Bab 66 (END)

1.1K 43 15
                                    

Semua penjenayah yang terlibat dalam kes pecah masuk semalam akan didakwa dengan tiga pertuduhan iaitu pecah rumah, cubaan membunuh anggota polis, dan juga penculikan. Keterangan Diezel, Ian, dan Kean juga telah diambil untuk membantu siasatan.

Inspektor Bahrin hendak menugaskan beberapa pegawai di luar wad Leonard. Namun Leonard telahpun menolak dengan baik.

Leonard mahukan sedikit privasi memandangkan dia tahu yang anak-anak serta cucu-cucunya akan datang melawat. Lagipun, dia ada anak-anak yang kuat dan boleh diharap seperti Ian dan yang lain-lain. Apa lagi yang hendak dirisaukan?

Kalau masih ada juga yang hendak menyerang mereka hari ini, memang cari nahas sajalah. Itu kerana dia tahu, meskipun  dia telah menolak khidmat kawalan daripada anggota polis, Lunar dan Emerald tetap ada di sekeliling mereka untuk menjaga dari jauh.

"Cucu papa semuanya mana kalau dah dua-dua ada dekat sini?"

"Dekat penthouse, pa. Tapi rasanya, mereka dalam perjalanan ke sini. Luna tu dah merengek cari mamanya." Kata Ian.

Dia dan Leonard sama-sama merenung ke katil sebelah. Diezel sedang terlelap dalam pelukan Helen di situ. Tidak kira apa pun status Diezel saat ini, di mata Helen Diezel hanyalah anak perempuan kesayangannya.

"Terima kasih sebab dah selamatkan mama. Kalau tak ada kamu berdua..."

Ian lekas-lekas menggeleng. Senyuman di bibirnya terukir.

"Dah jadi tanggungjawab kami untuk jaga dan selamatkan papa dan mama. No worries about it, okay?"

Leonard turut membalas senyuman menantunya. Seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, penyayang, dan tidak pernah gagal menjaga kebajikan orang-orang yang disayanginya.

"My daughter is lucky to have you."

"No, papa. I am lucky enough to have her in my life. Tanpa anak papa tu, takkan ada saya pada hari ni. Semua kejayaan saya sekarang ni, adalah rezeki yang diberikan Tuhan kepada isteri dan anak-anak saya." Ian menggenggam erat tangannya. Takut seandainya satu hari nanti, dia akan kehilangan isterinya, anak-anaknya, kedua ibu bapanya, dan juga Alex sekeluarga.

"Didie and all of you, give a reason for me to continue living for good. Kalau tak, mungkin dah lama saya mati dalam dunia gelap saya dulu." Sambung Ian lagi.

Leonard mengangguk. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Ian.

"Then just continue living and be a great husband for your wife and a good father for your kids. You don't have to be perfect. Just try your best."

"Okey, pa. Thanks." Ujarnya dengan hati yang lega. Sekali sekala meluahkan perasaan dengan Leonard seperti ini pun bagus juga. Dapat juga dilepaskan apa yang terbuku dihati selama ini.

"Grandpa!"

Aylin, dengan trademarknya iaitu menerjah masuk dengan pakej suara lantang tiba. Memandangkan Aylin hanya seorang diri dalam keadaan agak tercungap-cungap, Ian dan Leonard yakin yang Aylin telah berlari dan melepaskan diri dari pegangan penjaganya.

"Syussshhh!!" Ian bangkit dan berlari mendapatkan anak daranya itu. Jari telunjuk ditekan rapat pada bibir Aylin.

"You cannot make noise in hospital, remember? Ini tempat orang sakit! Not a playground!" Tegur Ian dengan suara yang perlahan tapi tegas.

Sedar dengan kesilapannya, Aylin lantas menunduk dan memeluk leher papanya.

"I'm sorry, papa." Ucap Aylin dengan penuh rasa bersalah.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now