Bab 42

727 31 9
                                    

"So? Macam mana dengan Raifa?"

Soalan yang diutarakan oleh Ian membuatkan Alex mengerutkan dahi seketika. Masa sedang sibuk bincang hal kerja pun Ian masih boleh terfikirkan Raifa? Mencurigakan.

"Apa hal kau nak tahu pasal Raifa? Kau jangan nak macam-macam. Raifa tu dah kahwin. Kau pun dah kahwin. Tambah-tambah lagi kau tu. Kau nak ke Didie datang potong kau dekat sini?" Belum apa-apa lagi Alex terlebih dahulu menegur Ian.

Dia bukannya apa. Dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga. Itu pun sebab dia tahu. Ian pernah sukakan Raifa.

Tangan Ian yang ligat menurunkan tandatangan pada fail yang dibawa Alex terhenti. Nafasnya kedengaran kencang beberapa ketika sebelum bunyi pen dihentak pada permukaan meja kedengaran kuat.

Alex pantas mengelak sebelum penutup pen yang dibaling Ian mengenai wajahnya.

"Jangan nak merepek boleh tak? Aku tanya pasal dia bukan sebab hal lama, bongok! Eee tak hingin aku dengan perempuan lain! No one can replace my wife in any aspects!" Ian berkata dengan wajah bengang. Hilang sekejap ketenangan dalam hatinya.

Kali ini Alex mengangguk. Dia menghembuskan nafas sambil kembali melabuhkan punggung di hadapan meja Ian.

"Kalau macam tu okey. Untuk menjawab soalan kau mula-mula tadi, aku belum contact dia lagi sebab aku masih trauma. Aku risau isteri aku salah sangka kalau contact dia. So, lepas hari tu... Aku dah tak fikir pasal dia lagi dah."

Ian mengangguk. Dia merapikan kembali pakaian sebelum menyambung kerjanya yang tergendala.

"Kalau macam tu, lepas ni aku nak kau bagitahu PA aku dekat luar. Arahkan dia untuk atur temujanji dengan Raifa hari ni juga."

"Sekali dengan isteri kita?" Alex menyoal. Sebab seingatnya sebelum ini Raifa memang memintanya untuk mengatur temujanji bersama isteri-isteri mereka juga.

"Tak. Yang tu kita bincang kemudian. Sekarang ni aku nak cari dia untuk urusan lain." Selamba Ian berkata. Tidak menyedari yang ayatnya sudah dipesongkan oleh Alex.

"Kau ni...kata tak ada yang boleh gantikan Didie dekat hati kau." Alex sudah melempar pandangan sinis dan geram ke arah Ian.

"Kau memang dah lama tak kena dengan aku ke? Aku nak jumpa dia pun ada kaitan dengan isteri kita, bongok! Lagipun kita jumpa dia sama-sama! Bukannya aku dan dia berdua! Menyemaklah. Pergi sana!" Ian terus menghalau Alex tanpa berfikir panjang.

"Ada-ada je..."

Alex sempat menangkap bebelan Ian sebentar tadi sebelum dia menapak keluar dari bilik Ian.

"Nak tanya pun tak boleh..." Kata Alex sebelum tiba di hadapan PA Ian di Lunar Palace.

"Miss Oliy, make an appointment with Madam Raifa from Lo'el Fashion. Today. Arahan bos."

Oliy mengangguk dan terus sahaja melaksanakan apa yang diarahkan oleh Ian melalui Alex.
.
.
.
.
.

"Kak! Tukar syif. Dah pukul 2 petang ni!" Hanna berlari masuk ke dapur sejurus selepas menukar pakaian seragam chefnya.

Diezel berpaling seketika sebelum mengangguk. Dia meletakkan hiasan terakhir pada Meatball in Special Sauce, salah satu signature dish hasil olahan Diezel sendiri.

Sebaik sahaja Diezel menapak ke belakang, Hanna dengan pantas menyambung kerja kakaknya. Wagyu steak di kiri dan Beef Steak di sebelah kanan.

"3 minutes top. Kak deliver order ni dulu. Thanks!" Ucap Diezel sebelum berpaling dan keluar.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now