Bab 18

992 34 13
                                    

"I can't believe this!"

  Bait bicara yang didengari oleh Diezel dan Hanna sebaik sahaja selesai sesi rawatan spa membuatkan mereka berhenti melangkah. Tuala putih yang dipegang Diezel terlepas ke lantai.

  Tiga tahun sudah berlalu. Tiga tahun! Suara itu nampaknya masih lagi berjaya mengganggu emosinya. Sangkanya selepas tiga tahun ini, suara itu mungkin tidak lagi mampu membuatkan dia rasa keliru, takut, dan trauma!

  Lelaki pertama yang hampir meragut kesuciannya sebelum abang sepupunya! Doktor Maxim merangkap bekas teman lelakinya dan juga rakan seperjuangannya dahulu.

  Tidak cukup dengan itu, Maxim juga kantoi berkelakuan tidak senonoh dalam bilik rehat tepat di hadapan matanya sendiri. Salah satu punca dia bertindak berhenti daripada meneruskan kariernya sebagai seorang pakar perubatan!

  "Kau tunggu aku dekat luar dulu ya? Kejap lagi aku keluar."

  Hanna kelihatan ragu-ragu. Tapi kakaknya mengangguk beberapa kali untuk meyakinkannya bahawa dia akan baik-baik sahaja.

  "Don't act like you know me! Never! I hate you and I refuse to remember you even a bit. So, will you excuse me?" Diezel membuka mulut sebaik sahaja kelibat adiknya menghilang disebalik pintu masuk. Diezel memandang Maxim dengan penuh rasa jijik, sebal, dan takut. 

  Maxim seakan langsung tidak terkesan dengan nada percakapan Diezel terhadapnya. Dia sebaliknya hanya tersenyum lebar dan mula memandang tubuh Diezel dari hujung kaki sehinggalah ke hujung kepala.

  "Tiga tahun I cari you. You berhenti macam tu je. Block number semua orang termasuklah I sekali. I demand an answer, sayang! Dah lama I cari you!"

  Maxim tanpa segan silu menekan Diezel rapat ke dinding. Bibir Maxim mengulum senyum. Lutut Diezel terasa longlai buat seketika. Namun dia enggan membiarkan dirinya menjadi mainan lelaki seperti Maxim!

  "Let me go! Kita dah lama putus!" Jerit Diezel sebelum menolak Maxim dengan kasar dan terus berlari menyelamatkan diri.

  Tiba di luar, Hanna yang baru hendak masuk ke dalam terhenti bila menyedari yang Diezel rupanya sudahpun berada di luar. Tapi, kenapa kakaknya panik begitu?

  "Tom! Jom!"

  Hanna semakin keliru. Sebelum tangannya sempat ditarik, dia memandang jauh ke dalam. Raut wajah lelaki mencurigakan yang ada bersama kakaknya tadi di simpan kemas dalam kotak memori.

  Diezel dan Hanna berlari pantas ke kabin. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, Diezel lekas-lekas menguncikan pintu sebelum mengintai menerusi jendela. Bila dia yakin yang Maxim tidak mengekori mereka, barulah dia merasa lega.

  "Care to tell me what's going on? Who is that guy?" Hanna menyoal. Dia meletakkan barang ke atas sofa sebelum turut sama melabuhkan punggung disitu.

  "Macam mana dia boleh ada dekat sini?" Diezel mencapai telefon bimbit. Baru pukul 1 petang. Ian masih belum kembali dari carwash bersama Alex.

  Selepas menjamah makan tengah hari, mereka sekali lagi beredar dengan alasan hendak mencuci keretanya. Kalau Ian dan Alex ada di sini, mungkin dia tidaklah serisau ini.

  "Kak! Kau masih tak jawab soalan aku! Kenapa ni? Siapa lelaki tu dan kenapa kau takut sangat dengan dia?!" Hanna terpaksa mendesak kakaknya supaya membuka mulut.

  Tidak gemar betul dia melihat kakaknya dalam keadaan terganggu seperti ini. Lelaki itu mesti pernah buat sesuatu terhadap kakaknya di masa lalu. Kejap... Jangan jangan...

  "Dia. Dia ke lelaki tu? Doktor Maxim? Lelaki psiko tu?" Hanna bersuara keras. Bila kakaknya hanya menekup kedua belah telinga kemudian merapatkan kepala ke lutut, Hanna mengerti. Betullah jangkaannya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now