Bab 46

681 23 2
                                    

Lunar Headquarters

"Alex dan Tom mana?"

Ian bersuara di talian sambil membuka langkah dengan penuh karisma ke arah Black Room. Tidak ada seorang pun yang tidak menunduk hormat saat dia melintas. Itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa tinggi rasa hormat dan kesetiaan mereka terhadap Ian.

"Ada je dekat sini. Kenapa wife tak boleh balik rumah kita? Bukannya wife seorang diri. My guards is with me, kan?" Jawab Diezel dari hujung talian.

Diezel tidak putus-putus menyoal kenapa Ian harus mengarahkan dia tinggal bersama Hanna dan Alex sedangkan dia masih boleh tinggal sendiri di rumah mereka? Paling tidak pun, hantarlah dia ke rumah papa dan mama!

Peristiwa dia dirasuk sehingga memuntahkan darah beberapa bulan yang lepas nampaknya masih menghantui Ian. Hinggakan suaminya itu tidak boleh mempertimbangkan langsung permintaannya untuk tinggal di rumah seorang diri.

"Wife, we already talked about this. No whining. Please. Stay with them when I'm away for this week. Please sayang. I'm begging you." Rayunya. Keluhan berat dilepaskan.

Pintu Black Room terbuka dari dalam. Kelibat Hilmi kelihatan, menandakan yang Hilmilah yang telah membukakan pintu untuknya. Satu anggukan diberi bila dia bertentang mata dengan orang kanan baharunya itu. 

"Okay, husband. I'm sorry. I will stay."

"Good. Wife, husband dah sampai dekat Black Room.  Lepas habis meeting ni, husband akan terus ke lapangan terbang. I'll call you before checking into my flight. Okey, My Shine?"

"I'll miss you. Make sure untuk call wife. I love you so much, husband." Ucap Diezel dengan penuh rasa sedih.

"Don't be sad, wife. Husband janji akan buat video call everytime I'm free. I'll be missing you more than you can imagine. And remember this please, you can never love me more than I love you. So please jangan ingkar arahan husband kali ni. Cafe tutup before 9 pm, your bodyguard must be around 24 hours, stay with your sister and brother in law, and behave. Promise me." Ian menuntut kata janji daripada isterinya. Isterinya ni bukan boleh percaya sangat. Sentiasa ada akal nakalnya. Dalam sehari kalau tidak menggoncang emosinya, memang tidak sah.

Kedengaran tawa sengihan di hujung talian. Entah sengaja ataupun apa. Tapi cukup untuk membuat Ian bertambah tertekan kerana risaukan Diezel.

"Wife! I'm not kidding!" Desak Ian dengan suara yang sedikit tinggi. Dia menepuk permukaan meja. Mengejutkan semua anggota atasan Lunar yang lain. Tapi masing-masing tetap buat tidak endah kerana risau menjadi mangsa amarah bos mereka.

"Okey... Okey... Janganlah marah. Rindu dengar suara husband marah macam tu. Wife janji wife akan ikut semua arahan husband. Jadi janganlah risau ya?"

Kepala Ian tertunduk memandang permukaan karpet. Geram pula dia bila menyedari yang isterinya hanya mengusik. Pada masa yang sama, dipicit kuat pangkal hidungnya.

"Stop being naughty, wife. Okey. Husband pergi dulu ya? Love you, wife."

"Please be careful yourself, husband. Remember that you are my husband now and you need to return to me no matter what. I love you too, husband."

Tersenyum manis Ian saat mendengar pesanan isterinya. Dia mengangguk perlahan. Bagaikan Diezel ada tepat di hadapan mata saat itu.

"Thanks, wife. See you. I'll call you later. I'll switch this phone off for a while, okay?" Ian menunggu beberapa saat lagi sebelum menekan simbol merah pada skrin lalu menutup gajet di tangannya.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now