Bab 51

106 4 0
                                    

Berita tentang letupan kapal terbang yang dipercayai dinaiki Lucas telah tersebar ke serata dunia terutama di Malaysia pada esok harinya.

Evran hanya memerhati kosong berita tersebut bersama Felix di sebelahnya. Lelaki bawahan gadisnya tampak semakin fasih dalam bahasa Melayu.

Kebaikan dan keburukan je sekarang ni.

Baik sebab memudahkan translator tak bergaji.

Tak baik sebab dia dah tak boleh mengumpat depan-depan laki tu.

Navier dan April dipercayai masih berada di dalam bilik untuk bersiap.

Bersiap? Ya, mereka akan keluar berjalan-jalan seperti tidak ada perkara buruk yang berlaku dalam dunia gelap mereka. Keluar berhuha huha even lepas tahu musuh masih hidup? Only in Ohio.

"Kau yang letupkan?," soal Felix senada. Dia memaksudkan letupan kapal terbang yang berlaku malam tadi.

"Hm." Evran tampak tidak biasa dengan kefasihan bahasa tanah air lelaki itu. Tengok kan dah tak boleh menipu maksud apa semua.

"Kau mesti rasa something kan?," soal Felix lagi.

"Kalau dah tahu diam je. Tak payah nak bagitahu yang lain," kata Evran mendatar sebelum dia berjalan ke bilik tidur yang mempunyai haruman Lavender itu.

Pintu dikuak tanpa diketuk. Dia berjalan sehingga ke tempat terletaknya katil besar milik gadis itu. Dirinya mengeluh perlahan setelah mendapati gadis itu masih lagi tidak berganjak daripada tempat tidur.

"Baby princess kenapa tak bangun lagi?," tanya Evran lembut. Navier mengubah perbaringan ke posisi duduk.

"Rest Evran. Semalam kata penat," Navier sebenarnya tidak begitu setuju dengan ajakan tiba-tiba daripada lelaki itu untuk keluar pada pagi ini.

"Semalam tu semalam lah. Hari ni aku dah okey," tempat kosong di sebelah gadis itu dipilih untuk menyambung perbaringan. Navier hanya melihat prilaku selambanya.

Evran tampak sudah mengatup matanya persis ingin menyambung tidur tetapi mulutnya tidak, "Nav..."

"Hm?," dia tersengih kecil menyedari dirinya masih dilayan elok.

"Jom kahwin." ujarnya tiba-tiba. Tiada sebarang respon kedengaran dan itu membuat dia mencelikkan mata kembali.

Navier masih menatapnya setia. "Kau penat ni..." rambut lelaki itu cuba dikemaskan sedikit biar menampakkan sepasang matanya.

Tangan itu dicengkam. "Aku serious..."

Navier terpinga-pinga melihat sepasang mata coklat kemerahan itu mencerlungnya tajam. Tangan itu ditarik semula sedikit kasar.

"Betul serious?," soal Navier kembali.

"Ye aku—" perbualan mereka diganggu dengan panggilan yang masuk di telefon milik Navier. Pantas talian disambungkan setelah memastikan empunya nombor.

"Yes Madam."

Evran merengus kasar.








        Evran di dalam kereta hanya mendiamkan diri dengan sengaja. Pelbagai soalan yang terpacul keluar daripada mulut gadis itu tidak diendahkan sama sekali.

Navier pula sudah lama mengunci mulut dek kerana lelaki itu yang tampak sengaja menghiraukan dirinya. Beberapa jam sudah berlalu sejak mereka keluar daripada perkarangan rumah. Dan tiada tanda-tanda untuk mereka tiba ke destinasi dalam masa terdekat.

Rasa mahu menyambung tidur sahaja. Penat dengan semua benda.

"Jangan tidur." kata Evran senada.

Navier mencelikkan matanya kembali sebelum menjeling. Telefon pintarnya diambil sebelum dihidupkan.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now