Bab 16

191 10 0
                                    

"Kau nampak kan? Hael, kau nampak kan? Ar?," bertalu-talu soalan yang diajukan dalam keadaan terkejut.

Hael dan Arden berpandangan sesama sendiri sebelum menoleh ke arah jejaka itu.

"Ye nampak tak payah tanya banyak-banyak." jawab mereka berdua serentak.

"Tapi, kau... Navier-" percakapannya dibidas seseorang laju.

"Ye, perempuan tu nampak kamera aku tapi sepantas tu jugak dia alih laju." kata Hael.

"Kenapa macam tu pulak?," celah Arden pula.

Hael hanya mengangkat bahu sebagai jawapan.

"Maybe dia terpandang ataupun..."

"Dia memang nak situasi tadi terakam..."

"Dan dia tujukan pada kita," kata Hael, Arden dan Evran bersambung-sambung. Sangat sepakat.. tepuk sikit!

"Tak payah fikir panjang. Minah tu memang terpandang sekilas je." kata Hael.

"Sebabnya?," soal Evran.

"Kamera aku memang tersaaaaangatlah mustahil untuk dilihat. Beside, korang takkan expect aku letak kamera kat situ." katanya.

"Kat mana kau letak?," soal Arden pula.

"Dekat dalam mata burung gagak yang bertenggek kat salah satu papan tanda." jelas Hael.

"Astaga kejamnya ini anak." komen Evran sambil menggelengkan kepala.

"Burung tu patung la setan. Aku bukan sekejam korang nak guna burung hidup,"

Evran dan Arden terlopong. Mereka tak salah dengar kan?

          "Sorry apa kau cakap tadi? Tak sekejam kitorang? Kau lupa time kau cabut mata monyet lepastu kau letak kat minuman doktor yang kau benci dulu? Alasan dia sebab kau tak suka cara dia layan makcik kencing manis tu" Evran memberontak.

          "Kena pulak time tu dia pergi order air laici. Memang ngamsoi. Sekali dengan mamak tu terkejut kau offer nak buatkan air untuk doktor tu" sambungnya lagi. Hael sekadar menadah telinga.

Ingatkan sampai situ saje. Rupanya...

"Ada satu masa tu kau masih baru lagi dalam dunia ni. Kau pergi kerat semua jari orang bawah tanah tu."

          "Bila aku tanya kenapa kau kata nak bagi kat orang kudung yang jual kerepek depan rumah dulu tu," sambung Arden mendatar.

Hael terus memaling muka sambil menutup sedikit wajahnya. Apa bengap sangat aku yang dulu ni?

          "Eh asal aku tak tahu yang tu?," soal Evran pelik.

          "Time tu kau pergi intip Navier kat New York sebab kau takut nak biarkan dia sorang. Plus kau takut dia curang belakang. Ingat?," jelas Arden.

          "Ingat, ingat." persis burung belatuk dia mengangguk.

          "Cakap pasal curang. Jantan mana yang dekat dengan Navier tadi tu?,"

          "Lucas." kata Hael yang berada di hadapan komputer tersebut.

          "Huh?," katanya tidak mengerti.

          "Lucas tapi orang panggil bila perlu."

          "Hahaha kelakar."

          "Tak setan nama dia memang Lucas." tempik Hael.

          "Do we know him?," soal Evran pada Arden. Jejaka itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Seriously? Kau tak kenal?," kata Hael pada Arden dengan wajah yang berkerut seribu.

"Dia siapa untuk aku kenal? Mak aku?" tegas Arden.

"Mak kau kan dah mati" bisik Hael halus.

Pakk!

"Nak bisik tu pandang kiri kanan dulu lain kali" petah Arden berbicara tanpa sebarang riak.

"Sekarang ni kau tak payah nak terasa sangatlah. Aku pun takde mak" kata Hael menyampah.

"Kau ingat aku ada mak ke?" celah Evran pula.

"Haha nice. Patutlah perangai korang macam ni. Tak dididik dengan betul rupanya"

Ha kau.

Pak!

"Setan mana ketuk aku ni?! Kau pahal!?," Hael mencarut secara auto selepas kepalanya diketuk kuat tiba-tiba. Dia memandang Arden tidak puas hati.

"Ni lah contoh budak tak dididik dengan betul dari kecil" ujar Arden sinis.

"Acah suci lah kau. Pergi mampus sana," komen Evran. Berdendam sugguh dia dengan rakannya itu.

"Pergi baliklah sana! Dahlah tak berterima kasih kat aku! Blah sana!," jerkah Hael masih tidak puas hati.

Evran dan Arden memandang sesama sendiri sebelum menayang sengihan.

          "Alolo adik kita ni marah lah, comel sangat rasa macam nak sumbat dalam tanah," omel Evran seraya mengusap pipi Hael.

          "Benda babi" Hael menepis tangan itu namun satu tangan lain naik menekup pipinya sekali lagi. Hael memandang Arden tajam.

          "Kau pernah jumpa malaikat maut?," soal Arden.

          "Tak." balas Hael seloroh.

          "Kau nak merasa jumpa dia tak?," soal Arden lagi lebih kepada sindiran.

          "Bisinglah!," Hael pantas menutup komputer ribanya kasar sebelum menghempas diri atas katil.

          "Hello anak pungut! Sambung lah explain siapa Lucas tu" ujar Evran kuat.

          "Dia member Zen dulu." kenyataan penting tersebut diungkap malas.

Mata Evran dan Arden terbuntang. "Serious!?,"

Soalan tersebut dibiarkan sepi dek kerana Hael yang sudah elok dibuai mimpi.

Bukk!

Tidak semena satu bantal dibaling tepat ke arah mukanya. Hael menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mencari ketenangan jiwa.

Ku relakan jiwa~ Untuk menjadi penghuni dalam sangkar burungmuu~

Eh?

"Mampus lah korang."

"Sejak bila Zen ada kawan selain kita? Kat Malaysia pulak tu. Ada pun kat barat sana tapi sikit jelah kan? Dia mana suka berkawan" ujar Evran tak putus.

"Ni kawan lama." balas Hael malas.

"Apa kena mengena kawan dia tu dengan Navier?," soal Arden. Mendengar itu mereka langsung menyepi.

"That's it. Aku nak fly esok," ujar Evran tiba-tiba.

"Acik kau! Budak tu macam mana?," tempik Arden.

"Budak mana pulak ni?," soal Evran seloroh.

"Anak Madam lah gila! Darwin! Kes Yelena tak habis lagi ni," kata Arden lagi.

"Lantak aku lah! Budak tak kenang budi tu memang cari nahas dengan aku!," kata Evran kuat. Arden dan Hael menayang riak bingung. Siapa pulak yang tak kenang budi ni?

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now