Bab 24

860 32 6
                                    

Japanese Sakura Diner
10 Malam

Tempat perjumpaan antara tiga kumpulan yang berpengaruh dalam dunia gelap. Hiasan dalaman yang bermotifkan rumah makan Jepun. Tempat yang sudah ditetapkan oleh Choi dan Ray untuk menghabiskan riwayat Ian dan Alex.

  Ya. Mereka memang sudah merancang hendak membelot sebaik sahaja persetujuan damai ditandatangani. Perundingan damai ini sebenarnya hanya perangkap sahaja. Sejak awal lagi, mereka berdua tidak pernah berniat hendak berdamai dengan Lunar.

  Bagi mereka, ini adalah kesempatan besar untuk memusnahkan kumpulan mafia terbesar di negara ini iaitu Lunar! Lantaran itu, satu rancangan yang rapi telah disusun selepas menimbang segala kemungkinan.

  Alex sebenarnya dari awal lagi rasa tidak sedap hati dengan pertemuan mereka malam ini. Dari awal dia sudah meluahkan apa yang dirasakan kepada Ian.

  Tapi, Ian mestilah akan cuba bersikap positif. Lagipun, perjanjian damai ini mungkin akan menyelesaikan masalah cubaan mengancam Diezel. Tambahan pula, bukan sikit wang ganjaran yang ditawarkan Ian kepada Ingrid dan Red Cobra seandainya perdamaian ini berjaya dicapai.

  "Okey, sekarang tinggal Lunar sahaja yang perlu sign." Kedengaran suara Choi bersuara dengan tawa kecil.

  Alex membuat muka. Berdamai atau tidak, dia tetap tidak sebulu dengan kedua musuh mereka itu.

  Sementara Ian cuba mencari pen dari baju kotnya, Alex berdiri dari tempatnya iaitu di sisi Ian. Terasa seperti ada getaran perlahan di telefon pintarnya.

  Tepat seperti sangkaannya. Satu pesanan ringkas diterima dan isinya cukup membuahkan rasa cemas.

  Dengan pantas, Alex memanjangkan tangan lalu menahan pergelangan tangan Ian daripada meneruskan tandatangan. Matanya mula meliar memandang pandangan semua musuh dan pada masa yang sama, dia perlahan-lahan menunduk dan membisikkan sesuatu ke telinga Ian.

  "Trap. Backup is outside." Ringkas. Tapi mudah difahami oleh Ian.

  Ian mengulum senyum. Kepalanya menunduk memandang perjanjian damai di hadapan.

  "I'm sorry. Tapi, saya nak batalkan semua ni. Now, will you excuse me?" Ian berdiri dengan penuh hati-hati dan tenang.

  Seperti yang sudah dijangka Alex, sebaik sahaja niat busuk musuh mereka berjaya dihidu, barulah mereka mula menunjukkan taring. Semua orang mula mengacukan pistol ke arah mereka berdua. Musuh mereka sekarang adalah seramai 6 orang. Masing-masing bersenjatakan 2 pistol setiap seorang.

  "You outnumbered, Ian. Letakkan senjata. Kamu berdua, ambil semua senjata mereka!" Kata Choi dengan penuh angkuh.

  Ian mendecit. Dia dan Alex berpandangan sesama sendiri sebelum meletakkan senjata dan meletakkan tangan ke atas kepala. Tubuh mereka berdua digeledah bagi memastikan semua senjata sudah diambil.

  "So, I guess this is the end?" Ian berkata. Gelak tawa para musuh bertambah gamat. Hanya menambahkan lagi rasa kesal di hati Ian dan Alex.

  Dua pelayan wanita bertopeng muncul secara tiba-tiba. Lengkap berpakaian kimono. Mereka membawa dua cawan teh hijau.

  "Ah, ya! Hampir lupa. Aku dah sediakan minuman terakhir ni buat kamu berdua. Jangan risau. Tak ada racun. Ini sebagai minuman terakhir kamu." Ray berkata sambil berpeluk tubuh. Memang betul tidak ada racun di dalamnya.

  "1... 2... 3!" Alex mengira dalam diam. Pada angka ketiga, restoran tersebut menjadi gelap gelita. Serentak itu juga, Alex menarik Ian lalu membawanya untuk meniarap pada permukaan lantai dengan pantas.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now