Bab 62

417 11 0
                                    

Berita tentang letupan dan kebakaran sebuah kolej Kuala Lumpur tersebar pantas ke seluruh Malaysia pada hari kejadian. Keluarga-keluarga pelajar yang terlibat hanya mampu bersyukur anak-anak mereka tidak terlibat dalam tragedi tersebut.

Bomba dan penyelamat tiba tidak lama selepas letupan berlaku. Pemanggil menyembunyikan nama serta identiti ketika ditanya tetapi mereka pihak kecemasan pasti gerangan si pemanggil merupakan mangsa yang hampir terlibat dengan letupan.

Pelajar perempuan yang membantu Navier dahulu memberikan statement bagaimana punca kebakaran dari mula hingga akhir dia dan yang lain berjaya keluar. Tatapannya kosong dan mati sepanjang temuramah. Dan kerana dia mendengar perbualan Yelena dan Navier, dia tidak sesekali membuka mulut tentang permusuhan bermati-matian antara mereka.

Gadis itu cuma berkata ini semua merupakan agenda musuh yang tidak berpuas hati dengan reputasi kolej.

Siapa sangka pelajar itu merupakan gadis yang sama mengherdik Alissa ketika mahu menaiki bas dahulu. Dan itu merupakan detik-detik Geo menyedari kelakuan gelisah Amsyar.

Madam Ashley ditemui di dalam sebuah kontena yang betul-betul hampir dihantar ke Afrika. Jika Hael tidak dapat track lokasi Ashley, mungkin wanita itu sudah lama menjadi pendatang asing negeri sana.

Dan apa yang berlaku pada Lucas?

Polis Malaysia temui mayat Lucas di sempadan antara Filipina dan Malaysia dan disyaki kes bunuh diri. Oleh kerana itu, kes ini sudah menjadi kes dalam negara.

Dan lagi, siapa sangka Lucas merupakan penjenayah dikehendaki di Malaysia ini. Beliau seorang pengedar dadah kualiti tertinggi. Dadah yang dihasilkan tidak sama seperti syabu dan kokain. Malah dadah yang dihasilkan adalah dadah menyeksa dan boleh membawa maut meski dihidu dari jarak jauh.

Siaran ditutup sedikit hampa. Alangkah bagus sekiranya mereka tidak terlibat dalam hidupnya dahulu. Jika tidak mungkin mereka tidak akan mati dengan tubuh yang berkecai akibat tragedi semalam.

"Darwin, come." ibu angkatnya menegur lembut.

"Nak pergi mana? Win tak nak keluar..." balas lelaki itu dengan hati yang sebak.

Madam Ashley membongkok di sebelah anak buahnya. Bahu Darwin disentuh lembut. Dia sendiri tidak tahu berita yang ingin disampaikan ini memberi kebaikan atau tidak.

"Forensik dah jumpa mayat mereka"

Serta-merta Darwin mengangkat wajah. Harapannya punah dikala ayat tersebut akhirnya terpacul keluar. Air mata ditahan-tahan meskipun bergenang lebat.

"Sir... dengan miss... memang dah mati ke ma?,.."

Jika ahli forensik sudah menemui kesan dan mayat seseorang, segala penafian sudah tidak berguna lagi.

"Am dengan Geo dah tunggu kat bawah. Diorang nak pergi sama-sama dengan Win"

Tak mahu derhaka, Darwin melangkah menuruni tangga dengan keadaan lemah. Bibirnya yang dahulu munggil kini berubah pucat tiada darah.

Sampai sahaja di tempat kejadian, mereka sama-sama terbungkam. Tempat yang menyatukan persahabatan mereka berubah dengan tragedi paling menyakitkan. Ketiga-tiga bangunan rentung dilahap api besar semasa kejadian. Bau asap masih segar setelah mereka menapak keluar daripada kereta.

Tape polis diangkat dan langsung mereka bertembung dengan Arden dan Hael. Tetapi cuma satu yang berubah.

Renungan mata mereka. Sangat kosong dan seorang lagi renungan dendam. Lelaki-lelaki itu mengenakan serba hitam serta mask dan topi yang juga berwarna hitam. Mungkin tidak mahu polis mengesyaki mereka.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now