Their Backstory - 3

16 0 0
                                    

Pada Nara, mungkin dia tidak terbiasa duduk berdua dengan lelaki asing bersamanya. Namun pada Evran, ia malah sebaliknya. Bukan kerana terbiasa tetapi tidak pernah terdetik langsung rasa aneh itu.

Lagipula rumah ini miliknya.

"Nara" Evran cuba memanggil gadis itu yang entah kemana. Mata meliar mencari dimana kelibatnya. Namun pencariannya terhenti apabila sosok itu sedang berjalan ke arahnya.

"Teman aku makan luar. Aku lapar." ujar Evran senada.

Nara cuma diam mencuka. Melihat itu bibir Evran terkulum senyum simpul.

"Takut?" tekanya.

Nara tidak beriaksi apa-apa cuma matanya sahaja yang masih tunak melihat segenap wajah tampan itu.

"Aku dah janji nak jaga kau kan? Jadi tak perlu risau sangat. Keluar makan sahaja," jemari runcing itu digenggam sebelum mereka membolos masuk ke dalam kereta.

Kebanyakan darinya menghidang makanan korea.
Mulutnya tidak berhenti mengunyah manakala Nara cuma menjamah sedikit dan secebis.

"Kenapa tak makan?" soal Evran menyedari banyak lagi makanan tidak bersentuh walaupun dia sudah menelan bermacam-macam daripada tadi.

"Ini apa?" Nara menunjuk ke arah sesuatu yang sangat tidak asing bagi Evran.

"Kau tak pernah makan di sana?" soal Evran semula. Nara membalas gelengan.

"Bohong. Setahu aku, semua makanan ini pun ada di negara kau. Atau kau sebenarnya sembunyikan sesuatu daripada aku?" tekanya tanpa riak buat Nara menjadi diam tidak berkutik.

Cepat-cepat gadis itu menggeleng laju walau hakikatnya bohong semata-mata.

Evran terangguk-angguk. Mengerti.

"Makan." cuma itu yang keluar daripada mulut lelaki itu akhirnya sebelum dia menyambung menyuap hidangannya.

Nara akur walaupun terkebil-kebil melihat kedinginan lelaki itu kembali. Dia lantas menyumbat makanan ke dalam mulut tanpa bertanya apa-apa lagi. Sedap tetapi untuk meluahkan rasa sedap, dia sudah tidak mampu.

Sudah hampir satu jam mereka tidak berbicara apa-apa. Lain sekali berbanding dengan waktu mereka ke sini. Lelaki itulah yang cuba membuat suasana tetapi saat ini tidak lagi.

Evran cuma menekur pandang ke hadapan sementara Nara sedang berjalan di hadapannya. Tidak lagi jalan secara bersebelahan.

Sesaat dia terlihat pada dua orang lelaki berpakaian tertutup hitam di tepinya. Pada awalnya Nara tidak mengesyaki mereka tetapi tatkala mereka berdua sedang melihat ke arahnya, dia jadi takut.

Evran pula seperti sedang memarahinya.

Nafasnya jadi tersekat tatkala pinggangnya sedang dipeluk erat. Wajah Evran sudahpun berada dekat dengannya.

"Jalan" arah Evran dingin.

Nara akur tetapi kata hatinya kuat berkata bahawa mereka sedang diekori. Sesaat dia mahu berpaling ke belakang, wajahnya dikalih kasar oleh Evran semula.

"Pandang depan. Dengar arahan aku boleh?" nada lelaki itu lebih tegas dan lebih keras.

Gadis itu akhirnya mengangguk perlahan-lahan. Dia... marah.

Sesaat Nara hampir memboloskan diri ke dalam kereta—

"Pulangkan dia pada kami."

Mereka berdua menoleh ke suara kasar itu sebelum Nara cepat-cepat menutup pintu kereta dan dibantu oleh Evran yang kekal tenang. Sementara gadis di dalam kereta sudah gelisah melihat mereka.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now