Bab 2

2K 59 10
                                    

Sudah hampir seminggu Alex tidak dibenarkan untuk turun ke lapangan. Dia diarahkan oleh Ian untuk berehat sahaja di safe house sehinggalah dia betul-betul sembuh.

     Masalahnya, dia sudah hampir gila duduk di rumah! Dia seseorang yang sukar untuk berdiam diri. Hatinya lebih senang bila berada di luar. Tidak kiralah turun ke lapangan ataupun melakukan kerja di luar.

      "Alex belongs to the field!" Laung Alex sebelum menghenyakkan tubuh ke atas sofa di ruang tamu.

       Beberapa pembantu rumah sempat terhenti saat terdengar laungan Alex sebentar tadi. Tapi itu sebenarnya bukan perkara baru bagi mereka. Sudah beberapa hari mereka berhadapan dengan suasana seperti ini.

      "Kau sembuh cepat, maka cepatlah kau boleh turun padang. Ada faham?"

      Ian yang baru sahaja selesai mandi melangkah ke ruang tamu dengan hanya berseluar track tanpa baju dan tuala di atas kepala. Bentuk badannya yang sasa terserlah bila dia khusyuk mengesat rambut.

     Ian lebih suka tubuhnya dalam bentuk yang standard namun tetap berotot pada tempat-tempat tertentu seperti lengan, perut dan dada. Tidak ingin dia membina otot secara melebih-lebih. Lainlah dengan Alex, dia memang suka membina otot. Jadi faham-faham sajalah bentuk badannya bagaimana.

     "Kau tak kena lagi. Rimaslah terperap seharian dekat rumah ni!" Rungut Alex. Dia sempat menghentak kaki ke lantai sebelum melemparkan pandangan tajam ke arah Ian.

     "Aku cuma nak perkara yang terbaik untuk kau. You need to be in the perfect condition for me to be able to use you again." Sengihan terukir pada bibir Ian sebelum dia melabuhkan punggung di sofa sebelah Alex.

      Alex mengherot bibir. Mereka terdiam seketika. Tanpa sedar fikirannya menjengah kembali kepada kejadian malam tempoh hari. Dua gadis yang telah menyelamatkannya berjaya menarik minatnya.

     "Benarkan aku keluar malam ni. Please, Claude Ian Mocha?"

     Ian lantas membuat muka. Mata dijegil ke arah Alex. Kalau sudah nama penuhnya disebut seperti itu, maknanya Alex betul-betul nekad hendak keluar.

     "Where to, Chris Alexander Noah?" Balas Ian.

     "Ke tempat penyelamat aku. Aku nak jumpa dia orang. Nak tengok perkembangan dua awek tu..."

     Ian mengangkat kening. Tubuhnya terus tegak. Macam mana dia boleh lupa pasal dua gadis itu? Dia masih belum membalas jasa mereka berdua.

     "Aku ikut."

     Kali ini giliran Alex mengukir sengihan.

     "Tapi aku nak warning. Adik aku punya."

     Mata Ian terus mencerlung tajam.

     "Kepala hotak kau! Sejak bila aku buat quest untuk cari bini sekarang ni?!"
     
       Wajah cemberut Ian menimbulkan tawa Alex. Jarang dia dan Ian berpeluang untuk bersantai dan bergurau seperti ini.

********

Hanna dengan nekadnya menghalau staf dari papa mereka untuk pulang lebih awal malam ini. Itu pun gara-gara dia mendapat pesanan daripada Alex yang kedua jejaka itu hendak datang ke kafe.

      Macam biasa, alasan Hanna, teman lelaki Diezel hendak datang jadi mereka tidak mahu ada sebarang pengintip dari pihak papa mereka di sini. Mujurlah staf tersebut tidak banyak soal. Sebelum ini pun dia sudah pernah dimaklumkan mengenai teman lelaki Diezel.

      "Kau dah bagitahu bila dia orang boleh datang?" Diezel bersuara sambil menyusun pastri di dalam rak pameran serta mengubahsuai harga yang terpapar.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now