Bab 33

830 30 0
                                    

"TAK GUNA!!!"

   Seluruh ibu pejabat Lunar digegarkan dengan tempikkan Ian dari ruang bawah tanah. Hilmi dan Gora sudah puas dibelasahnya dari tengah hari tadi. Rasa perit dan lecet di tangannya langsung tidak terasa.

   "Aku minta kau orang jaga Diezel baik-baik, kan?!! Sekarang apa yang dah jadi?!!" Jerkah Ian sekali lagi.

   Dia mahu membunuh sahaja Hilmi dan Gora. Tapi, akal sihatnya yang masih tersisa berusaha keras bagi menghalangnya membuat perkara yang bodoh itu. Sebab dia tahu, Diezel pasti akan marah dengannya.

   "Kalau jadi apa-apa dekat perempuan aku, aku bunuh kau berdua!"

   Ian melepaskan dua tumbukan masing-masing pada rahang mereka berdua.  Bila Hilmi dan Gora akhirnya tidak sedarkan diri, barulah dia berlalu keluar dari bilik seksaan itu.

   "Jangan lepaskan dia orang dan jangan bagi dia orang apa-apa pun!" Arah Ian dengan bengis sebelum dia melangkah pergi.

   Langkah diatur terus ke kereta. Dia hendak ke kafe Eclipse. Alex sudah mengirimkan pesanan agar dia terus ke sana selepas menyelesaikan urusannya di Lunar.

   Khabarnya kes kehilangan Diezel tidak dilaporkan secara rasmi kepada polis. Leonard sendiri enggan menarik perhatian pihak yang tidak sepatutnya dalam hal ini. Sebab itulah, dia dan Alex diminta untuk berkumpul di kafe bagi memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menjejaki Diezel dan Zahif.

.
.
.
.

Tepat pukul 5.00 petang, telefon bimbit Alex terasa bergetar. Pesanan ringkas daripada orang-orang Lunar dibaca dengan riak tenang agar tidak menarik perhatian kedua mentuanya.

   Meskipun sekarang dia bukan lagi salah seorang daripada Lunar, untuk kes penculikan kali ini dia telah mengarahkan semua ahli Lunar untuk memberikan maklumat melaluinya sahaja tanpa terus kepada Ian. Maklumlah, angin Ian masih tidak baik ketika ini.

   Terangguk-angguk kepala Alex. Pesanan yang diterima memberikan sinar. Usai menbacanya, telefon bimbit tersebut terus disimpan ke kocek seluar.

   Bila dia angkat pandangan, Ian dan isterinya sudah memandang tajam. Macam tahu saja mereka berdua yang dia sudah punya maklumat.

   "Jom." Alex mengajak Ian tanpa lengah.

   Hanna bangkit dari tempat duduk lalu menarik lengan suaminya.

   "Nak ikut! Abang! Please?" Rayu Hanna.

   Alex mengeluh lembut. Pipi Hanna ditekup  sebelum dua kucupan diberi pada bibirnya. Sudah tidak kisah dengan sekeliling. Sebab dia tahu hanya itu yang boleh membuat Hanna tenang.

   "Sayang stay sini dengan mama dan papa. Lupa ke mama dan papa tengah sedih dekat dalam tu? Biar abang dengan Ian yang pergi selamatkan kak. Okey?" Pujuk Alex. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa semoga Hanna tidak berdegil kali ini.

   Mujurlah Hanna berlembut hati. Wajahnya muram tapi dia tetap mengangguk.

   "Abang selamatkan kak kita ya?" Pesan Hanna saat menghantar Alex ke kereta Ian.

   "Abang Ian, be strong!" Ian tidak dilupakan. Tertoleh sebentar Ian bila namanya disebut Hanna. Senyuman kelat diukir. Sekurang-kurangnya hatinya yang galau reda sedikit.

   Kemudian tanpa lengah, Ian mengeluarkan keretanya dari petak parkir dan terus sahaja memandu pergi ke destinasi yang telah ditanda oleh Alex pada GPS keretanya.

   "What did you do to Hilmi and Gora?" Tenang Alex menyoal. Dia sudah membayangkan perkara terburuk yang boleh berlaku terhadap dua orang bawahan mereka itu. Bukan dia tidak tahu baran Ian bagaimana.

Cafe Girl &  Mr. MafiaWhere stories live. Discover now