Bab 1

2.3K 64 2
                                    

Diezel dan Hanna hanya memerhati dari belakang. Papanya serta beberapa orang bawahannya telah tiba untuk menukar dan menambahkan kamera litar tertutup di sekeliling kafe milik Diezel.

      Tempoh hari Diezel sudah berusaha meyakinkan papa serta mamanya berkenaan status keselamatan kafenya. Namun apalah dayanya. Sudah menjadi sifat semula jadi papanya selaku Ketua Polis bagi kawasan itu. Mamanya pula menjadi batu api.

     "Mama ni sibuk seharian dekat hospital tau, kakak? Mama dan papa takkan ada 24 jam sehari dengan anak-anak dara kami ni. Tolonglah jangan membantah."

     Diezel sekali lagi mengeluh. Dia dan Hanna sudah sepakat hendak menyembunyikan peristiwa berkenaan Alex dan Ian. Mereka sudah berjanji maka mestilah mereka harus menepatinya.

     Tindakan papa dan mamanya yang hendak menambahkan sistem keselamatan kedai ini berlaku disebabkan oleh kejadian rompakan yang kian berleluasa di sekitar ini. Semalam sahaja kedai emas selang dua blok dari kafe mereka menjadi mangsa. Buat masa ini tidak ada sebarang kemalangan jiwa namun kedua ibu bapa mereka tetap berasa risau.

      "Okey. Semua dah settle." Leonard Mattias, bapa kepada Diezel dan Hanna bersuara sambil mendekati kedua anak gadisnya.

      "Listen to me carefully, ladies. Papa akan cari seorang lagi staf lelaki untuk kafe ni yang akan handle semua CCTV ni. Papa hanya akan pilih orang yang papa percayai sahaja. Jadi jangan risau."

       Diezel tanpa sedar membuat muka. Orang kepercayaan papanya mesti dalam kalangan pihak polis juga.

      "And tell me why you don't agree, kakak?" Leonard mengangkat sebelah kening kemudian menyilangkan tangan. Diezel dipandang tanpa mengerdipkan mata. 

     Hanna sudah ketawa mengekek di sisi kakaknya. Lengan kakaknya dirangkul sebelum dia memandang papanya pula.

     "Bukan kak tak setuju. Tapi, perihal orang kepercayaan papa tu. Kakak tak nak orang tu jadi spy papa dekat sini pula nanti. Rimaslah kak dengan adik nanti, papa. Tak boleh ke kakak cari staf lelaki sendiri?"

      Leonard mengerutkan dahi. Kecil besar saja dipandang anak sulungnya ketika ini. Diezel memang ada saja mahunya.

      "Nope. Papa takkan tolerate pasal tu. I need someone that I can trust to take care of my daughters. Soal keselamatan ni papa takkan toleransi. Okay, fine. Papa takkan minta dia jadi mata-mata papa dekat sini. I trust my daughters."

      Diezel mengecilkan mata. Hanna menggeleng. Kali ini dia terus menepuk bahu kakaknya.

      "Sudah-sudahlah tu, kak. Papa. Lets just agree with that. Tak ada gunanya kita panjangkan hal ni." Hanna berkata. Sekali dia menjeling ke arah kaunter bar minuman. Mujur masih kosong dan tidak ada pelanggan.

      "Papa, you can get back to your office now. Thanks gentleman. Konstabel Adib and Konstabel Jerry. Tak lama lagi peak hour ni." Tukas Hanna sebelum melepaskan kakaknya lalu beralih kepada papanya.

      "Aik... Tak sabar-sabar nak halau papa nampak? Ada apa-apa yang papa tak tahu ke ni?"

     Gulp!

     Diezel dan Hanna masing-masing menelan air liur. Habislah! Inilah padahnya kalau punya bapa berpangkat ACP! Ingat senang ke nak kelentong papa mereka?

     "Haah. Kak takut papa terserempak dengan boyfriend kak. Kita masih dalam proses perkenalan sebab tu papa tak boleh kenal dia selagi kita orang tak sedia." Selamba Diezel mencipta satu kebohongan. Tidak peduli dia dengan pandangan tajam Hanna di sisi.

     Hanna pula sudah menggosok kepala. Biar betul kakaknya ni? Boyfriend? Sejak bila? Workaholic macam kakaknya ada boyfriend?

     "Nama? Kerja? Umur?" Leonard menyoal dengan serius. Soal pasangan hidup anaknya pun harus dititikberatkan. Ingat dia hendak lepaskan dua anak gadisnya kepada lelaki sembarangan? Langkah mayatnya dahulu!

     "Papa!! Kak kata kan masih tak sedia lagi... Sabarlah duluuuu!" Rengek Diezel sambil menampar dada papanya.

     Kali ini tawa Leonard terus meletus. Berjaya pun dia mengusik anak sulungnya ini.

     "Okey...okey! Papa gurau jelah!! Take your time, kak. I trust you. Kita orang gerak dulu ya? Please be extra careful especially during your night shift. Consider closing at 7 pm instead of 10 pm."

      Kepala Diezel dan Hanna digosok serentak sebelum dia mula melangkah keluar dari kafe tersebut. Wajah Diezel masih lagi monyok manakala Hanna pula hanya tersenyum.

      "I will consider it. But most of our regular customer selalu drop by around 8 pm. Lepas habis kerja malam. Kasihan la pula kalau kak tiba-tiba ubah operation hour."

       Langkah Leonard di hadapan pintu masuk terhenti seketika. Diezel lagi tahu operasi perniagaannya. Takkanlah dia hendak mengawalnya pula?

       "Baiklah. Papa faham. Apa pun, tolong hati-hati. Kamu dah ada nombor telefon office papa dan nombor orang bawahan papa kan? If I am out of reach, contact them ASAP."

       Bila dua anak gadisnya mengangguk, Leonard sekali lagi melepaskan keluhan berat. Rasa risaunya langsung tidak dapat diukur dengan kata-kata. Dia dan Helen hanya ada dua permata hati ini.

       "Papa gerak dulu. Be safe. I love you both, girls."

       Leonard mendepakan tangan. Senyuman diukir sebelum Diezel dan Hanna masing-masing meluru ke arah nya.

       "We love you too, papa. Thanks for everything. Jangan risau. Kami akan jaga diri baik-baik dan kami akan ikut semua arahan papa." Kata Diezel setelah pelukan mereka dileraikan.

       Papa mereka mengangguk perlahan. Kepala mereka berdua sekali lagi diusap perlahan sebelum mereka berlalu pergi dari kafe milik Diezel.

      Sebaik sahaja kereta papa mereka hilang dari pandangan mata, kedua gadis itu bergegas masuk ke dalam kafe. Dalam nada bisikan, Hanna berkata,
     
      "That was your best idea?"

      "Got any other idea?" Balas Diezel pula. Mulut diherot ke tepi sambil menyenggol lengan Hanna.

     Hanna berfikir sejenak. Betul juga. Bila berhadapan dengan papa mereka, mereka kena bijak mencipta alasan.
    
      "Nope."

      Mereka sekali lagi berbalas pandangan dengan penuh makna sebelum memulakan tugasan masing-masing.

      

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now