Bab 64

564 17 5
                                    

3 tahun berlalu....

Tengah hari itu, Gora dan Hanna memenuhi hajat anak kecil mereka untuk melawat tempat kerja kedua ibu bapa mereka. Diezel dan Tim pula masih ada di klinik bersama bayi ketiga Diezel, iaitu Hanna Luna Selene. Diezel hanya berpesan agar mereka berhati-hati ketika Gora memaklumkan aktiviti anak mereka.

"Aylin... Aura... Jangan merengek meronta macam ulat bulu. Karang jatuh dari tangan uncle, Mama Hanna tak tahu ya?" Hanna menegur anak dara sulung serta anak lelaki kedua kakaknya yang sedari tadi asyik berlawan tangan dalam kendongan Gora.

Tiba sahaja di tingkat pejabat Ian dan Alex, terpaksa Gora melepaskan kedua anak majikannya ke lantai. Mengeluh sesaat Gora mengenang keaktifan Aylin dan Aura.

"Papa? Papa Lex?" Suara si kecil Aylin kedengaran. Wajah Hanna dan Gora dipandang dari bawah.

"Elza and Ezra. Bawa adik pergi cari papa. You guys still remember the place?" Hanna menyoal sebelum melepaskan tangan kedua anak kembarnya yang kini berusia 4 tahun.

"Still, mommy. Let's go!" Jawab si Kembar dengan serentak sebelum masing-masing mencapai pergelangan tangan Aylin dan terus berlari anak ke arah bilik Ian.

Hanna Aylin Selene, anak pertama Diezel kini sudah tiga tahun. Hanna memandang tingkah tiga anak kecil yang berlari girang dari belakang. Melihat mereka gembira seperti itu, hati kecilnya turut bergembira.

Dia dan Gora hanya melangkah tenang. Staf Lunar Palace menunduk hormat saat mereka melintasi ruangan kerja mereka. Gora sesekali melayan karenah Hann Aura, anak kedua majikannya yang baru berusia dua tahun. Seusia dengan anak kedua Hanna, iaitu Christy Emilia Noah.

"Papaaaaaaaaaa!!"

Aylin menjerit dengan suara yang agak lantang dan nyaring sebaik sahaja kedua abang sepupunya membukakan pintu. Wajah terkejut Ian yang khusyuk dengan kerjanya mencuit hati Aylin dan yang lain-lain.

"Terkejut papa, sayang. Apa jerit-jerit macam tu? Pekak telinga staf papa nanti." Ian menegur perlahan sambil berdiri dari tempat duduknya.

Sesudah itu, Ian berlutut dan mendepakan tangan. Sepantas kilat Aylin berlari dan terjun ke dalam pelukan papanya.

"Papaaa.." Kali ini kedengaran pula suara Aura dari arah pintu. Bersama gigi yang belum tumbuh semuanya, Aura berjalan terkedek-kedek mendapatkan kakak serta papanya.

"Eh, anak lelaki papa pun ada?! Come here my boy. Come..." Ian meletakkan Aylin di paha kanan sementara menanti Aura tiba ke pelukannya.

"Ahhh... Rindunya papa dengan anak-anak papa ni..."

Pipi Aylin dan Aura dikucup silih-berganti sebelum mengangkat mereka ke arah sofa.

"You don't miss mama and Luna?" Soal Aylin secara tiba-tiba. Pantang sekali anak sulungnya itu jika mama dan adik bongsunya tidak disebut oleh papanya. Aylin mementingkan keadilan.

Ian terus ketawa. Begitu juga dengan Gora.

"Tak. Tak rindu." Jawab Ian. Saja ingin melihat apa reaksi Aylin selepas ini.

Seperti yang dijangka, wajah Aylin berubah cemberut serta-merta. Pipi gebu putihnya berubah merah jambu. Nampak marah sekali bila papanya menyatakan yang dia tidak rindu sama sekali.

"Uncle! Call mama! Kakak nak bagitahu mama."

Dengan tidak semena-mena, Aylin dengan pantas terjun dari pangkuan Ian sebelum bertindak berlari ke arah Gora. Seluar Gora ditarik-tarik, memaksanya untuk menghubungi Diezel waktu itu juga.

Serba-salah Gora dibuatnya. Ian sebaliknya sudah tersandar di sofa kerana terlalu penat ketawa. Nampaknya, terpaksalah juga Gora menghubungi Diezel.

"Mama! Mama!" Aylin berlari tepat di hadapan Ian sambil memegang erat telefon pintar Gora.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now