Bab 59

521 20 0
                                    

Menjelang malam barulah demam Diezel mulai kebah. Sebelum dia mengambil ubat, suhu badan terbarunya adalah 38 darjah celsius. Berkat Ian yang tidak jemu-jemu membasahkan dahi dan belakang leher isterinya juga.

Alex baru sahaja tiba setengah jam yang lepas. Rasanya ketika ini dia sedang membersihkan diri bersama Hanna.

"Alex masuk tv ke?" Suara Diezel tiba-tiba kedengaran. Mengejutkan Ian yang khusyuk menonton siaran berita.

Memandangkan Ian ketika itu sedang memangku kepala isterinya, pandangannya dijatuhkan. Matanya kini bersatu dengan mata Diezel.

"Ya. Wife dah okey sikit?" Ian lekas-lekas mengucup dahi isteri kesayangannya.

Diezel mengangguk kemudian memaksa diri untuk mengukir senyuman. Tubuhnya sudah tidak menggigil seperti siang tadi. Sekarang hanya kepalanya sahaja yang terasa berat dan agak berpinar-pinar.

"Dah okey sikit. Terima kasih sebab jaga wife..." Ucapnya dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

"Don't mention it, wife. You are my other half. Mestilah husband akan jaga dengan baik." Ian mengucup lembut pipi dan dahi Diezel.

Tanpa disedarinya, itu adalah ciuman terakhirnya buat Diezel. Entah bagaimana semuanya boleh berlaku. Bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Rasanya tidak pun sampai dua saat mereka terputus bekalan. Sebab sebaik sahaja bekalan elektrik pulih, suara Ian mula memecahkan gegendang telinga mereka.

"Wife!!! Diezel!! Tim! Gora!! Isteri aku mana?!?" Jerit Ian sekuat hati dalam keadaan panik. Macam mana dia tidak panik? Diezel sebentar tadi ada dalam pelukannya! Dia tidak pernah melepaskannya walau sesaat pun! Jadi... Jadi... Bagaimana dia boleh ghaib secara tiba-tiba?!

Rasanya tiada ada yang tidak terkejut bila terdengar suara Ian. Suara Hanna melaungkan nama kakaknya dari atas bergema. Gerakan mencari dilancarkan serta-merta.

Raifa, Kean, Hilmi, kedua ibu bapa mereka, serta Loid dipanggil untuk meminta bantuan. Mereka tiba secepat mungkin untuk membantu pencarian. Beberapa anggota Lunar pula sudah dikerah Hilmi untuk mencari di Kafe, mansion, Lunar Palace, dan kondominium.

"Wife! Isteri aku mana?! Kau orang bawa dia ke manaaaaaaaaa?!!! Pulangkan isteri akuuuuu!!!" Ian berlari keluar selepas puas mencari dalam dan sekeliling rumah.

.
.
.

Ian yakin ini kerja makhluk halus. Tapi kenapa? Apa salah isterinya? Kenapa mereka harus terpisah sekali lagi?

Dia menjerit sekuat hati ke arah langit malam. Ian jatuh tersungkur. Kedua tangannya dipandang bagaikan tidak percaya.

"Ni mimpi... Ni mimpi kan... Kan?" Ian meramas kuat rambutnya. Tingkahnya disedari Alex dan Kean. Kedua jejaka itu bergegas mendapatkan Ian. Mereka masing-masing berlutut tepat di hadapan Ian.

"Bro..." Alex cuba untuk menyentuh Ian. Tidak pernah dia melihat Ian seperti ini. Bagaikan seseorang yang langsung hilang cahaya hidupnya.

"Bro!!" Laung Alex dan Kean serentak apabila Ian tiba-tiba tidak sedarkan diri dan rebah ke hadapan. Mereka menahan tubuh Ian daripada tersembam terus ke permukaan tanah.

"Mama! Mama tolong Ian, ma!!" Kali ini Alex pula yang melaung memanggil mamanya. Hampir tidak cukup tanah Helen berlari bila terdengar namanya dipanggil.

Alex menangis. Ya. Menangis. Hancur hatinya melihat Ian seperti ini. Mindanya sendiri hampir tidak boleh berfungsi.

Kenapa semua ini boleh berlaku secara tiba-tiba? Bukankah mereka sepatutnya hidup dengan aman sekarang? Zander sudah tiada. Mereka juga sudah memutuskan hubungan dengan Lunar.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now