Bab 63

606 17 0
                                    


Ibu Pejabat Lunar

"Bos Hilmi! Aku dah selesaikan kerja yang bos suruh pagi tadi."

Hilmi mengalihkan pandangan daripada meja kerjanya. Beberapa keping gambar menunjukkan bukti 'kerja' yang diarahkan kepada anak buahnya dikerling dengan penuh puas hati.

"Nice job. Ni upah kau." Hilmi tersenyum puas sambil mengeluarkan beberapa keping not ungu kepada anak buah di depannya.

"Yes! Terima kasih, bos! Lain kali ada job macam ni panggil aku tau? Pergi dulu bos! Nak joli puas-puas malam ni!"

Hilmi mengherot bibir sebelum menggeleng. Joli sajalah yang mereka tahu.

"Stay out of trouble!" Pesan Hilmi dengan suara lantang sebelum biliknya kembali kosong.

Kepingan gambar di atas meja dicapai sebelum dia tersengih-sengih. Dia perlu maklumkan kepada Gora berkenaan hal ini.

"Yoo! I got news." Gumam Hilmi sebaik sahaja panggilannya disambut oleh pihak sana.

"What's up? Talk."

"Kau ingat Lily?"

"Ha-ah. Bekas pekerja Bos Ian. Dah dua bulan aku tak ingat pasal perempuan sial tu. Aku ada try cari dia untuk buat perhitungan. Tapi dah hilang. Apa kes?"

Hilmi tertawa di hujung talian.

"Memanglah. Come on. Perempuan tu berani cari onar dengan puan kita. Ingat aku nak biarkan dia begitu saja?"

Bait bicara Hilmi sebentar tadi membuatkan tawa Gora meletus di hujung talian. Gora hampir pecah perut ketawa. Lupa pula dia. Hilmi kan ketua Lunar sekarang?

"Kau memang pantas buat kerja. Tabik aku!"

"Well, you know me. I learned from the best. Okeylah, bro. Semua okey ke dekat sana? Semua sihat?"

"Syukurlah semua sihat je. Baby berdua tu je kadang-kadang selesema. Ulang-alik juga Puan Hanna dengan Puan Diezel nak bawa dekat klinik."

"Oh. Kesiannya. Rindu pula aku dengan baby kembar tu. Ada masa dalam minggu ni aku datang vila lawat kau orang. Hati-hati. Jaga Puan Diezel baik-baik. Ada apa-apa terus contact aku." Pesan Hilmi dengan serius di hujung talian.

"Okey, bro. Aku akan jaga." Sahut Gora sebelum talian mereka diputuskan.

"Hilmi ke, Gora? Dia nak apa? Dia okey je kan?"

Diezel terus menyoal sebaik sahaja Gora selesai berbual di telefon. Di dadanya ada Ezra yang sedang terlena dalam baby carrier.

"Dia okey. Saja cerita sikit. Dia kata dalam minggu ni nak datang sini lawat kita semua."  Gora menyembunyikan sahaja perihal Lily daripada Diezel.

Baginya Diezel tidak perlu tahu. Itu sudah tanggungjawab mereka untuk memusnahkan sesiapa sahaja yang telah mengancam terutama sekali yang bertindak mengasari Diezel.

Tidak sangka pula Gora yang Hilmi sanggup bertindak sejauh itu untuk membalas dendam bagi pihak Diezel. Sayang betul Hilmi dengan Diezel sekeluarga, fikirnya.

Padanlah usahanya untuk menjejaki Lily sebelum ini menemui jalan buntu. Rupanya Lunar sudahpun terlebih dahulu bertindak. Kagum dia dengan bekas organisasi mafia yang pernah dianggotainya dahulu.

"Suruh dia datang cepat-cepat. Dah lama tak jumpa dia. Rindu."

Diezel berkata sebelum menepuk perlahan punggung Ezra dan kembali mendodoikannya. Elza sudah lama terlena di katil bayi khas yang diletak di ruang tamu. Si Abang senang sedikit hendak diuruskan. Si Adik ini pula agak manja dan susah sedikit hendak dipujuk untuk tidur.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now