Bab 52

106 2 0
                                    

Tiga jam sudah pun berlalu selepas kejadian di festival besar tersebut tetapi pasangan itu tampaknya masih mengasingkan diri. Walaupun begitu, Evran kekal mengikuti kemana sahaja gadis itu pergi di sekitar pusat membeli belah sebentar tadi.

Felix dan April hanya menjauhkan diri daripada mereka setelah menyedari situasi janggal tersebut.

"Apahal tu? Dari tadi aku tengok senyap je macam baru habis berkabung," kata April dengan wajah berkerut. Tadi rasanya bukan main siap pegang-pegang tangan sekarang nak sentuh sikit pon tak nak.

"I don't know, maybe something actually happened." balas Felix dengan gaya mengintai-intai cermin belakang kereta yang bergerak dihadapannya itu. Terserlah kebodohan dia sebab tingkap diorang mestilah tinted.

"Anyway kau kenapa hilang tadi? Aku dah nak report Navier kau tahu," soal April semula.

"Washroom." balasnya sepatah tanpa menoleh.

April hanya melepaskan keluhan. "Washroom lah sangat..." dia berbisik sendiri.

Beberapa minit selepas mereka akhirnya tiba di sebuah hotel yang terkenal dengan 'hotel anak sultan' tersebut. Kalau dah nama pun mahal, mestilah tak ramai yang tempah dalam satu masa.

"Pergi masuk dulu. Tunggu dalam dengan Navier,"

April hanya menurut sebelum dia mendekati kereta milik Evran di bahagian penumpang. Sebelum itu dia sempat menjampi langkahnya untuk mengelakkan timing yang salah untuk dia mencelah.

Belum apa-apa, Navier terlebih dahulu membuka pintu kereta lalu melangkah ke dalam tanpa menutup pintu kembali. April sempat mengerling Evran yang berwajah tegang itu.

"E-eh takpe aku tutupkan," pelawanya dengan senyuman palsu. Lantas dia berlari ke dalam selepas membantu lelaki itu. Entah kenapa dia rasa nak tolong padahal pintu tu boleh tutup sendiri.

Tuk! Tuk!

"Tak nak keluar ke?," soal Felix mendatar.

"Cari bilik yang aku dah book." arah Evran senada sambil melangkah ke dalam tanpa mengendahkan lelaki itu.

Punggung dilabuhkan di atas sofa berhampiran dengan Navier dan April. Mata dipejam rapat sebelum memicit kepalanya lembut. Dia tidak sedar aksinya itu mengundang degupan jantung yang kuat milik wanita-wanita di lobi tersebut. Tapi apa dia peduli?

Felix sengaja membaling kad akses tersebut padanya yang masih mengatup mata namun dia lebih pantas menangkap. Matanya mencerlung tajam lelaki yang menayang jari tengah padanya.

Sampai sahaja di hadapan bilik mereka, Evran mematikan langkah untuk melangkah masuk ke dalam dek kerana sosok Navier yang masih berada di luar sambil menyandarkan tubuh ke dinding.

"Masuk." arah Evran mendatar.

"Aku nak pergi bilik April," belum sempat dia bergerak, lengannya ditarik kasar oleh figura di dalam bilik sebelum dia mengunci pintu dengan agresif.

Navier ditolak sehingga terduduk di birai katil. Riak wajahnya jelas tidak gemar dengan pelakuan itu.

"Buang baju tu. Aku tak nak tengok kau pakai baju bekas tangan laki lain," kata Evran sambil mencerlung tajam gadis yang duduk itu.

"Kau dengar tak?," nada yang digunakan teramatlah kasar seperti bercakap dengan orang bawahannya dan Navier sedar akan hal itu.

Dia hanya kekal membatu dan mengunci mulut. Lantai berkarpet itu ditenung kosong.

Evran berjalan ke arahnya tanpa gadis itu sedar dan langsung dagu itu didongak kasar. Maka kini terserlah sebuah tanda yang disembunyikan di leher putih itu sebelum ini.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now