Bab 4

335 17 0
                                    

Kereta Mercedes silver bergerak laju membelah jalan raya menuju ke Private College Kuala Lumpur yang terletak jauh daripada orang ramai dan agak terpencil.

Kaki melangkah keluar dari perut kereta dengan lagaknya dan langsung terkunci.

Dapat dilihat mahasiswi sedang rancak berbisik antara satu sama lain tentang lelaki berkemeja hitam yang segak lagikan bergaya itu. Manakala mahasiswa yang berkumpul di suatu tempat sudah menayang wajah tidak puas hati.

Bibir dinaikkan sebelah, "Kau ingat aku hamak sangat ke nak dipandang"

Tapi memang batak sikit pun. Hahaha! Padan muka tak dapat attention.

Dia kemudian mengorak langkah ke arah seorang pelajar lelaki yang duduk bersendirian di salah satu bangku panjang tidak jauh dari tempat asalnya yang sekarang. Tanpa dipelawa, dia terus melabuhkan punggung di sebelah pelajar pendiam itu.

"Alone?"

Tersentak lelaki itu tatkala dirinya disapa seseorang. Lantas dia menoleh ke sebelah perlahan-lahan sebelum mata mereka bertentangan. Iris mata coklat terang jejaka itu menikam habis anak mata hitam milik si keseorangan.

"I think it just a simple question, right?," sindiran menjengkelkan daripada Evran membuatkan dia terus menunduk. Ada nampak dia dengan lima orang ke di sini?

"Chill kid. What's your name?," sengaja dia tidak menggunakan bahasa melayu kerana lelaki yang berada di bawah lindungannya itu tidak tahu-menahu tentang kewujudan dan identiti sebenarnya.

Madam Ashley menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan anak buah kesayangannya. Untung kau ada makcik penyayang.

"Abdul." jawabnya sepatah.

Evran mengemam bibir sedang menahan tawa. Nama dah sedap tapi tak nak sebut. Dasar tak bercukur.

Susah benar budak bisu itu hendak memberitahu nama aslinya pada orang lain. Tak ubah seperti Hael junior... Hahahaha!

Melihat Evran yang tersengih gila seorang diri itu, si Abdul pantas mengangkat punggung dan beredar dengan berlari anaknya. Kepala hoodie dinaikkan menutupi seluruh muka daripada dilihat orang lain.

"Hey, ah aku lupa nama dia tadi... Abdul!"

Lelaki itu spontan mamaling ke belakang tatkala nama palsunya dipanggil.

Evran bangun dari terus duduk sambil menggapai beg hitamnya sebelum dicampak tiba-tiba pada lelaki itu. Tindakan refleks, dia segera menyambut terkejut dengan mata terbeliaknya.

"My class start at 10am. Help me to bring my bag" arah Evran mendatar dengan tangan yang sudah diselukkan ke dalam poket seluar.

"But-"

"Don't waste my time. I know you were my student."

Dia merengus sekuat-kuatnya. Sejujurnya tidak suka dengan suruhan daripada orang lain inikan manusia asing yang tiba-tiba sahaja mendekati dirinya.

Namun tidak juga dia memalaukannya. Mungkin kerana gentar akan sepasang mata coklat berkilau bertompok merah milik jejaka tersebut.

Setelah mendapati Abdul atau nama sebenarnya, Ashlez Darwin Zaqwan berlalu pergi bersama beg hitamnya, dia turut meninggalkan tempat itu dengan kadar segera.

Kaki laju mengorak langkah mengejari seseorang yang sedari memerhatikan mereka dari jauh. Dan kerana itu dia mengarah si Abdul untuk membantunya. Ya, membantunya untuk mengecapi matlamat keduanya di sini.

Buk!

"We meet again.. love," kedua tangan memerangkap gadis yang disandarkan pada dinding sekaligus mengunci sebarang pergerakan dari gadis itu.

Sepasang iris kelabu milik si dia terbeliak luas.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now