Tapi Ian pula sudah mula hilang kata. Alex yang tadinya hanya memandang sekali lagi mencelah untuk menyelamatkan keadaan.

"Zander is holding a grudge against us both, papa. Did you forget? The late boss serahkan Lunar kepada Ian dan bukannya dia." Lancar saja Alex mengutarakan ayat auta untuk mengaburi papa mereka.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now