Bab 15

201 10 0
                                    

Evran berjalan ke luar dari bilik mandi seusai membersihkan diri. Bau wangi yang datang dari tubuhnya boleh membuat para gadis luluh serta berdegup kencang.

Dia melangkah ke birai katil untuk mencapai telefon pintarnya. Tubuhnya yang separa bogel dibiarkan sejenak. Rambut perangnya yang masih basah jatuh menitik berselang-seli atas lantai.

Matanya dibuntangkan selepas mendapat mesej dari rakannya.

-budak bangang-

'Datang sini kalau kau tak nak terlepas
sesuatu yang penting'

'Aku tak kira, lagi sepuluh minit
kau tak muncul, aku delete
semuanya sekali terus'

'Aku taknak tunjuk kat kau
kalau kau datang esok FAHAM!'

"Si bebal bodoh, otak sempit! Argh!," jeritnya tidak puas hati.

"Kau fikir kau bapak aku ke nak suruh-suruh" sambungnya lagi. Paling benci kalau ada yang kawal dia.

Hoodie hitam di rembat kasar dari almari sebelum disarungkan ke tubuh tegapnya.

"Kalau aku tak fikir aku ni macho, dah lama aku pergi dengan tuala-tuala ni sekali" kata Evran dengan geram bertahap paling maksimum dan optimum.

Seluar disarungkan pantas sebelum mengambil kunci Bugatti nya.

"Buat penat aku je ramas rambut aku ni berjam-jam" geram betul mamat ni. Dari tadi tak habis-habis membebel.

Rambutnya dikeringkan laju dengan tuala putih sambil berlari ke arah pintu rumah dan bergegas masuk ke dalam kereta.

Malam, tak malam. Apa-apa pasal Navier, memang tak lah aku lepaskan.

Pakk!

"Sakit dol!," raung Hael sambil memegang kepalanya yang baru diketuk tiba-tiba dari belakang.

"Pahal kau ni!?," jerkahnya tanda marah akan perbuatan tersebut.

"Kau tak boleh tunggu esok ke hah? Mampus kau kalau information yang kau bagi ni tak membantu" marah Evran kembali seraya mendaratkan punggung di kerusi beroda.

"Ishh esok aku takde masa nak layan masalah kau tu. Terpaksalah buat malam ni" balas Hael kuat.

"Eh kau jangan nak-"

Bam!

"Yang korang melalak malam-malam ni pahal" tegur jejaka yang baru sahaja menendang daun pintu bilik Hael.

Evran dan Hael meneliti air muka ketuanya itu sebelum berpandangan sesama sendiri. Nafas dihela lega serentak.

"Aku ingat daddy tadi,"

"Naseb dia ni,"

"Apa yang naseb dia ni nya!?," cantas Arden sebelum menarik rambut dua jejaka tersebut sehingga terdongak.

"Warghh! Rambut aku ni harta kau tahu tak!?," raung Hael sambil menepuk-nepuk lengan yang mencengkam rambutnya itu.

"Ar! Aku baru ramas rambut aku lah kambing!," jerit Evran pula. Dengan keberanian dan kekuatan yang dia ada, Evran merentap lengan Arden kasar membuatnya tersembam ke atas katil.

"Mampus kau!," jerit Evran dan Hael serentak sebelum masing-masing menyerang satu sama lain.

Maka disitulah mereka, sedang bergelut di atas katil tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Mujur bilik Tuan Zeke terletak di tingkat 2 manakala bilik Hael terletak di tingkat 3. Meskipun begitu, Tuan Zeke masih mampu mendengar segala rontaan dan laungan yang dihasilkan oleh mereka.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now