Bab 38

854 32 2
                                    

Langkah kaki diatur penuh yakin. Langsung tidak dihiraukan sebarang kemungkinan kalau ada mata-mata yang memerhati. Apa yang dia tahu, dia datang untuk menghabiskan misinya satu ketika dulu.

"Baru lima tahun aku tinggalkan tempat ni. Nampaknya, dah banyak perkara yang berubah ya?"

Zander Andreas Luna, mengumam sendirian sebaik sahaja dia melangkah keluar dari lapangan terbang. Mulutnya tersenyum lebar melihat dua figura di hadapan.

"Long time no see, Robert!" Laung Zander sebelum memeluk erat tubuh Robert di kawasan drop off penumpang.

"Long time no see my dearest friend! Sihat?" Sapa Robert dengan penuh gembira.

"As you can see, I am damn well." Jawab Zander. Robert mengangguk sambil menepuk bahu Zander.

"Eh, marilah! Kita makan dulu then aku hantarkan kau dekat rumah kau."

Zander mengangguk sebelum membuntuti langkah Robert hingga ke dalam keretanya. Saat kereta Robert mula keluar dari perkarangan lapangan terbang, Zander memandang cermin sisi.

Sebuah kereta hitam dengan nombor pendaftaran yang tidak asing lagi menarik perhatiannya. Dia memang sudah dapat mengagak yang ketibaannya pasti berjaya dihidu sebaik sahaja kakinya menjejak bumi Malaysia.

'Stay calm, Ian. I will stay put for now.' Bisik hati kecil Zander. Tawa kecilnya terlepas sekaligus menarik perhatian Robert di sisi.

"What's wrong, bro?"

"Nothing. Don't sweat it." Balas Zander bersama senyuman lebar.

                             **********

Berpeluh dahi Alex gara-gara berkejar ke ibu pejabat Lunar. Kalau sampai Hilmi sudah menyerunya agar datang ke situ walaupun dia sudah tidak ada kaitan dengan Lunar, Alex pasti ada sesuatu yang mustahak dan perlu diketahui olehnya.

"Hilmi. Talk."

Alex menerjah masuk ke dalam bilik mesyuarat Lunar sambil membuka baju kotnya. Hari ini sahaja, sudah tiga mesyuarat yang perlu dihadirinya. Demi Ian dan Diezel, dia tidak kisah menghadapi kesibukan ini.

"He's back. Ni hasil pemerhatian budak kita dekat lapangan terbang pagi ni."

Hilmi memasang projector di depan. Beberapa gambar Zander dan juga Robert terpapar.

Alex tersandar pada kerusi. Manusia yang telah membunuh bekas bos mereka, yang juga merangkap bapa angkat dia dan Ian telah kembali.

"Now that explains how Robert was able to get such a huge fund on his activities recently. Rupanya Zander yang dah supply semuanya." Kata Alex.

Pelbagai persoalan mula bermain di fikirannya. Dia tahu apa tujuan Zander kembali ke sini.

5 tahun yang lalu, Zander telah berjanji untuk menjatuhkan Lunar buat selama-lamanya. Namun ketika itu usahanya berjaya dipatahkan oleh mendiang bos mereka, iaitu Luigi Andreas Luna.

Ya. Luigi adalah bapa kandung kepada Zander sendiri. Zander hanyut dengan kuasa sehingga sanggup membunuh Luigi untuk mengambil alih kepimpinan Lunar.

Namun begitu, apa yang dia tidak tahu, Luigi sebenarnya sudah lama meramal kejadian seumpanya akan berlaku. Jadi dari awal lagi, dia sudah menyerahkan Lunar dan juga Lunar Palace kepada Ian dan Alex.

"Aku risaukan isteri aku dan Puan Besar kamu. Selagi Ian belum pulang ke sini, bagi arahan kepada semua orang untuk tutup mulut pasal Puan Besar kamu dan juga isteri aku. Lepas tu, tingkatkan kawalan di kawasan Eclipse Cafe dan rumah utama isteri aku. Mama kitaorang masih tak sihat. Papa pula, aku akan jumpa dia terus lepas ni. Jangan lupa bagi aku salinan maklumat pasal Zander."

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now