Bab 52

621 25 0
                                    

P.O.V Diezel

Okey. Aku masih boleh bernafas. Maknanya bekalan oksigen dalam stor ini masih mencukupi.

Stor? Betulkah ini masih ruangan stor? Kenapa pelik semacam? Kenapa hidung aku seakan-akan terhidu haruman badan Ian?

Buka mata kau, Die! Buka!

Ian! Memang betul Ian yang tengah memangku tubuhnya!

"Hus...band...."

Empangan air mataku terus pecah. Seakan tidak percaya yang Ian sudahpun tiba.

"Hey, Shine. Dah bangun? You can rest assured now. Kita dah ada dekat mansion." Lembut sahaja suara Ian menyapa gegendang telingaku.

Aku ingin bersuara, tapi sebaliknya hanya esak tangisku sahaja yang kedengaran. Aku sudah tidak kisah bagaimana rupaku ketika ini. Aku cuma mahukan Ian.

"Hug me..." Pintaku lirih. Ian menurut tanpa lengah. Perlahan dan penuh kasih.

Disebalik pandangan mataku yang berkaca-kaca, aku lihat Ian juga mula menangis. Kenapa? Ian pun cedera juga ke?

"Husband okey? Ada cedera dekat mana-mana?"

Aku lekas-lekas meleraikan pelukan. Tubuh Ian aku tilik dari atas rambut sampailah ke hujung kaki.

"Wife... Hey... Yang kena culik tu wife. Bukan husband. Can you please stop worrying about someone else and instead worry about yours first?" Ian menangkap pergelangan tangan Diezel lalu dikucup perlahan.

Heh. Rugi saja aku risau. Lelaki ni satu calar pun tak ada!

"I'm jealous that you guys left with no scars or bruises." Komenku. Bukannya cemburu betul pun sebenarnya. Lebih kepada lega.

Biarlah aku seorang yang menanggung rasa sakit. Aku sudah banyak berdosa terhadap Ian. Aku sudah menyakiti hati Ian. Memang patut pun aku tanggung semua ni.

"I'm sorry, wife. Maafkan husband sebab lambat selamatkan wife. Wife cedera teruk macam ni dan hilang darah sebab nak selamatkan husband semata-mata."

Ian sekali lagi memelukku. Kali ini dia mengelus perlahan luka di lengan yang kini berbalut, kesan lebam di leher dan juga di wajahku.

"Awak suami saya. Saya isteri awak. We love each other and this is how I protect my husband." Kataku sambil mengangkat sebelah tangan untuk mengelus lembut belakang kepalanya.

Agak lama kami berpelukan seperti itu. Kelopak mataku mula memberat. Kehadiran Ian dan juga haruman semula jadi tubuhnya betul-betul menenangkan hatiku.

"Hold me while I sleep. Don't leave me...." Ucapku dengan kelopak mata yang mulai memberat.

Bila aku rasa yang Ian sudah baring di sisiku sambil memelukku dengan erat, barulah aku membiarkan diri hanyut dalam dunia mimpi.

.
.
.
.

Menjelang senja, Raifa bersama Kean tiba beberapa minit selepas Alex dan Hanna tiba di mansion Ian dan Diezel. Masing-masing membawa buah tangan seperti bahan masakan, kek keju, dan sejambak bunga ros.

"Ian dan Didie mana?" Raifa menyoal sambil meliarkan pandangan. Ketiga pengawal Diezel juga ada disitu bersama mereka.

"Abang mandikan kakak tadi. Nanti turunlah tu. Kau nak tolong ke? Aku nak masak ni dekat dapur." Hanna menjawab. Paha Alex di sisinya ditepuk-tepuk sebelum dia mengangkat punggung.

"Jom! Boleh juga aku belajar dari chef kafe Eclipse. Hehehe..." Raifa bergegas membuntuti Hanna hingga ke ruangan dapur.

"Aku chef tak bertauliah sangat. Belum cukup ilmu. Nanti lain kali, kita minta Kak Didie ajar kau masak. Dia ada kelulusan dan pernah juga jadi chef dekat restoran Michelin Star." Hanna bersuara dari ruangan dapur. Raifa kagum dan hampir terlopong luas mulutnya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now