Bab 21

179 9 0
                                    

          "Mana orang tua tadi?," soal Evran pada Darwin yang keseorangan itu.

          "Tak tahu. Tadi saya keluar kejap lepastu dua-dua manusia tu dah tak ada." kata Darwin.

          "Cari si musibat tu sekarang. Entah mana dia bawa lari orang tua tu," arah Evran pada Amsyar.

Amsyar membalas dengan renungan menyampah. Suka hati dia je panggil Geo musibat! Habis dia tu? Musibat kuasa dua? Ke bapak kepada semua musibat?

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?," soalan yang dihiasi sindiran diajukan.

"Yelah saya dengarlah." cebik lelaki itu. Langkah dikorak malas.

"Kenapa sir cari pakcik tadi tu?," soal Darwin.

"Kau pernah nampak ke dia kat sini sebelum ni?," soalan dibalas soalan. Darwin terkedu sebentar sebelum dia menggeleng perlahan.

"That's the answers." ujar Evran senada.

"Sir pernah-"

"Aku tahu semua pasal kolej ni. Berapa ramai pensyarah yang ada, berapa banyak kos makanan kafe dalam sehari, berapa kali kau berak dalam seminggu..." semua merupakan fakta kecuali yang terakhir itu.

Evran menyeringai.

"Lepastu?," Darwin terpinga-pinga.

"Aku hafal muka semua orang kat sini. And! that freaking old man is out from my list." katanya.

"Habistu siapa dia?,"

...

          Sebiji pil diletakkan diambil sebelum dimasukkan ke dalam mulut lalu ditelan masuk bersama seteguk air.

Sakit badannya mendadak berkurang setelah pil tersebut melakukan kerja di dalam organnya. Botol putih itu dimasukkan ke laci bawah katil semula dengan segera.

Bekas tembakan di bahu diperiksanya. Nampak gaya sudah semakin memulih. Begitu juga dengan bekas tembakan di pehanya.

Navier melangkah turun ke ruang tamu dengan berhati-hati. Setelah itu dia melabuhkan punggung di salah satu sofa panjangnya. Dikerling haiwan peliharaannya yang ralit menjilat tangannya.

King bagaikan tahu dirinya diperhati lantas menoleh ke arah Navier lalu berjalan mendekatinya. Navier yang tadinya elok duduk di atas sofa kini memilih untuk duduk di lantai bersama kesayangannya itu.

King dipeluk erat sambil merenung muka garang haiwan itu.

          "How can you be so big now huh?," bisik gadis itu sambil membelai telinga King.

"Grrr...." King menikmati belaian tersebut. Melihat itu Navier mengulum senyuman manis.

"Dalam banyak-banyak haiwan, singa jugak kau nak bela." celah satu suara garau membuatkan Navier terus mencari arah suara.

"Baik kau peluk aku daripada kau peluk binatang tu." sambung Evran lagi. Dianya elok sedang menghirup latte berlambang hijau di meja island.

"Kau buat apa kat sini?," soal Navier kepelikan. Senyuman mendadak mati.

"We need to talk." kata Evran serius. Cepat betul mood mamat ni bertukar.

"Itu tak bermaksud yang kau boleh pecah masuk rumah aku sesuka hati." ujar si gadis. Tajam dia menikam anak mata lelaki itu. Evran melawan tidak tergugat.

"Ni rumah aku" kata Evran ringkas.

"Now kau nak claim harta kau semula?"

"Harta aku tapi aku lebih prefer harta kita"

"Halau dia." arah Navier mendatar. Mata si lelaki terbuntang apabila melihat singa itu semakin mendekatinya.

"The heck!?," Evran terkejut.

"Grrr..." King memaparkan taringnya yang jelas tajam.

"Oo nak lawan eh? Ha meh meh," kaki kuda dipasang. Kedua belah tangan naik membentuk kepalan seperti sedang bertinju.

Navier sekadar memutar mata ke atas. "Jangan cederakan baby aku"

"Yes?," laju Evran merespon.

"Not you. Him." laju juga Navier membidas. Jelas panggilan baby tadi ditujukan pada King si singa. Laju King menerpa tuannya itu.

"Aku pun baby kau jugak." cebik lelaki itu. Langkah dikorak menuju ke tempat Navier.

"Kau babiy." usik Navier.

"Siapa ajar kau cakap macam tu? Aku tak ajar—"

"What do you want?," soal Navier mulai serius. Semerta Evran turut membuang segala gurauannya.

"It's happening again." ujar Evran datar.

"What?,"

"Same case. Food poisons. Negative one." kata Evran lagi. Tersangatlah ringkas.

"Are you sure sorang je yang terjejas?," Navier menginginkan kepastian.

"Kenapa?,"

"They are poisoning the food, Ev. Tak logik kalau sorang je yang kena." kata Navier.

"Well, same goes to your cases then." ujarnya selamba sambil mengangkat kedua belah bahu serentak. Mereka jeda beberapa saat.

"Itu je kan?," soal Navier.

"Apa?,"

"Itu je kan benda yang kau nak cakap. Kalau macam tu rasanya dah boleh balik kot," selamba dia menghalau.

"Not so fast, my dear." Evran menarik dagu milik Navier sekaligus membuatkan gadis itu terdongak memandangnya. Kening sebelah terjongket.

"Aku ada cakap kan?," Evran bertutur serius.

"Apa?," laju gadis itu menyoal. Bibir jejaka itu terherot sebelah.

"Darling.. darling.. darling. Kau tahu apa yang aku nak cakapkan," gemersik sekali suaranya.

Navier mengukir senyuman tipis sambil terangguk-angguk, "You know the reasons?," dia menyoal. Masih berlagak biasa meskipun jauh dalam lubuk hatinya dia sedikit tersentak.

"You seems well." tutur Navier.

"I'm still holding it, yet." Evran mengeraskan perkataan akhir tersebut. Dia tahu apa yang dimaksudkan gadis itu adalah dia sepatutnya sudah menggila tatkala sebab tersebut dibongkarkannya.

"Apa yang kau dah tahu?," Navier menyoal tidak gentar.

"Oh nothing important."

"No tell me. Apa yang kau dah tahu?," Navier tidak rasa ingin bergurau saat ini. Dia. Mahu. Tahu.

Mata Evran berderau. Laju dia mencengkam rahang milik Navier membuatkan gadis itu sedikit terkejut. Tangan kecilnya automatik ternaik memegang tangan sasa milik lelaki itu.

          "What is that things?," dingin sekali nada yang digunakan membuatkan Navier meremang.

          "W-what?," dia cuba beriak biasa namun suaranya sedikit bergetar dikala rahangnya dicengkam oleh lelaki itu.

          "Apa isi sampul tu?,"

Mendengar itu air muka Navier berubah lebih tegang. Pegangan di tangan Evran dijatuhkan perlahan. Membiarkan lehernya menjadi mangsa lelaki itu.

"It's-"

"Think carefully, dear. Jangan cuba nak tipu aku." Evran mencelah pantas.

"He is one of my customer. Dalam sampul tu ada cek sebagai upah aku tolong dia." dia sememangnya mencari nahas. Amaran tadi tidak diendahkan.

"And the whispers?,"

"He just flirting"

"Satu sebab lain untuk aku kerat-kerat badan dia."

Navier terteguk liur tanpa sedar.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now