Bab 20

1K 25 2
                                    

Eclipse Cafe Grand Comeback

7.00 Malam

Dua hari selepas kembali daripada percutian di resort, Diezel dan Hanna kembali sibuk dengan tugas hakiki mereka. Mereka memutuskan untuk mengadakan promosi sebagai tanda permohonan maaf kepada pelanggan tetap mereka.

  Dengan memanfaatkan media sosial, Diezel mengedarkan kupon diskaun sebanyak 40 peratus terhad kepada 100 orang terpilih. Kupon tersebut telah habis ditebus dalam tempoh kurang lima jam!

  "It's going to be a hectic day tomorrow." Diezel berkata dari bilik rehat. Alex sendiri turut turun padang untuk membantu mereka. Diezel sudah cuba menghalang namun Alex tetap saja berdegil.

  "No offense, abangku. Tapi, you sure you don't have any other work other than this? Aku gembira kau dapat tolong sini. Betul. Tapi aku tak nak laa sampai ganggu kerja hakiki kau yang lain pula. Nanti apa kata bos besar kau?" Diezel meluahkan apa yang bermain di fikirannya selama ini.

  Alex mengesat dahi. Dia baru sahaja selesai mengemaskan stor di atas kedai.

  "Betul juga. Kejap ya. Aku call Ian dulu." Balas Alex dengan tiba-tiba. Dia mendail nombor sebelum memasangkan mod pembesar suara. Hanna di sisi Alex pula memandang kakaknya sebelum tersengih.

  "I'm working here full time."

  Terlopong mulut Diezel dan Hanna bila terdengar ayat yang diutarakan oleh Alex.

  "Kau dah kenapa? Kau memang dah tukar tempat kerja dekat situ kan? Apahal tiba-tiba baru nak call cakap pasal ni?" Demikianlah respon Ian di hujung talian.

  "Aku tahu. Tapi, bos kafe ni yang masih ragu-ragu dekat aku. Walhal kafe dia ni sangatlah kekurangan pekerja." Sempat juga Alex menyindir Diezel sebelum turut sama tersengih.

  "Loudspeaker ke?" Ian membalas.

  "Haah." Jawab Alex.

  Menggeleng laju Diezel mengenangkan tingkah kedua lelaki ini. Ada sahaja gaya mereka.

  "Shine, saya akan uruskan kerja dekat sini. Alex is my independence General Manager here. He is not bound to come to work daily. Only once a week. Tu pun sebab ada meeting dengan saya, as the owner and director."

  "That's sound busy, Ian. You sure?" Diezel berkata sambil mengetuk dagu dengan hujung jari.

  "Sure, Shine. Ambillah Alex sebagai staf fulltime or part time dekat situ. Beside, it was his own choice. Let him do what he want. As for his salary, update it to me. I will take care of his salary. Macam mana?" Cadang Ian.

  "Oh, you pay for his salary? Okay. I agree. Alex, kau adalah staf sah aku mulai dari hari ni. Masa kerja kau tentukan sendiri. Deal?"

  Diezel menghulurkan tangan ke arah Alex. Sesudah itu tawa mereka bertiga termasuklah Ian di hujung talian bergema.

  "Deal, lady bos!" Sahut Alex sambil menyambut huluran tangan Diezel.

  "Tugas utama kau, kaunter pembayaran.  Melayan pelanggan dan juga bar minuman tu kerja tambahan. Tom akan lebih sibuk bantu aku dekat kitchen lepas ni but only when aku tak cukup tangan. Selebihnya, dia akan cover bahagian pelayan juga dengan kau. Bianca as always, our main bartender."

  "Siapa pencuci pinggan mangkuk kita?" Alex tiba-tiba mengutarakan soal itu.

  "Selalunya aku dan tom. Kami dah biasa." Kata Diezel.

  Alex terus menepuk dahi. Dia mengangkat sebelah tangan sebelum berkata,

  "Then let me deal it with you guys too. You are so understaff, Die."

  Diezel hanya ketawa kecil.

  "I'm having trouble to trust people. Bukan senang aku nak ambil pekerja baru. Aku kena pertimbangkan banyak perkara."

  "I can come to help wash the dishes too whenever I'm free." Celah Ian dari corong telefon.

  "Eleh...kau tu dah sibuk sangat dekat hotel. Jangan nak tambah kesibukanlah." Bantah Alex.

  "Don't underestimate me. Just watch."

  "Washing dishes, huh? I bet that looks cool on you." Sindir Alex lagi sebelum tawa mereka bertambah gamat.

                                ***********

Ruang pertemuan antara tiga ketua gengster di kawasan ini menjadi agak riuh. Di luar ruangan ini sudah gamat dengan bunyi musik yang disusun oleh Dj. Di dalam pula mereka riuh dengan gelak tawa dan suara-suara sumbang.

  "Kalau sumber ni sahih, maknanya kita ada peluang untuk jatuhkan Lunar! This woman could be his weakness!" Ketua Red Cobra bersuara lantang sebelum menghamburkan tawa.

  "Sebelum ni Lunar selalu tunjuk kepala. Sekarang, tiba masanya untuk kita pula yang  pijak kumpulan mafia tu." Sambungnya lagi sebelum memandang tajam gambar milik Diezel di tangannya.

  "Tapi tak semudah tu, Bos Ray. Lunar ada simpan beberapa pengawal dekat perempuan tu. Beside, his right hand man is there with them." Celah Chai, ketua sindiket dadah terbesar di negara ini yang memakai gelaran Ingrid.

  Ray mengangkat kening. Gambar Diezel dilepaskan sebentar. Tubuh sasanya disandar perlahan pada kerusi.

  "Alex?" Soalnya sambil mengurut dagu. Pelbagai persoalan mula bermain diminda. Namun tidak semua perlu dikongsi. Dia tetap perlu berwaspada kerana tidak ada seorang pun yang berada di ruangan ini yang boleh dipercayai seratus-peratus.

  "Yes. Orang aku bagitahu yang Alex ada dengan perempuan tu hampir setiap masa. Boleh dikatakan yang... Alex mungkin bekerja dekat kafe perempuan tu?"

  Ray menahan reaksi wajah. Sah! Diezel memang ada kaitan dengan Ian dan Alex.

  Ray masih ingat Diezel pada malam tempoh hari. Diezel pernah berdalih yang dia langsung tidak mengetahui keberadaan Alex ketika disoal oleh orang-orangnya. Tapi tengoklah sekarang.

  "Interesting. Aku nak buat test dulu untuk buktikan teori aku ni..." Ray berkata sambil menyusun sepuluh jari lalu dibawa ke bibir.











Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now