Bab 35

150 8 0
                                    

Kepala hoodie dinaikkan bagi menutupi sebahagian mukanya. Sebuah kiub elok dipusing-pusingkan sedang mencari jalan untuk menyamai semua warna.

Evran berada di tangga yang terletak di suatu sudut terpencil. Meskipun begitu, bau alkohol yang kuat tidak dapat dielakkan sama sekali. Suasana yang riuh serta lampu disco berwarna-warni sangat tidak asing baginya lagi.

Evran melihat manusia-manusia jijik tersebut. Ada yang menari, ada yang meneguk arak dan ada juga yang melakukan aksi 18 tahun ke atas di khalayak ramai.

Kalau bukan kerana Lucas, dia sememangnya tidak akan berada di tempat kotor ini walaupun dahulu dia merupakan member tetap tempat jijik ini.

"Boss, ni tempat larangan. Boss boleh duduk kat mana-mana tapi bukan kat sini." celah seorang lelaki bersama kot kerjanya. Dulang serta segelas wine elok berada di tangan.

Dua keping not 100 ditunjukkan pada lelaki itu sambil memandangnya tajam. "It's more than enough," katanya.

Pelayan itu tampak ragu-ragu namun dengan cepat dia mengambilnya apabila Evran bertindak untuk menyimpannya kembali.

"T-Terima kasih, Boss." ucapnya seraya meninggalkan lelaki itu dengan pantas.

Evran berdecit halus. "Mata duitan... huh," gumamnya.

Mata diliarkan untuk melihat kembali binatang bertopengkan manusia tersebut. Kelibat seorang lelaki bersama dua perempuan di sisi menyapa penglihatannya. Semerta tangannya berhenti daripada terus bermain kiub yang sudah selesai disamakan warnanya.

Evran pantas bangun seraya berjalan mendekati lelaki itu sehinggalah dia bertindak melabuhkan punggung di tempat duduk yang membelakangi tempat duduk lelaki itu. Atau nama sebenarnya, Lucas.

"B-Baby..." satu suara desahan seorang gadis menyapa pendengarannya. Hampir luluh jantungnya tatkala melihat seorang gadis yang berpakaian seperti tidak cukup kain berada di sebelahnya.

"Shit..." macam mana dia boleh tak perasan perempuan ni.

"I- want... you, baby..." tangan gadis itu sibuk meraba-raba pehanya.

Seorang lelaki yang berjalan disebelahnya ditarik tiba-tiba. Tangan mereka disatukan oleh Evran.

"She's yours now," kata Evran seraya menolak gadis itu supaya lebih dekat dengan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum nakal melihat tubuh seksi yang terdedah itu.

Dia tidak dapat tahan lagi. Tangannya naik menyentuh pinggul gadis itu sambil menyatukan bibirnya dengan bibir gadis itu.

Evran menghembus nafas kuat.Elak dia join sekali buat benda-benda tu. Tak pasal-pasal sebab dia di sini terbengkalai.

"What is gotten into you these days?," suara seorang wanita di tempat duduk belakang menyentak fikirannya.

Wajahnya berkerut. Nada wanita tersebut seakan serius dan dia pasti gerangan itu ialah bukan daripada kedua-dua perempuan yang membawa Lucas tadi.

"You two may leave. I wanna talk to him. Alone," kata wanita itu lagi. Evran mendengar setia.

"Hmm kau nak apa?... bagi aku enjoy dulu lah..." kata Lucas yang mabuk itu.

"Enjoy? Kau nak enjoy?," soal wanita itu.

"Mmm..." gumam Lucas yang bermaksud ya itu.

Pang!

"Argh!,"

"Wake up, wake up! Ini bukan masanya kau nak main-main." marah wanita itu selepas berjaya menghadiahkan penampar pada pipi lelaki itu.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now