SPECIAL CHAPTER 1

342 14 3
                                    

Diezel ternganga seketika melihat lima anaknya yang sedang berkejaran sesama sendiri di ruang tamu. Bila Ian menapak keluar sahaja dari mansion, mulalah semuanya tunjuk belang!

Dia yang baru sahaja tiba dari tingkat atas terhenti di kaki tangga. Matanya meliar dan menyoroti larian anak-anaknya. Diezel sesekali merengus bila bantal sofa mereka melayang di merata tempat.

"Hanna Aylin Selene! Awak kakak dia orang semua! Kenapa awak ikut main pula? Kalau semuanya main macam ni, macam mana barang-barang awak semua nak selesai dikemaskan?"

Diezel bercekak pinggang di tengah ruang tamu. Kepalanya mula berpinar melihat keletah cinta hati mereka itu.

Sejak pagi tadi lagi dia punya firasat buruk bila asyik terasa pening dengan degupan jantung yang agak laju. POTSnya kembali menyerangkah? Bukankah ianya sudah sembuh?

Sebelum itu, dia harus menghentikan anak-anaknya sebelum Ian masuk kembali ke dalam rumah! Kalau suaminya sudah muncul, alamat kena rotanlah telapak tangan anak mereka.

Angin Ian pun bukan boleh dijangka bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Ian tidak mudah bertoleransi dengan sifat nakal anak-anak mereka.

"Aylin. Selagi mama masih dalam mood yang baik, berhenti sekarang juga. Bawa adik tu semua berhenti juga! Kita kan nak pergi camping? Nak mama batalkan camping kita ke? Biar Mama Hanna je yang join dengan Mama Ifa dekat sana. Nak?"

"Tak nak!" Sahut lima suara anak kecil secara serentak.

Aylin bersama empat lagi adiknya terus saja berbaris di hadapan Diezel. Bermula dari Aylin yang berumur 10 tahun diikuti dengan Aura, Luna, Xandra, dan Claude. Umur mereka kesemuanya hanya jarak setahun sahaja. 10, 9,8,7, dan akhir sekali 6 tahun.

"Huhh... Sudah. Sebelum papa masuk, lebih baik kamu naik ke atas dan tolong Uncle Tim kemaskan pakaian kamu."

Diezel mengurut pangkal hidung. Tangan kirinya terus berpaut pada pemegang tangga.

"Panggil papa. Mama rasa tak sihat..." Gumamnya.

Aylin mengerutkan dahi. Belakang kepala Claude ditepuk kuat sebelum dia mengeluarkan arahan.

"Panggil papa cepat! Cakap mama sakit!" Aylin dan tiga lagi adiknya pula bertindak meluru ke arah mama mereka.

"Claude, cepat!" Laung Aura pula dengan keadaan cemas sambil memandang pintu utama dan mamanya silih berganti.

Belum sempat Claude tiba bersama papa mereka, tanpa sebarang amaran Diezel terus sahaja rebah ke hadapan. Aylin dan yang lain-lain mula menjerit ketakutan dek kerana risaukan mama mereka.

"Tangkap mama!" Aylin berlari ke hadapan terlebih dahulu dengan diikuti oleh Aura, Luna, dan Xandra.

Impak daripada tubuh Diezel menyebabkan keempat anak kecil itu turut rebah ke lantai. Tapi sekurang-kurangnya mereka berjaya menghalang kepala mama mereka daripada terhempas ke permukaan lantai.

"Mama! Mama! Bangun mama!" Aylin berteriak panik. Dia memeluk erat kepala mamanya sebelum meliar dan mengangkat kepala.

"Papaaaaaa!!! Uncle Tim! Uncle Gora!!! Mama jatuh! Tolong!!" Jerit Aylin dengan sekuat hati.

"Mamaaaaa! Huaaaaaa! Mama bangun!" Aura bersama dua adiknya pula masing-masing memeluk erat tubuh mama mereka.

Mereka tidak pernah melihat mama mereka pengsan seperti ini. Macam mana mereka tidak panik dan takut?

"What happen??" Suara garau Ian kedengaran dan memecahkan lagi tangisan anak-anak mereka.

Ian berlari pantas. Dia pun turut panik. Mulanya dia masih bingung bila Claude tiba sebentar tadi. Tapi sebaik sahaja kedengaran jeritan Aylin, dia membawa Claude bersama dan berlari sepantas kilat ke dalam rumah.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now