Bab 54

95 2 0
                                    

       "Preparation macam mana? Orite tak? Kau jangan buat hal eh. Siap kau kalau aku tahu kau nak jahanamkan plan ni," tegas seseorang itu bersuara di dalam talian.

Suara di sebelah sana hanya ketawa sahaja. "Kau jangan risau. Buat je tugas kau dengan tenang. Kitorang memang pakar dalam buat benda macam ni," katanya dengan nada biasa. Habis itu panggilan dimatikan.

Telefon hotel diletakkan semula. Kenapa dia tak pakai telefon sendiri? Sebab telefon dia sekarang ada pada orang lain.

Petugas wanita di kaunter mengukir senyuman padanya sambil membetulkan sedikit selendang hitam miliknya. Entah apa yang nak dibetulkan, bukannya susah pun nak buat yang namanya awning.

Evran menoleh ke tempat lain. Kaki masih tidak berganjak dari kawasan kaunter itu dek sudah berjanji untuk menunggu seseorang.

Mata dilirik tidak sengaja ke arah petugas yang masih merenungnya bagai nak cabul.

"Kau pandang apa?," tegur Evran kasar. Tahu tak aku tak selesa kau pandang aku macam tu. Petugas tadi menunduk malu.

Kena marah huhu.

"Ev." kali ini dirinya yang ditegur kembali dengan suara yang digemarinya. Lantas kepala ditoleh kemudian bergerak mendekati figura itu.

"Hehe dah siap?," soal Evran bersama senyuman diukir lebar.

"Nak pergi mana harini?," soal Navier pula.

"Tak nak bagitahu. Jom," lengan Navier disilangkan bersama. Kaki melangkah keluar lobi dan kemudian bergerak ke sesebuah tempat.

"We're heading to the beach." nyata Navier selepas mendapati jalur yang dilalui sudah berpasir putih dan halus.

"Yes and no. Aku ada nampak satu port dia jual something kat tepi pantai ni," kata Evran sambil tersengih-sengih.

Kening bertaut mendengar itu. "What something?,"

Lantas langkah dimatikan. "Tada! I present to you the most wanted coconut shake in the world!," Evran terjerit dek teruja sambil mendepakan tangan di hadapan gerai berkayu jati itu.

Navier terus menarik kembali tangan yang terdepa luas itu. Budak ni memang suka attention orang ke apa?

"Oops hehehe," bisikannya terdengar meskipun mulutnya ditekup tidak rapat.

"Terima kasihlah dah mengundang perhatian orang kat sini. Abang memang power lah bang," celah suara penjaga gerai kecil itu. Senyumannya tampak bahagia melihat gelagat dua pelanggan itu.

"Okey dah tak payah puji banyak-banyak. Buat coconut shake sekarang, dua." Evran membuat pesanan. Kerusi di hadapan gerai itu menjadi tempat labuhan punggung.

Navier melihat sekeliling gerai itu. The most wanted tapi mana pergi semua pelanggan?

"Kau cakap the most wanted, apa yang wanted nya kalau tak ramai orang?," bisik Navier betul-betul di sebelah cuping telinga lelaki itu.

Evran tersenyum sebelum mendekatkan bibirnya pula di selitan rambut panjang itu. "Hael cakap ni sedap, aku nak cuba try test je," bisiknya.

"Kalau tak sedap?," bisik Navier kembali sambil melirik ke belakang tubuh peniaga itu.

"Kita cabut. Tapi kenapa kita bisik-bisik macam ni?," soal Evran berpura-pura polos.

Navier menjauhkan wajah drastik sebelum menjeling lelaki itu. Takkan nak cakap kuat-kuat macam bagi pengumuman?

"Dua coconut shake tersoodap di JB, siap!," dua cawan panjang yang berwarna putih itu dihulur kemudian disambut oleh Evran sendiri.

Navier melihat Evran.

Evran memandang Navier.

"Minumlah," ujar penjaga itu. Apa pasal dua orang ni pandang-pandang pulak.

Evran mengangguk menandakan 'ya minumlah, takde racun pun'.

Maka air berkrim itu selamat masuk ke dalam kerongkongnya dan langsung menyejukkan segala suhu badannya. Matanya terbeliak sebelum mengangguk tanpa sedar.

"Sedap?," bisik Evran. Navier mengangguk laju.

"Okey kalau kau dah cakap sedap then sedaplah—" baru sahaja Evran ingin mencuba namun niatnya termati selepas telefonnya berdering.

"Kejap ye sayang," pintanya lembut. Navier mengangguk sambil mengukir senyum. Belakang tubuh Evran dipandang sayu. Kenapa dia rasa sedih?

Dalam sepuluh minit selepas, seorang gadis datang pada Navier sedikit termengah. Navier memandang keliru. "April?,"

April mengukir senyum sambil termengah.

"Sorry Kim, Evran hantar aku ke sini untuk teman kau," kata April.

"Mana Evran?," soal Navier dengan nada yang sudah berubah risau.

"Dia terpaksa balik KL atas urusan urgent dengan keluarga dia," jelas April lagi sebelum melabuhkan punggung di sebelah Navier.

Melihat keadaan termengah gadis itu Navier pantas menghulur airnya. "Wow coconut shake, thanks." ucapnya sebelum meneguk hingga separuh.

Fikiran Navier sudah lari jauh. Evran tinggalkan dirinya macam tu je? Kenapa tak bagitahu dia terlebih dahulu? Kenapa bagitahu April?

Banyak sungguh kenapanya.

"Kau tak perlu risaulah. Evran cuma pergi sana sebab kerja je kot. Lepastu dia pergi sini semula," pujuk April. Macam dia tak sedar wajah murung ketuanya itu.

"Kenapa kau macam termengah? Kau dari mana?," soal Navier pula.

"Owh dari rum— dari hotel haa dari hotel," alihnya pantas.

"Kenapa...." percakapannya termati dek kepalanya yang terasa pusing. Dunianya seperti berganda tatkala dia membuka mata kembali.

April yang menyedari terus memeriksa. "Kim okey tak??.... oh my god mana telefon aku?!," poket seluarnya diraba tetapi barang yang dicari tiada.

"Jom aku bawak kau..." Navier dipapah sebelum mereka berdua berlalu pergi namun selepas beberapa tapak April hilang keseimbangan. Hal yang sama turut terjadi terhadapnya.

Kedua-dua mereka jatuh terduduk.

"April?...." panggil Navier lemah. Kepala sendiri dipukul banyak kali bagi menghilangkan pening. Kepala ditoleh semula ke sebelah sebelum menyedari gadis itu sudahpun terkulai layu.

"April!," dalam keadaan longlai, nadinya diperiksa. Masih berdenyut tetapi lemah.

"Hei apa jadi ni? Awak dua okey tak?," tegur seorang lelaki dengan soalan paling bodoh dalam dunia.

Navier sebaiknya tidak mahu mengharapkan bantuan orang asing. Lelaki itu tidak dihiraukan sebelum dia bangun sambil memapah tubuh April dalam keadaan tidak stabil.

"Hei jangan degil,..." tegur seorang lagi sambil memegang kedua bahu milik Navier. Kali ini tidak terus melawan dek dia sendiri seperti memerlukan bantuan.

"Kitorang bawak ke bilik ye?,..." maka dengan itu mereka berempat selamat masuk ke sebuah bilik hotel.

Yang semestinya bukan bilik kedua gadis itu.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now