Bab 51

672 23 2
                                    

"Husband..."

Itulah perkataan pertama yang terbit dari bibirnya selepas matanya celik. Rasa sakit yang menjalar di kawasan lengannya membuatkan dia tambah tidak bermaya.

Dia ingin membalut luka tersebut. Akan tetapi kedua tangannya masing-masing terikat di belakang.

Diezel ingin menangis. Betapa dia rindukan pelukan hangat suaminya yang selalu melindunginya.

"I miss your scent..." Gumam Diezel sekali lagi sebelum menggerakkan kepalanya. Kali ini dia tidak lagi beralaskan tilam yang empuk.

Dia hanya dibiar terbaring tanpa sebarang alas di dalam stor bawah tanah. Tapi ini stor bawah tanah yang mana satu? Hapak. Lembab. Sesak dan kurang udara.

Diezel cuba untuk berdiri. Saat itu barulah dia sedar yang pergelangan kaki kirinya diikat dengan wayar yang bersambung terus  dengan satu beg bersaiz bagasi berisi bahan letupan. Bom tersebut terletak kemas di tengah stor.

"Sial kau, Zander." Getus Diezel bila menyedari situasinya sekarang. Kalau dia gerakkan kakinya, kiraan masa pada bom tersebut akan bermula. Akhirnya Diezel hanya mampu menyandarkan tubuh pada dinding simen di belakangnya.

Berdasarkan masa yang telah ditanda, dia ada 5 minit sahaja untuk menyelamatkan diri seandainya dia gagal mengawal pergerakan kaki. Bagaikan tahu yang Diezel berada dalam kesusahan, roh Luigi dan Amanda muncul serentak tepat di sekeliling Diezel.

Suasana stor yang tadinya terasa panas mula terasa agak dingin. Diezel tahu Amanda dan Luigi sedang cuba untuk melindunginya.

"Nampaknya...tak lama lagi saya akan join team awak berdua." Diezel bersuara lemah. Amanda menggeleng. Gadis itu kelihatan samar-samar sahaja. Begitu juga dengan Luigi.

"Awak akan okey. Bertahan! Ian dah sampai. Jangan tinggalkan dia!" Pujuk Amanda.

"Hahhh..." Keluh Diezel. Ian. Ian dah sampai?

"Diezel... Bertahan. Kami akan tolong awak...." Kali ini Luigi pula yang bersuara. Serentak itu keduanya mula beransur hilang dari pandangan.

"I prefer if one of you guys stay and accompany me. But it's okay." Kata Diezel sebelum tergelak sendiri. Seorang diri lagi dia nampaknya.

"Ni kali pertama kau bergantung dengan hantu, Die. Tanda-tanda nak menyeberang alam ke?" Diezel sekali lagi menyindir diri sendiri.

Diezel mengumpulkan kembali semangatnya yang telah hilang. Kalau betul Ian dan yang lain-lain sudah sampai, dia yakin Ian akan berjuang habis-habisan untuk menyelamatkannya. Jadi, dia pun perlu berjuang untuk kekal bernyawa.

Untuk tempat tertutup seperti ini, lebih baik dia kurangkan pergerakan dan elakkan daripada bercakap. Semakin banyak pergerakannya, maka semakin berkuranglah bekalan oksigen yang tersisa.

Sejak niat sebenarnya berjaya dihidu oleh Zander, lelaki itu terus sahaja menarik semua kemudahan dan keselesaan yang diberi selama ini. Wajarlah Ian dan Alex berusaha untuk melindungi mereka sekeluarga daripada lelaki itu selama ini.

Hampir putus nyawa dia subuh tadi. Lehernya dicekik kuat oleh Zander untuk memaksanya memberitahu perkara sebenar disebalik serangan terhadap Robert. Diezel sejujurnya tidak tahu-menahu akan hal tersebut. Apa yang dia tahu hanyalah info yang menyatakan Robert akan diserang pihak berkuasa.

Memandangkan mendiang Luigi, bekas bos Lunar ada menyatakan yang Zander bekerjasama dengan Robert maka sebab itulah dia mengambil tindakan drastik dengan menghuru-harakan vila ini untuk mengalihkan perhatian Zander. Lega juga Diezel bila dia mendapat tahu yang usahanya nyata berhasil.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now