Bab 40

811 25 8
                                    

Diezel menuruni anak tangga perlahan-lahan. Itu pun sebab dia tahu yang Ian sentiasa memerhatikan gerak gerinya. Pantang dia terdengar kaki Diezel bergerak laju sedikit, mulalah mulutnya membebel panjang.

"Husband!! Husband??"

Diezel cuba mencari suaminya. Dari awal pagi lagi rasanya suaminya sudah hilang dari tempat tidur mereka.

Jam ketika ini sudah menunjukkan angka 10. Ini semua angkara Ian! Entah jam berapa barulah dia membiarkan dia untuk tidur dengan aman dan selesa. Itupun hari sudah subuh!

"Eeii dia ni kan!" Rungut Diezel sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Ruang dapur dituju. Pokoknya setiap ruangan rumah yang besar itu sudah dicari oleh Diezel tetapi bayangan suaminya tetap sahaja tidak kelihatan.

"Husband! Keluarlah cepat! Kalau tak wife keluar rumah lepas tu joging dekat pantai sana!" Bebel Diezel sebelum menjenguk keluar.

Berubah terus air mukanya bila menyedari yang suaminya rupanya sudah keluar tanpa memaklumkannya terlebih dahulu. Keretanya pun sudah hilang dari garaj.

"Bagus! Yes! Pantai here we go!" Diezel melompat kegirangan sambil berlari anak. Seliparnya terus disarung sebelum dia berlari ke pantai.

Kalau suaminya ada, belum tentu dia dibenarkan untuk bersiar-siar di pantai. Oleh itu, selagi Ian tidak ada di sini...

"Pantai here I come!" Laung Diezel dengan gembira sebaik sahaja kakinya menyentuh pasir pantai.

Diezel melakukan banyak sekali aktiviti di pantai. Berlari di gigi air, membuat istana pasir, dan akhir sekali berlatih seni mempertahankan diri.

Hampir sejam lamanya Diezel bermain disitu seorang diri. Saat itu Diezel hanya duduk di atas pasir tanpa sebarang alas. Tangannya ditongkatkan ke belakang.

"Sekarang ni, Ian mungkin hanya akan marah sikit je. Tapi, kalau aku pergi mandi laut lepas ni... Dia ikat aku kot." Diezel mengumam sendirian. Pandangannya dihala ke tepat ke arah laut. Tidak lama selepas itu, senyuman nakalnya mula terukir.

Punggungnya diangkat dan dia dengan selamba berjalan menuju ke laut. Sesaat sebelum kakinya menyentuh air laut, kedengaran suara garau berteriak tidak jauh dari belakangnya.

"HANNA DIEZEL! Stop right there!"

Tubuh Diezel kaku. Dia mengetap bibir kerana tahu yang dia sekarang sudah menempah masalah.

"Husband! Bila sampai?" Diezel tersengih memandang Ian yang sedang berlari ke arahnya. Wajah merah Ian jelas mengatakan yang dia sedang marah!

"You naughty little brat!" Marah Ian. Geram dia kerana Diezel melanggar arahannya.

"Husband, sorrylah!!!" Diezel membuat muka cemberut sebelum berundur perlahan-lahan ke belakang. Gerun dia kerana risaukan hukuman yang bakal diberi oleh Ian.

"I said don't come out here masa tengah hari tambahan lagi without my surveillance! Kalau jadi apa-apa macam mana?!" Marah Ian lagi. Dia sudah semakin menghampiri isterinya.

"Stop moving and stay where you are, Sayang!" Sambung Ian lagi. Sudah terbias riak kerisauan di wajahnya kerana air laut sudahpun berada di paras lutut isterinya.

"Janganlah marah! Arhhhh..."

Diezel tidak sempat menghabiskan ayatnya. Tanpa dia sedar, dia sudah tiba di kawasan yang agak dalam. Tahu-tahu saja, dia sudahpun tenggelam dalam keadaan kepala di bawah dan kaki di atas.

Diezel masih dalam keadaan panik. Lantaran itu tubuhnya masih gagal untuk berdiri sendiri. Walhal paras air laut ketika itu tidaklah sedalam mana.

"What did I told you?!" Kuat suara Ian memarahi Diezel saat menarik tubuhnya keluar dari permukaan air.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now