Bab 27

856 29 0
                                    

Hari-hari biasa Hanna dan Diezel di kafe berubah kacau bilau dengan kehadiran dua wanita yang tidak ubah seperti model penampilannya. Tinggi, putih, berkasut tinggi, dan semestinya wangi semerbak. Nampaknya setiap seorang punya dua orang pengawal peribadi.

Hanna dan Diezel berbalas pandangan. Nampak pelik. Masa Alex mengambil cuti pulalah mereka dikunjungi oleh orang pelik seperti ini. Hanna melangkah keluar dari bar minuman sebelum bergegas ke arah meja yang menempatkan para pelanggan misteri mereka itu.

"Good afternoon. May I take your order?" Hanna bersuara lembut dan lunak seperti biasanya.

"Nama you siapa?" Wanita berambut perang di sebelah kiri Hanna bersuara. Hanna sempat mengerutkan dahi. Namanya? Kenapa? Jauh di sudut hati, Hanna mula berasa tidak sedap hati.

"Hanna Tasya, cik. Ada apa ya?"

Bunyi dengusan dan hembusan kasar kedengaran dari kedua wanita di depannya.

"We come to the right place, Sharlene." Getus Si Rambut perang.

"Unfortunately yes, Maya."

Sharlene menyandarkan tubuh lalu menyilangkan tangan. Dia turut menyilangkan kaki sebelum melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Dia memberikan signal kepada salah seorang daripada pengawal peribadinya. Namun begitu, belum pun sempat mereka mendaratkan tangan ke tubuh Hanna, Diezel terlebih dahulu meluru untuk menyelamatkan adiknya.

Satu tendangan dilayangkan Diezel sebelum dia membawa Hanna ke belakangnya.

"Kau okey, Tom?" Diezel bersuara dengan nada dingin. Tubuh gementar adiknya dipandang sekilas sebelum dia melangkah ke hadapan.

"Saya tak tahu apa tujuan awak semua datang ke sini. Tapi, dengan segala hormatnya... Saya nak minta awak semua keluar dari bangunan kafe ni." Diezel masih cuba untuk mengawal amarahnya. Hari masih siang. Masih ramai orang yang lalu lalang di luar kafe. Mesti ada mata-mata yang memerhati dari luar.

"You must be Diezel. Am I correct?"

"Or I could be your grim reaper too..." Dengan penuh aura kegelapan Diezel menjawab. Dia sudah melucutkan apron di pinggang. Topi yang dipakai juga di buka lalu dilepaskan ke lantai.

Aura yang dikeluarkan Diezel membuatkan Sharlene dan Maya agak risau. Mereka berdua terus bangkit dan bersembunyi di sebalik barisan pengawal peribadi mereka.

"Kami datang nak bagi amaran! Jangan cuba-cuba nak jumpa atau berhubungan dengan Ryan lagi!" Sharlene menjerit dalam takut.

Diezel berhenti melangkah. Dia mengerutkan dahi sebelum mengerahkan buah fikirannya. Ryan? Siapa Ryan?

"Siapa Ryan?" Soal Diezel. Dia menghadiahkan pandangan pelik bersama kerutan di kening.

Sharlene kelihatan mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum mengarahkan salah seorang dari pengawalnya untuk menyerahkan telefon tersebut kepada Diezel.

"Kami tak kenal dan adik saya tak ada hubungan pun dengan jantan tu. Kalau lelaki tu ada hubungan dengan awak, I would like to say. Good luck." Diezel melihat paparan skrin dengan pantas. Belum pun sempat Hanna melihat sama paparan tersebut.

"Tapi..." Sharlene masih hendak berbalah namun Maya lekas-lekas menyenggol lengannya.

"Jom kita pergi sekarang!"

Tiba-tiba sahaja kafe tersebut dikerumuni oleh ramai lelaki berpakaian hitam dan bertatu di seluruh tubuh. Hilmi dan Gora muncul beberapa saat kemudian dari pintu belakang.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now