Bab 56

521 19 0
                                    

Hampir semua kedai khas menjual barangan bayi sudah dijelajah Hanna dan Diezel. Rasanya semua sudahpun lengkap.

Katil bayi, stroller bayi, baju bayi, mesin pembuat susu, dan tilam bayi. Apa lagi agaknya yang masih kurang?

"Barang Si Kembar ni kan... lebih banyak dari barang aku." Komen Diezel sambil merenung setiap barang yang baru sahaja dibeli mereka.

Kembar?

Ya. Selepas diperiksa ternyata anak yang dikandung Hanna adalah sepasang bayi kembar lelaki. Nama pun sudah dipilih oleh Hanna dan Alex.

Chris Elza Noah dan Chris Ezra Noah.

Itulah nama yang telah dipilih.

"Mama kata kan, baju bayi ni sekejap je dia orang akan pakai. Kenapa ek?" Soal Hanna.

Diezel menghirup minumannya. Selepas puas berjalan tadi, mereka berdua yang diiringi oleh Gora dan Tim berehat seketika di Tealive.

Perut Hanna dilihatnya sudah semakin jatuh. Menurut doktor, Hanna dijangka akan melahirkan pada 28 April. Dua minggu dari sekarang.

Buat mereka yang tertanya-tanya kenapa Alex dan yang lain-lain membiarkan Hanna berjalan keluar sendiri, puas sudah mereka menegah. Menegur sudah, menghalang pun sudah.

Usaha mereka selalunya akan berakhir dengan pemberontakkan dan tangisan daripada Hanna. Oleh kerana mereka risau akan keadaan Hanna, terpaksalah mereka turuti sahaja kemahuannya.

Tetapi, dalam diam Diezel dan Alex mengukuhkan lagi kawalan keselamatan Hanna. Seperti sekarang ini, Gora dan Tim telah diarahkan untuk mengutamakan keselamatan Hanna.

Hanna tidak tahu bahawa Diezel sendiri sekarang sentiasa bersiap-siaga. Senjata sentiasa tersembunyi disebalik jaket denimnya.

Selesai menghirup boba terakhir dalam minumannya, barulah Diezel menjawab persoalan adiknya.

"Benda simple, dik. Bayi ni cepat membesar. Kau beli baju sekarang, dalam masa 4 bulan lepas tu baju tu semua takkan muat lagi dah. Terpaksalah anak aku pula yang waris baju tu semua. Jimat duit aku."

Hanna terus membuat muka. Bibirnya diherot sebelum kakaknya dijeling. Tapi tawanya tetap bergema tidak lama selepas itu. Bukan dia saja sebenarnya, Gora dan Tim sendiri geli hati.

"Mengada je nak waris pakaian anak aku. Suami kau tu jutawan hotelier. Kau pula owner kafe. Apa kelas main waris-waris pakaian?"

Diezel ketawa kecil.

"Alaa janganlah kedekut sangat! Kau bukan tak tahu. Kafe kita dah tutup untuk renovation. Ingat renovation tu free ke? Silap-silap, kosong aku nanti."

Hanna menjeling. Kakaknya ditenung dari atas hingga bawah. Mengarut apa kakaknya ini? Macamlah dia tidak tahu.

"Mengarut. Abang Ian hari tu kata dia yang tanggung kos renovation kafe tu. Oh, ya! Cakap pasal renovation, Bianca macam mana? Dia kerja apa sepanjang kafe kita renovation nanti?"

"Aku suruh dia balik kampung. Cuti tapi gaji jalan. Aku tak kisahpun. Aku takkan rugi. Bianca dah lama dengan kita. Baik pula budaknya." Jawab Diezel.

Hanna mengangguk. Dia setuju dengan apa yang dikatakan kakaknya. Gaji Bianca yang dibayar kakaknya adalah RM 2,300. Sudah ditolak caruman PERKESO dan KWSP. 

Tangannya sesekali mengusap perutnya bila terasa Si Kembar di dalam seperti sedang bersilat. Wajah Hanna juga turut berkerut. Diezel yang perasan akan reaksinya juga turut tersenyum.

"Kenapa? El dan Ez tengah berlawan ke dekat dalam tu?" Diezel menyoal sambil menghulurkan tangan untuk turut sama mengusap perut adiknya.

"Haahlah. Pantang betul mommy duduk rehat macam ni kan? Aktif betul. Serupa sangat dengan daddy kamu."

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now